CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Tuntut Tun Ling Liong Sik Mohon Maaf

6-10-2015 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8094| Komen: 53

Description: Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr. Ling Liong Sik kerana didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.


sumber foto : http://www.freemalaysiatoday.com/



Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr. Ling Liong Sik kerana didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.


Najib mengambil tindakan itu menerusi firma guaman yang mewakilinya secara peribadi, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.


Dalam notis tuntutan saman itu, firma berkenaan memaklumkan mereka telah diarahkan oleh anak guamnya (Najib) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Liong Sik kerana kenyataannya yang disiarkan MalayMailOnline pada 3 Oktober lalu.


Dalam kenyataan itu, Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan dilaporkan menyokong gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Najib dijatuhkan kerana mengambil duit rakyat untuk mengisi poketnya sendiri.



Dalam surat tuntutan itu, Najib menuntut Liong Sik menarik balik kenyataan, membuat permohonan maaf dan menuntut pampasan sewajarnya kerana membuat fitnah itu.



Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Peya 6-10-2015 09:50 AM
Saman jgn x saman. Sure menang lg. Masyukkk si jibonn sengal ni
Quote CrowneGlory 6-10-2015 09:51 AM
Apa citer kes rasuah n penipuan MCApig ni....lepas ka?
Quote Emperor95 6-10-2015 10:05 AM
Dengan segera dia saman, mesti fitnah ni. Tapi sangat lambat saman WSJ, ntah2 betul.
Quote mirage_46 6-10-2015 10:16 AM
selasa depan saman
Quote mixieleo 6-10-2015 10:18 AM
Tun det dia taknak saman lak
Quote kukulangau 6-10-2015 10:21 AM
ini lah dia
selagi tidak berterus terang
drama ni akan jadi bersiri siri
Quote psychobubble 6-10-2015 10:28 AM



Quote uniq61 6-10-2015 10:34 AM
KORANG MEMANG PALAWAK...BUATLAH FITNAH LAGI..
Quote rayna_raynes 6-10-2015 10:38 AM
wow lajunyaaaaaaa hahahahaha
WSJ bila?
dah berapa kali selasa ni?
Quote -electrifying- 6-10-2015 12:10 PM
MANJANG SAMAN JE... kesudahannya org xtaw kesudahan psl isu 2billiyun tu
Quote rainbowrainz 6-10-2015 12:34 PM
Aku pun leh ckp.Nk saman ko bijan Tp ntah bila pun tak tauuuu..ngongnye bijan
Quote dizek 6-10-2015 12:35 PM
bagus

jangan bagi muka sangat dengan cina
Quote nikaido 6-10-2015 12:46 PM
hari ni selasa yg keberapa belas?
Quote kentel 6-10-2015 04:18 PM
dlm mesia berani lah...WSJ tu bila nk saman? taratulur!!!
Quote sapp73 6-10-2015 04:22 PM
dulu bukan main bercium mulut,,hihi ...aku syak lim liong sik ni agen Dappig juga...jaga jaga Tan sri, selain kena saman, takut takut kes pkfz tu pun di buka semula
Quote NAT_11 6-10-2015 04:33 PM
Kenapa dia tak saman AWSJ....................................?????
Sebabnya AWSJ ada semua dokumen sah bukan pelesu untuk dijadikan
bukti. Dia berani saman Liong Sik ni sebab dia ingat Liong Sik cuma cakap
kosong takda bukti. Harap mereka yang ada simpan bukti boleh  bantu Liong Sik
dalam kes saman si Jibon kepit ni just to trap him.
Mungkin si kepit ni pandai sorok bahan bukti, tapi bak kata orang tua-tua,
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh gak ke tanah.
Quote kudajantan77 6-10-2015 04:42 PM
Minta Liong Sik pinjam dokumen AWSJ. Biar terkincit Dogol Kepit di dalam mahkamah...
Quote L211 6-10-2015 04:45 PM
heheheh ASWJ cakap je nk saman tp tak pon...BIJAN ni mmg xboleh pakai.. TAMAK
Quote dizek 6-10-2015 04:48 PM
kudajantan77 replied at 6-10-2015 04:42 PM
Minta Liong Sik pinjam dokumen AWSJ. Biar terkincit Dogol Kepit di dalam mahkamah...

bagus juga

jika liong sik menang
baru boleh percaya kat AWSJ

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.053455 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top