CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Muda Malaysia Tak Suka Pakai Kondom, Tengok Porn Untuk Belajar Seks- Ada Yang Tak Tahu Boleh Hamil Selepas Buat Seks Pertama Kali

23-5-2023 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2497| Komen: 19

Description: Aktiviti seksual dalam kalangan belia di Malaysia semakin meningkat, Durex memperkenalkan sebuah platform dikenali sebagai Akademi Durex untuk menyampaikan maklumat serta fakta yang tepat tentang topi ...
Aktiviti seksual dalam kalangan belia di Malaysia semakin meningkat, Durex memperkenalkan sebuah platform dikenali sebagai Akademi Durex untuk menyampaikan maklumat serta fakta yang tepat tentang topik tersebut.


mStar melaporkan, tinjauan yang dijalankan pada 2022, purata umur Gen Z yang mempunyai pengalaman pertama melakukan persetubuhan adalah di antara umur 15 hingga 22 tahun.

Lebih membimbangkan, 31 peratus daripada warga Gen Z tidak tahu bahawa seorang wanita boleh hamil daripada melakukan hubungan seks pada kali pertama.


Gambar Hiasan

Berikut merupakan 16 dapatan daripada tinjauan berkenaan:

1. Sebanyak 35.4 peratus belia Malaysia pernah melakukan hubungan seksual. Angka pada 2016 ialah 18.8 peratus.

2. Dalam kalangan mereka yang melakukan hubungan seks, 62 peratus melakukan hubungan seks buat kali pertama pada usia 22 tahun atau lebih muda. Angka pada 2016 adalah pada 42 peratus.


3. Didapati 40 peratus pernah merasa tertekan untuk melakukan hubungan seks sebelum ini.

4. 60 peratus memilih artikel dalam talian, filem atau video sebagai pilihan mereka untuk belajar tentang seks.

Durex Academy 3

Akademi Durex menjadi platform selamat supaya Malaysia boleh belajar dan memperoleh maklumat serta fakta tepat mengenai kesihatan seksual.

5. 31 peratus tidak tahu bahawa seorang wanita boleh hamil pada kali pertama dia melakukan hubungan seks. Angka pada 2016 ialah 35 peratus.

6. 35 peratus percaya bahawa dua kondom pada masa yang sama adalah lebih baik daripada satu.

7. 22 peratus salah percaya bahawa nyamuk boleh menyebarkan STI. Angka itu pada tahun 2016 ialah 18.3 peratus.

8. 23 peratus berpendapat HIV boleh berjangkit melalui tempat duduk tandas. Angka itu berada pada 10 peratus pada 2016.

9. 16 peratus percaya bahawa ianya memalukan untuk mendapatkan ujian STI dan lebih suka tidak diuji.

10. Hampir 40 peratus percaya mitos bahawa STI hanya berjangkit melalui seks penetratif.

11. 41 peratus percaya bahawa onani tidak baik untuk kesihatan.

12. Lebih daripada 50 peratus belia percaya lelaki yang membawa kondom dilihat sebagai bertanggungjawab, sedangkan wanita yang membawanya dianggap mahu melakukan hubungan seksual.

13. Lebih satu daripada lima belia pernah menghantar mesej berbaur seks seperti teks provokatif atau foto lucah.

close-up-couple-holding-hands-bed

60 peratus memilih artikel dalam talian, filem atau video sebagai pilihan mereka untuk belajar tentang seks. -Foto Freepik

14. Satu dalam 20 wanita Malaysia pernah mengalami kehamilan yang tidak diingini sebelum ini.

15. 60 peratus menganggap seks itu menyeronokkan tetapi satu daripada empat mendapati seks pertama mereka menyakitkan.

16. 42 peratus belia lebih suka seks tanpa kondom.

