CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

OMG Seramnya, Ular Masuk Kasut Aaron Aziz?

18-5-2023 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1044| Komen: 5

Description: Datuk Aaron Aziz menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan ancaman haiwan berbisa seperti ular ketika berdepan musim panas.
Datuk Aaron Aziz menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan ancaman haiwan berbisa seperti ular ketika berdepan musim panas.

Di IG, pelakon ini berkongsi sebuah video menunjukkan seekor ular tedung sedang ‘berteduh’ di dalam kasut.


Foto: IG

“Kepada sesiapa yang selalu letak kasut diluar (rumah) dan berdekatan dengan hutan, tolong berhati-hati.

“Letak kasut dalam rumah. Musim panas haiwan berdarah sejuk akan cari tempat berteduh. Semoga Allah SWT lindungi kita daripada segala bahaya. Amin,” tulisnya.



Bagaimanapun kejadian tersebut bukan dialami olehnya tetapi berlaku di kawasan tempat tinggalnya.

“Bukan berlaku ke atas saya. Tapi terjadi di kawasan tempat tinggal saya. Belakang rumah saya dulu hutan (sebelum dibangunkan).

“Memang dah banyak kes rumah masuk ular. Tapi bukan rumah saya,” katanya.



Sekadar maklumat, Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran dalam Facebook miliknya memberitahu, peningkatan suhu panas ketika ini menyebabkan binatang seperti ular keluar untuk mencari tempat perlindungan di kawasan lembap.

Antara tempat yang berisiko adalah di dalam tandas, bilik stor yang gelap, bilir tidur, almari baju dan di dalam rak kasut.


Ular yang bersaiz kecil pula lebih cenderung memilih kasut sebagai tempat berlindung.

Sebelum ini, Aaron pernah mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen apabila berkongsi video dirinya meletakkan haiwan berbisa di atas sangkar kucing yang sebenarnya merupakan konten sebuah penerbitan produksi – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 18-5-2023 03:05 PM
Dia tulis kat caption bukan kasut dia pun. Buang masa aku je!
Quote dudaberhias 18-5-2023 03:09 PM
seramnyaaa...

kat shah alam ni bandorrr pun ada ular nyah... tak payah tunggu ada kawasan hutan...


sape yang wujud dulu dan mendiami kawasan2 ni kalau bukan haiwan2... so hadap je lah... kita yang menumpang tanah deorang...

kalau berlaku kat iols... iols dah bakar sekali rumah2 tu... dan beredar pergi dari situ sambil pura2 macam tak pernah duduk di situ lagi...

Quote jalfa 18-5-2023 03:10 PM
Ye la bang harun...acik take note kalau kasut bang harun leh buat aksi letak ulaq tu atas cage kucing lagi
Quote rosedemon 19-5-2023 08:40 AM
ok bang haru ingtkan ular kat kaki uol
Quote stingergrumpy 19-5-2023 08:42 AM
rosedemon replied at 19-5-2023 08:40 AM
ok bang haru ingtkan ular kat kaki uol

Aku pulak ingat ular yg menjalar dlm seluarnyer.....ala ala belot gamat gitewww...tapi yg iteww jinak kheunz?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.043776 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top