CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Halalkan Pihak Yang Ambil Hak Saya" - 'Raja Lagu Raya'

18-5-2023 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2746| Komen: 29

Description: Maestro muzik bertaraf legenda, S Atan atau nama sebenar, Hashim Said, 74, boleh diibarat 'raja' dalam mencipta lagu berkonsepkan lebaran.Lebih empat dekad menumpahkan bakat seni ciptaan lagu, banyak ...
Maestro muzik bertaraf legenda, S Atan atau nama sebenar, Hashim Said, 74, boleh diibarat 'raja' dalam mencipta lagu berkonsepkan lebaran.

Lebih empat dekad menumpahkan bakat seni ciptaan lagu, banyak lagu raya sentuhannya dinyanyikan artis ternama dan menjadi malar segar seperti lagu Balik Kampung dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf nyanyian Allahyarham Sudirman Arshad; Menjelang Hari Raya (Datuk DJ Dave); Indah Beraya Di Desa (Azlina Aziz); Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone); Salam Aidilfitri (Jamal Abdillah); Joget Hari Raya (Zaleha Hamid & Herman Tino) serta Hari Mulia (Datuk Sheila Majid).



BH Online

Bagaimanapun, di sebalik pencapaian itu, ramai tidak tahu terselitnya rasa terkilan dalam hati komposer ini berhubung bayaran royalti yang diterima bagi karya yang dihasilkannya.

"Biasanya, jumlah royalti paling tinggi saya terima adalah RM80,000 setahun untuk semua lagu ciptaan saya termasuk lagu bertemakan hari raya.


"Bagaimanapun, selepas 2018, jumlahnya semakin merosot. Tidak sampai RM30,000 setahun. Malah, untuk lagu hari raya sahaja, jumlah bayaran diterima dianggarkan RM10,000.

"Sebagai individu tidak berpencen dan bergantung sepenuhnya kepada royalti sebagai punca pendapatan, keadaan ini sangat mengecewakan," katanya kepada BH Online.

S Atan hairan dengan alasan yang diberi Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) mengenai kurangnya royalti diterima setiap tahun dan apabila disuarakan pengurusan MACP, alasan diberi adalah kutipan tidak dapat dibuat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan virus COVID-19, sejak beberapa tahun lalu.

"MACP beritahu perkara sama berlaku kepada komposer lain. Saya fikir pelik kerana biarpun PKP, lagu hari raya ciptaan saya diputarkan di corong radio dan televisyen (TV) dengan kerap. Kebanyakan lagu terbabit hit dan memang menjadi pilihan ramai.

"Kalau itulah alasan mereka, saya pun tidak boleh hendak kata apa. Disebabkan tiada lagi PKP dikuatkuasakan, saya harap tugas membuat kutipan dapat dipertingkatkan dan dilakukan secara menyeluruh agar tidak ada yang culas membayarnya.

"Tetapi kalau ada penyelewengan yang berlaku, saya tidak halalkan pihak yang ambil hak saya itu," luah komposer kelahiran Singapura ini.


S Atan hairan alasan diberikan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) mengenai kurangnya royalti diterima setiap tahun. - Foto NSTP

Sementara itu, S Atan bersyukur masih diberi kepercayaan syarikat rakaman dan penyanyi untuk menghasilkan lagu berkonsepkan raya.

"Apabila hendak buat lagu raya, barulah mereka cari saya (ketawa). Tetapi, saya terima hakikat itu dan saya sedar diri ini sudah tua.

"Tidak mengapa, saya anggap itu sebagai suatu penghormatan daripada mereka yang masih menghargai bakat dan sentuhan saya menghasilkan lagu raya.

"Baru-baru ini, saya cipta lagu raya untuk dinyanyikan Datuk Jamal Abdillah. Lagu berjudul Rindu Di Hari Lebaran itu dicipta atas permintaan beliau sendiri," ujarnya.

Jelasnya, lagu itu belum dapat menawan hati peminat dek tempoh promosi agak singkat.

Besar harapannya agar lagu itu boleh menjadi hit dan seterusnya menjadi malar segar.


SUmber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 18-5-2023 12:50 PM
ni barulah layak sembang royalti ribu-ribu daripada royalti RM19 yang dirempan oleh waris TS P.Ramlee tu...anakku sazali tu...
Quote dudaberhias 18-5-2023 12:55 PM
royalti heols makin turun ke?

tapi sejujurnya banyak lagu raya lama jarang di mainkan dah di mana2...

banyak orang dok main lagu raya baru je lagi2 dolla tu... mungkin boleh jadi jugak la kot... takpun memang di songlap semasa acik katik jadi pengarah haritu...

yang lagu hari raya saloma ada jugak la dengar lagi tahun ni... lain2 entah lah...