Dapatan ini mendorong Durex melancarkan kempen #COMETOGETHER yang fokusnya membantu warga belia Malaysia untuk bercakap dan belajar tentang hubungan seks melalui platform yang selamat serta menggalakkan perbincangan tanpa rasa gentar atau stigma.

Dengan objektif sama, Akademi Durex mahu menangani hasil tinjauan tersebut dengan membahagikannya kepada modul pembelajaran yang meliputi tiga sukatan pelajaran utama.

Topik-topik dalam sukatan pelajaran ini membincangkan Sex-101, yang menekankan asas keintiman, #ComeTogether Prepared, yang menegaskan kepentingan perlindungan dan penyakit kelamin (STI).

Selain itu ada juga Pillow Talk yang berkisar tentang kepentingan untuk belajar dan melengkapi diri dengan maklumat yang tepat dan juga Outercourse yang menyelami topik tentang persetujuan dan batasan.

Khusus buat pelajar kolej dan universiti, Akademi Durex akan menganjurkan bengkel-bengkel dengan kerjasama SPOT Malaysia, iaitu penyedia pendidikan keseksualan secara komprehensif bagi membantu belia menjadi yakin dan bingkas dalam membuat keputusan yang tepat untuk kesejahteraan peribadi mereka.

Bengkel pendidikan kesejahteraan intim ini meliputi pelbagai subjek seperti persetujuan dan autonomi badan; pencegahan penyakit kelamin (STI); anatomi reproduktif; kemahiran komunikasi dan hubungan; dan kemahiran asas tentang pencegahan kehamilan.

Durex yang juga jenama kesejahteraan seksual komited dalam menyokong pengetahuan penjagaan kesihatan reproduktif yang lebih luas.

Mereka juga sentiasa berusaha meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan perlindungan ke seluruh dunia melalui penubuhan inisiatif kesihatan seksual yang efektif. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 23-5-2023 09:43 AM
Not surprised.. 80% rakyat otak gitu gitu aje
Quote annehuda 23-5-2023 09:47 AM
jgnkan BBNU, dalam porem ni pun ramai speku mengandung anak ramai mesti inzal sedap sangat seks kononnye. nampak nau dulu ko bodoh sains
Quote kakikuDibibirmu 23-5-2023 09:51 AM
Andartu (Anak dara tua) dengan Andalusia (Anak dara lanjut usia) tersenyum sinis
Quote salimrock 23-5-2023 09:59 AM
annehuda replied at 23-5-2023 09:47 AM
jgnkan BBNU, dalam porem ni pun ramai speku mengandung anak ramai mesti inzal sedap sangat seks kono ...

ha, samo la , pakcik2 aku zaman 90 an dulu kalo pasangan takde anak dia cakap, laki tak tau main, main bini tak puas ...

hahaha

itu la byk sgt percaya buku tahyul apa nama tu, permata yg hilang atau tajul muluk...



kalau bawak bini pergi pakai iud atau pil perancangan nnti bini tak puas seks la dsbnya...

pakai kondom lagi la, tak puas katanya

teringat member aku simpan kulup dia masa lepas sunat, bapak dia cakap esok2 kalo ko suka dgn pmpuan tu, calit minyak dr kulup ko kt pompuan tu, nescaya pompuan tu akan suka kat ko...

