CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jodoh Masih Panjang

20-5-2023 12:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1503| Komen: 6

Description: Jodoh masih panjang, itu yang boleh dikatakan tentang hubungan beberapa pasangan selebriti yang mengambil keputusan untuk bercerai, namun kembali bersama semula.Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pu ...

Jodoh masih panjang, itu yang boleh dikatakan tentang hubungan beberapa pasangan selebriti yang mengambil keputusan untuk bercerai, namun kembali bersama semula.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri, adakalanya bahtera yang dibina gagal untuk dikawal.

Bagaimanapun, tempoh edah dan perpisahan memberi peluang masing-masing bermuhasabah diri dan saling memaafkan.


Aliff Aziz, Bella Astillah

Hubungan pasangan sensasi Aliff Aziz dan Bella Astillah sering menjadi perhatian netizen.


Mereka tidak lekang dihimpit kontroversi dan isu panas sejak mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Isu kecurangan Aliff yang berulang-ulang bagaikan tiada pengakhiran membuatkan mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019.

Namun, Bella mendedahkan kembali bergelar isteri Aliff pada April 2020 dan mereka rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.


Zamarul Hisham, Diana Rafar

Adik Linda Rafar, Diana atau nama sebenarnya, Adiana Rafar turut melalui pengalaman perceraian seketika.

Diana yang berkahwin dengan pelakon, Zamarul Hisham pada tahun 2009 itu mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan bercerai pada 15 Januari 2015.

Diana dan Zamarul mengakui tempoh perpisahan tersebut memberi ruang kepada mereka untuk muhasabah diri dan menyedari kesilapan dalam rumah tangga yang dibina.

Rasa cinta yang masih menebal membuatkan mereka memilih untuk kembali bergelar suami isteri pada 15 Mei tahun yang sama.


Hattan, Arianie Abidin

Penyanyi Datuk Hattan pernah bercerai dengan isterinya Arianie Abidin pada 10 Mac 2005, selepas sembilan tahun hidup bersama.

Setelah lama membawa haluan sendiri, pasangan yang mempunyai seorang anak lelaki, Adam Eiman, 25, itu kembali bergelar suami isteri dalam satu majlis perkahwinan yang diadakan di Marriot, Putrajaya pada 25 Julai 2013.

Menurut Arianie, hatinya kembali terbuka untuk berkahwin semula selepas melihat kesungguhan Hattan yang mahukan peluang kedua.

Arianie kemudian mengorbankan karier sebagai pramugari demi memberi fokus terhadap keluarga.


Linda Rafar, Syed Aiman

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar pernah diceraikan suaminya iaitu pelakon, Syed Aiman di kediaman mereka pada September 2015.

Namun, beberapa minggu kemudian, pasangan itu membuat keputusan untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Kata Linda, emosinya yang ketika itu sedang hamil membuatkan dirinya terlalu sensitif sehingga melakukan perkara yang mengarut.

Pasangan tersebut kembali rujuk dan hidup bahagia sehingga kini.

Syed Aiman dan Linda berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 14, Syed Rezariiq, 12, Syed Rezaliif, 8.


Beego, Linda Hashim

Tanpa taufan perang media sosial, pasangan selebriti Beego dan Linda Hashim mengejutkan industri hiburan apabila mengambil keputusan bercerai selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu mengesahkan bercerai talak satu pada 27 Mac, namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April lalu.

Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, 39, berkata, mereka berjaya membuang ego masing-masing demi menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

Menurut Linda, dia dan suami hanya duduk berbincang tentang jalan terbaik tanpa melibatkan campur tangan mana-mana pihak termasuk keluarga.

Linda dan Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 43, mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.


Sumber: Kosmo! Online

 









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 20-5-2023 07:01 PM
Alhamdulillah
Semoga diberkati sehingga akhirnya
Quote dua_chzy 20-5-2023 07:56 PM
Kenapa Syed Aiman dah mengecut sebegitu?
Quote dudaberhias 20-5-2023 08:21 PM
si tok hidung jambu batu rnr senawang tu no wonder lah kalau bercerai pun... tengok pun meluat... dah la bongkak... rhoper buruk plak tu... setaraf2 kaza rhopernya... tapi kazar tu lagi elok perangai dan budinya meskipun kena kecam sebab melelong chepit anaknya pada orang tua pakai gigi palsu...

Quote Moyangkucing 20-5-2023 10:39 PM
Zulin Aziz x masuk ke?
Quote orkidorkido 20-5-2023 11:30 PM
Alhamdulillah .. baguslah
Itulah hikmah talak ni ada 3 stage
Jangan tamak bagi tiga terus, menyesal tak sudah nanti
Quote AWEKSAMURAI 21-5-2023 12:14 AM
Cmne si bella dgn alip tu cerai Mei 2019 lpas rujuk balik masa masih dlm edah April 2020 ... Lama betul edah nya hahaha

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.044709 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top