Quote SalenaGomez 18-5-2023 01:04 PM
Kena try  pengurusan yg collect royalti la kot….kadang maybe caj diorg naik, penerima royalti dpt sikit
Quote Moyangkucing 18-5-2023 01:15 PM
S atan ni baik orangnya... Pemurah, rajin belanja kawan2 ... Cakap pun rendah diri dan lemah lembut. Semoga dia terus di murahkan rezeki...
Quote airmineral 18-5-2023 01:47 PM
kesiannya
tp skg lagu raya boleh main kt radioa start minggu ke 3 puasa kan
tp byk je lagu raya lama2 ni yg dimainkan sbb malar segar

Quote Jamil_Abu 18-5-2023 02:14 PM
"S Atan hairan dengan alasan yang diberi Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) mengenai kurangnya royalti diterima setiap tahun dan apabila disuarakan pengurusan MACP, alasan diberi adalah kutipan tidak dapat dibuat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan virus COVID-19, sejak beberapa tahun lalu."

Kupit royallti mcm kutip duit derma solat jumaat ke bawak karung putih? Alasan xdapat nak kutip duit royalti masa PKP mcm ko duk zaman batu. Benda skg dah digitalization, tak kan royalti payment, radio xboleh nak buat wire transfer for example. byk kot mode of payment skg... buduh nye alasan MACP ni.
Quote I.K.A888990 18-5-2023 02:26 PM
lagu raya lama2 mmg best dgr
lagu baru ok je tapi lagu lama byk yg syahdu sampai bole meleleh air mata dgr wooo
Quote ToungeSoup 18-5-2023 04:30 PM
banyak rupanya lagu lagu raya ciptaan beliau yang hits hingga kini dan malar segar...
Quote hungryhenry 18-5-2023 04:58 PM
ToungeSoup replied at 18-5-2023 04:30 PM
banyak rupanya lagu lagu raya ciptaan beliau yang hits hingga kini dan malar segar...


Last year ai pi konsert aidilfitri tribute to s.atan kat MPO baru ku tauuu lagu raya evergreen mostly dia tapau
Quote Orix 18-5-2023 05:23 PM
hungryhenry replied at 18-5-2023 04:58 PM
Last year ai pi konsert aidilfitri tribute to s.atan kat MPO baru ku tauuu lagu raya evergreen mo ...

bestnyaaaa... sapa penyanyi yg perform ?
Quote tokchik 18-5-2023 05:33 PM
Nk Tanya pasal Kes album dgn arwah kak pah yg dah ktanya arwah dah byr 80 k tpi album tk diterbitkn.
Quote hungryhenry 18-5-2023 05:38 PM
Orix replied at 18-5-2023 05:23 PM
bestnyaaaa... sapa penyanyi yg perform ?

Jay jay, Jamal abdillah and azlina aziz
lagu raya dimainkan dengan alunan orkestra sangat meremang bululluan gitu
Quote Orix 18-5-2023 05:40 PM
hungryhenry replied at 18-5-2023 05:38 PM
Jay jay, Jamal abdillah and azlina aziz
lagu raya dimainkan dengan alunan orkestra sangat meremang ...

iols xtau plak ada konsert ni... tahun lepas iols pegi konsert MPO aishah jek... mmg bestt
Quote alesandra 18-5-2023 05:40 PM
tokchik replied at 18-5-2023 05:33 PM
Nk Tanya pasal Kes album dgn arwah kak pah yg dah ktanya arwah dah byr 80 k tpi album tk diterbitkn. ...

Ha ahh kan arwah tok pah penah bangkitkan isu ni.patut dah meninggal bayar lah  balik pada waris.kita nafikn hak org lain.pastu pelik pulak hak kita diambil
Quote hungryhenry 18-5-2023 05:47 PM
Orix replied at 18-5-2023 05:40 PM
iols xtau plak ada konsert ni... tahun lepas iols pegi konsert MPO aishah jek... mmg bestt

Bebetul lepas raya, masih dalam mood raya gitu berbaju melayu berbaju raya. Kuih raya jek takde

Konsert MNasir kat MPO pun ai pi. Tiket mcm goreng pisang.

Tapi chuols tau laaa, bukannya boleh record khenn, nanti kena tembakkk laser. Hanya mampu simpan kenangan mental saja
Quote beta_carotene 18-5-2023 05:49 PM
raja lagu raya baru = hael husaini dgn ezra kong
Quote Orix 18-5-2023 05:50 PM
hungryhenry replied at 18-5-2023 05:47 PM
Bebetul lepas raya, masih dalam mood raya gitu berbaju melayu berbaju raya. Kuih raya jek takde

...

tu la.... x best betul xleh record dlm dewan tu... hopefully ada lg konsert raya mcmni tahun depan... iols nak pegi... mmg teringin nk pegi konsert lagu2 raya... pulak tu orkestra, mesti goosebump
Quote pinkzara 18-5-2023 05:52 PM
Pengurusan MACP tu yg tak betul. Songlap duot etc. Tiap kali audit memang kantoi tapi kebal.
Quote Prickford 18-5-2023 05:54 PM
dudaberhias replied at 18-5-2023 04:55 AM
royalti heols makin turun ke?

tapi sejujurnya banyak lagu raya lama jarang di mainkan dah di mana2. ...

Mmg rasa si katik tu songlap. Songlap supaya dapat tengok Coldplay abroad

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.057700 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top