aku tanya mana bapak ko belajar,

kitab lama melayu ntah apa ntah ,

Quote Thunderclouds 23-5-2023 10:02 AM
Ajaran lobai sendri pon menjanjikn nikmat dilayan bpoloh² bidadari di sorga nnt.
Apa guna ganjaran bidadari ramai² kalo bukan utk kenikmatan seks.
Inikn pulak atas doniya.
Kopiah serban pon terbang.
Tiber.
Quote lurve82 23-5-2023 10:11 AM
pakai je la kondom tu walau rasa xsama..eh kang terpreggy pulak lg...ni aku ckp utk org dh kawen...
Quote kakikuDibibirmu 23-5-2023 10:13 AM
Buat sahaja seks sesama sejenis, confirm takkan mengandung
Quote azimodin 23-5-2023 11:01 AM
Not surprised. Aku pernah confront couple termengandok lepas ngeseks sekali je. Masing2 dah masuk usia belia tapi bodoh. Bila tanya kenapa tak pakai condom, katanya mahal... padahal childcare lagi mahal. Couple tg sama jugak beranak macam tikus & hadap orang disekeliling bagi financial support.
Quote shi_jewel 23-5-2023 11:10 AM
so sad... dan lepas tu banyak baby takde family dilahirkan. pusingan nya macam tu juga, bila baby dh besar, dia plak ulang benda yg sama....

ulang dan ulang sampai abam jamil mammmmmmmmm..............................................

hopefully hjh nancy shukri ada sediakan pendekatan yg terbaik utk control kes unmarried mother dalam negara kita...
Quote chikumanis 23-5-2023 11:15 AM
Lebih membimbangkan, 31 peratus daripada warga Gen Z tidak tahu bahawa seorang wanita boleh hamil daripada melakukan hubungan seks pada kali pertama.


sesungguhnya warga Gen Z ini bodoh sebodohnya. kebodohan mereka sama tinggi dengan menara klcc...ada buku malas nak membaca, org suruh pergi sekolah, korang tidur! bodoh!!
Quote Decaffeinated 23-5-2023 12:23 PM
Dah yang tua2 pun jahil macam mana nak harap yang muda2 boleh pandai. Lebih haru bila yang tua2 pulak cuba mewariskan kebodohan mereka. Talk about STI kalau tanya apa beza HIV dgn Aids, 9 dari 10 akan fail nak jawab.
Quote dua_chzy 23-5-2023 12:24 PM
TBH, we are in serious need of proper sex ed at school.

Peduli la PAS menurakakan KPM.

Tengok2 anak korang kalau bercinta. Budak2 sekarang bila dah syok feeling2 cintan, fonsek ngan hanta video or gamba bogel tu dah jadik rukun cinta.

Sapa2 yang aktif ngesek tu, nasihatkan bukan takat pakai kondom, tapi ambik terus pil perancang ka suntikan cegah hamil ka.

Dah susah cari budak2 zaman now yang reti bercinta suci bila deting takat sembang kosong di library dikelilingi kengkawan dan public macam zaman aiol dulu.
Quote dua_chzy 23-5-2023 12:25 PM
Jangan cakap takat budak2 sekolah, orang dewasa pun bercinta tak lari dari fonsek or hanta gamba2 tak senonoh (jika idok terus ke katil).

Semuanya sebab semakfon.
Quote umbut 23-5-2023 01:18 PM
Dulu2 tahun 90an, ada iklan kkm.. Use condom play safe.. Kalo skrg buat iklan camtu mesti kena kecam ngan puak lobai pastu dah terberanak ko buang merata
Quote kelapaparut 23-5-2023 01:22 PM
negeri serambi byk tgk porn kan, kalah negri liberal di pantai barat. yg byk tgk porn kat pantai barat pun byk dr serambi gak.
Quote jejaka_hensem 23-5-2023 01:26 PM
Kenapa kena pakai kondom?
Anak kan rezeki,tak baik disekat
-lobai
Quote kakikuDibibirmu 23-5-2023 01:44 PM
84_3000_0.jpg
Quote syamzana 23-5-2023 01:54 PM
dok tekun baca skali tgk tajuk "ARTIKEL BERKAITAN"

teringat kwn iols cerita anak dia nak bersunat kene jmp pakar doc bagi tempoh 3bulan makan ubat then suh pam keluar bebird dulu
kalau tak menjadi kene operate. malangnya tak menjadi terpaksa la operate beria

sorry, komen tak berkaitan
Quote rosedemon 24-5-2023 08:19 AM
budak muda skrg mmg ramai bodoh

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.148067 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top