CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuaca Panas, Pak Guard Baik Hati Sediakan Air Untuk Murid Sementara Tunggu Dijemput Balik Sekolah

23-5-2023 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 359| Komen: 2

Description: Mohamad Azrae Mohd Nazri, seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di Simpang Empat menunjukkan keprihatinan terhadap murid-murid ketika cuaca panas melanda negara.Sejak dua minggu lalu, ...
Mohamad Azrae Mohd Nazri, seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di Simpang Empat menunjukkan keprihatinan terhadap murid-murid ketika cuaca panas melanda negara. 

Sejak dua minggu lalu, dia dan rakan sekerja, Azuan Ahmad, menyediakan air percuma kepada murid-murid ketika waktu pulang sekolah.



Pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di sini, mengambil inisiatif berkongsi rezeki dengan menyediakan air percuma untuk murid sekolah berkenaan susulan cuaca panas sejak awal bulan ini. FOTO Ihsan Mohamad Azrae

Dengan menggunakan wang sendiri, Azrae dan Azuan membeli bekas air dan cawan plastik untuk menyediakan air kosong kepada murid-murid sementara menunggu ibu bapa menjemput mereka.

"Azuan beli bekas air dan saya pula beli cawan plastik. Kami cuma beri air kosong saja untuk menghilangkan dahaga murid sementara ibu bapa mereka datang jemput pulang.


"Air mineral dan ais kami beli pakai duit poket sendiri. Niat kami ikhlas untuk berkongsi rezeki dan membantu menghilangkan dahaga saja kerana ini saja yang mampu kami berikan," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Azrae bertugas di sekolah tersebut sejak empat tahun lelau selepas berpindah ke Perlis sebaik berkahwin.

Beliau mengakui bahawa inisiatif ini juga mendapat sokongan dari pihak sekolah. Mereka hanya menyediakan air percuma pada waktu pulang sekolah ketika cuaca panas, dan tidak memaksa murid-murid untuk meminumnya. 

"Siapa yang mahu, mereka boleh ambil air ini untuk menghilangkan dahaga ketika cuaca panas.

"Alhamdulillah, rakan sekerja lain juga sudi membantu kami untuk sediakan air apabila giliran kami berkerja syif malam," katanya.

Perkongsian Azrae mengenai usaha mereka di TikTok telah mendapat perhatian netizen sehingga ada individu bermurah hati berkongsi rezeki.

"Kami tambah satu lagi bekas air dan sekarang sudah ada 60 cawan plastik. Setiap Jumaat kami menyediakan air manis dan sedikit kuih untuk murid sekolah," katanya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lokeshjangra871 23-5-2023 07:01 PM
Nursing Care Service In Dwarka
Get personalized, professional nursing care at home with Dwarkahttps://dbnc.in/Nursing-Service.html.
Quote lokeshjangra871 23-5-2023 07:02 PM

Nursing Care Service In Dwarka
Get personalized, professional nursing care at home with Dwarka Nursing Care Service. Our compassionate nurses are available 24/7 to provide the best in-home medical assistance. With us, you can trust that your loved ones are in safe hands and receive
Read more:https://dbnc.in/Nursing-Service.html

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.044434 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top