CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anuar Zain Tak Nak Ikut Trend Media Sosial, Takut Malukan Diri Sendiri "Saya Tak Pandai Berjoget-Joget"

23-5-2023 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 622| Komen: 4

Description: Takut memalukan diri sendiri membuatkan Anuar Zain tak mahu terlalu mengikuti trend di media sosial.
Takut memalukan diri sendiri membuatkan Anuar Zain tak mahu terlalu mengikuti trend di media sosial.

Katanya dia lebih selesa mengekalkan identiti sendiri meskipun sedar kepentingan media sosial untuk mempromosikan kerjaya seni.


Foto: IG

"Saya tidak percaya dalam mengikut trend. Saya lebih kepada sesuatu yang evergreen dan kekal selamanya. Saya pun tak reti nak berjoget dan tiada bakat ke arah itu.

"Kalau tiada bakat lebih baik tak payah buat. Kenapa perlu lakukan sesuatu yang menjadi bahan ketawa orang. Nanti bila dah semakin berusia kita pula akan terfikir tentang tindakan sebelum ini," katanya kepada mStar.



Mula aktif menggunakan media sosial sejak tahun 2016, Anuar berkata dia dapat berhubung terus bersama peminat dan menerima banyak komen positif.

Anuar bagaimanapun enggan menjadikan platform miliknya itu sebagai medium untuk mana-mana pihak mempromosikan produk jualan mereka.



"Kalau ada masa lapang saya sendiri yang akan membalas DM dan komen peminat. Itu adalah salah satu cara saya berinteraksi dengan mereka.

"Namun kalau bab perniagaan saya memang tidak akan repost. Kenapa perlu buat begitu apabila ada yang menggunakan imej saya untuk tujuan perniagaan," ujarnya.



Sementara itu dia kini sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan sesuatu istimewa kepada peminat.

Dalam masa sama dia juga menyatakan keterbukaan bekerjasama dengan mana-mana penulis atau komposer baharu untuk menghasilkan lagu buatnya.



"Dari segi muzik saya lebih gemar untuk terus mengikut kegemaran sendiri. Namun saya juga mendengar lagu-lagu baru penyanyi sekarang ini. Ada antaranya yang seronok untuk didengar.

"Saya juga terbuka untuk bekerjasama dengan komposer baru. Bagaimanapun ramai yang terlalu sibuk sebab sekarang ini komposer juga merupakan seorang penyanyi," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 24-5-2023 08:07 AM
umur ko ni duk masjid jela atok nuar oi
Quote Burong_Hantuk 24-5-2023 08:47 AM
phuiiiiiii gayah buat muka!!!
Quote dudaberhias 24-5-2023 10:08 AM
payung nyanyi2 je lah... agittewwww... itu je bakatnya...

Quote supernaturalee 24-5-2023 02:19 PM
why laaaa berbotox
aging gracefully sudah mcm ayahnya

caye lah, hari demi hari akan nmpk lg pelik dan pelik

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.050393 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top