CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selalu Dapat Watak Lelaki India, Irfan Zaini Sanggup Ubah Penampilan Kerana Mahu Bawa Pelbagai Karakter Dalam Drama Melayu

20-5-2023 09:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2983| Komen: 20

Description: Pelakon Irfan Zaini meluahkan rasa syukur apabila menerima lebih banyak tawaran berlakon dalam drama Melayu meskipun sudah 10 tahun berlibat dalam dunia seni.Kata Irfan atau Muhammad Irfan Mohamed Zai ...
Pelakon Irfan Zaini meluahkan rasa syukur apabila menerima lebih banyak tawaran berlakon dalam drama Melayu meskipun sudah 10 tahun berlibat dalam dunia seni.

Kata Irfan atau Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 28, dia juga bersedia untuk menerima pelbagai cabaran supaya penonton tidak melihat dirinya memegang watak yang sama sahaja.



Justeru itu, dia sanggup untuk mengubah penampilan termasuk bentuk badan sekiranya menerima tawaran yang memerlukan dia berbuat demikian.

"Saya sedar orang lihat saya mesti kata saya hanya sesuai watak antagonis dan watak India atau lelaki Pakistan, tetapi saya enggan dilabel hanya sesuai watak tertentu sahaja.

"Sebagai pelakon saya perlu versatil dan sanggup menggubah penampilan demi watak. Bagi saya tiada jalan pintas untuk berjaya," katanya.

Aktif berlakon dalam drama Tamil tempatan sebelum ini, Irfan memberitahu permulaannya terlibat dalam drama Akira Khan telah membuka mata produksi Melayu akan kehadirannya dalam industri.


Meskipun sudah berpengalaman berlakon dalam puluhan drama, namun Irfan masih menganggap dirinya sebagai seorang pelakon baharu dalam kalangan peminat drama Melayu.


"Sebenarnya sudah lama saya ingin berlakon dalam drama Melayu cuma sebelum ini belum ada rezeki. Bukanlah saya tidak bersyukur dengan rezeki dalam industri lakonan Tamil tempatan, tetapi saya mahu kerjaya lebih berkembang.

"Walaupun saya sudah ada pengalaman berlakon, tetapi dalam pasaran Melayu saya dikira sebagai pelakon baharu. Masih banyak yang perlu saya belajar lagi," ujarnya.

Komited terhadap kerjaya, Irfan juga sanggup melakukan babak aksi sendiri dalam sebuah drama Tamil lakonannya.

Bagi aktor ini ia merupakan satu kepuasan apabila dapat merasakan pengalaman sebegitu meskipun mengalami luka dan cedera ringan.

"Lakonan merupakan minat saya sejak kecil, jadi apabila dapat melakukan pekerjaan yang diminati saya akan lakukan sehabis baik.

"Saya suka genre aksi sebab itu saya tidak kisah untuk melakukan semua aksi lagak ngeri sendiri, terasa lebih puas," jelasnya.


SUmber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 20-5-2023 10:03 AM
Kalau kat Hollywood dah jadi issue ni macam Malaysia takde real Indian je kena guna melayu.
Kavitha sidhu ada, kamala ada.
Quote mrseller 20-5-2023 10:22 AM
Kalau muka dah nasi kandar imigresen what u expect?
Quote hyie 20-5-2023 11:28 AM
macam muka adik fasha menantu ketuk2 nampak ketiak versi lelaki pulak yang gamba atas sekali tu
Quote dudaberhias 20-5-2023 11:39 AM
dah muka pun penuh sabut nyoq persis hamba dari kerajaan hindu chola yang di hantar ke tanah malaya untuk hempuk moyang2 leluhur melayu srivijaya...

memang la dapat watak2 gitu dikkk... cuba ko buang sabut nyoq tu... penat hokkeh nak kopek mengopek nak cari mulut untuk comolot...

Quote menjad 20-5-2023 11:43 AM
Ukasha pesal gemokkkk dah macam macit pencen
Quote zuuu 20-5-2023 11:52 AM
dudaberhias replied at 20-5-2023 11:39 AM
dah muka pun penuh sabut nyoq persis hamba dari kerajaan hindu chola yang di hantar ke tanah malaya  ...

Jap,kalo dia shave jambang misai semua tu muka dia aotomatik berubah jadi melayu ke,rasanya tetap sama jugak unless dia g korea wat plastic surgery
Quote renko 20-5-2023 11:59 AM
masalahnya dia ni berlakon cite apa
Quote Buritan 20-5-2023 12:02 PM
likilu replied at 20-5-2023 10:03 AM
Kalau kat Hollywood dah jadi issue ni macam Malaysia takde real Indian je kena guna melayu.
Kavitha  ...

Exkissme I'm not indian.. kata Kavita... Nasib baik hang tak Kate Amelia Henderson.. LG laa
Quote Buritan 20-5-2023 12:03 PM
zuuu replied at 20-5-2023 11:52 AM
Jap,kalo dia shave jambang misai semua tu muka dia aotomatik berubah jadi melayu ke,rasanya teta ...

Redha aje laa muka koling... Tp koling plg kacaklaa..
Quote likilu 20-5-2023 12:30 PM
Buritan replied at 20-5-2023 12:02 PM
Exkissme I'm not indian.. kata Kavita... Nasib baik hang tak Kate Amelia Henderson.. LG laa

Lah bukan ke? Dua dua tu rupa diorang seiras elisha sandha
Quote Buritan 20-5-2023 03:04 PM
likilu replied at 20-5-2023 12:30 PM
Lah bukan ke? Dua dua tu rupa diorang seiras elisha sandha

Masalahnya depa tak ngaku depa yennna.. depa ngaku depa mat salleh..
Quote kechikchomel 20-5-2023 03:19 PM
menjad replied at 20-5-2023 11:43 AM
Ukasha pesal gemokkkk dah macam macit pencen

Iolss pun ternampak yg tu dulu. Pregnant kot
Quote TomyamPuteh 20-5-2023 07:47 PM
Yg ni kompom taste@dudaberhias
Quote Suchi 21-5-2023 06:23 AM
Dia ni bangsa apa? India muslim ke? Sbb katanya sblm ni byk berlakon cite tamil.
Opkos la bkn melayu kan?
Kira mamak la kan takpun salah sorang mak pak tu indian.

Quote de_ikea 21-5-2023 06:49 AM
Oh uqasha….
Quote heythere123 21-5-2023 08:19 PM
heols muka macam elisya sandha. Kalau berlakon jadi adik beradik ngam jugak
Quote annabellaruz2 22-5-2023 10:05 AM
dudaberhias replied at 20-5-2023 12:39 PM
dah muka pun penuh sabut nyoq persis hamba dari kerajaan hindu chola yang di hantar ke tanah malaya  ...

chooiii kaka!!!!

ayat last tu..adooiiii....

Quote RyanQuinn 22-5-2023 10:14 AM
Hi there! It's great to hear that Pelakon Irfan Zaini is expressing gratitude for receiving more acting offers in Malay dramas, despite being involved in the entertainment industry for 10 years. Irfan, or Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 28, is also willing to embrace various challenges to ensure that the audience doesn't see him portraying the same character repeatedly.
Quote kucingitam 22-5-2023 01:08 PM
likilu replied at 20-5-2023 10:03 AM
Kalau kat Hollywood dah jadi issue ni macam Malaysia takde real Indian je kena guna melayu.
Kavitha  ...

yg ada mungkin kayu dan muka tak berapa nak pergi..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.054239 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top