CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mat Dan Bengang Dengan Tuan Rumah- Baru Pindah Dah Dihalau keluar, Rungsing Isteri Bila-Bila Boleh Bersalin

30-3-2023 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13611| Komen: 101

Description: Penyampai radio Molek FM, Mat Dan, 33,kecewa gara-gara pemilik rumah sewa yang melanggar kontrak selama setahun tanpa sebab munasabah sekali gus mencabul haknya sebagai penyewa.Mat Dan atau nama Islam ...
Penyampai radio Molek FM, Mat Dan, 33,kecewa gara-gara pemilik rumah sewa yang melanggar kontrak selama setahun tanpa sebab munasabah sekali gus mencabul haknya sebagai penyewa.

Mat Dan atau nama Islamnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah berkata, ejen dan pemilik rumah itu seperti bersepakat untuk menganiaya dirinya dan isteri, Nadifa Adnan yang kini sedang sarat mengandung.


Malah, dia juga turut mengeluarkan kos bagi mengubah suai rumah untuk keselesaannya bersama keluarga dalam tempoh setahun menyewa.

Foto: IG

"Saya baru saja berpindah ke Setia Alam pada bulan Februari lalu kerana ingin dekat dengan tempat kerja dan hospital memandangkan isteri bakal bersalin dalam minggu ini atau minggu depan.

"Jadi sebaik saja berpindah masuk, saya membuat sedikit 'renovation' pada bahagian kabinet dapur, mengecat dan memasang penghawa dingin. Biasalah, apabila berpindah ke rumah baru pastinya kita ubah suai mengikut keselesaan.


"Tiba-tiba pada Sabtu lalu saya menerima kiriman WhatsApp daripada tuan rumah meminta saya untuk keluar pada bulan Mei nanti. Tanpa memberikan alasan kukuh, ejen hartanah juga turut menggesa saya pada Isnin.

"Jika dia sudah membuat keputusan untuk menjual rumah, kenapa dia tanda tangan perjanjian untuk sewakan selama setahun. Bukan saja kos, malah urusan berpindah juga memenatkan. Apatah lagi saya bukan orang kaya," katanya kepada Harian Metro.



Tegas Mat Dan, tindakan tidak bertanggungjawab pemilik rumah dan ejen berkenaan membuatkan dirinya seperti dianiaya, apatah lagi ingin mencari rumah dalam tempoh yang singkat.

Malah, selepas memberikan notis pada Sabtu lalu, pihak ejen turut menggesa Mat Dan untuk menandatangani persetujuan untuk berpindah.



"Dia berikan notis pemberitahuan pada Sabtu, semestinya saya memerlukan tempoh untuk berbincang dengan peguam. Hari minggu saya terganggu apabila terjadinya insiden sebegini.

"Sudahlah saya hendak memikirkan mengenai isteri yang sarat mengandung dan bakal bersalin bila-bila masa, kini dibebankan mengenai isu rumah pula.



"Saya rasa tidak adil dan pemilik rumah mempunyai niat jahat, bagaimana pula saya hendak berpindah ketika isteri masih lagi menjalani tempoh berpantang pada bulan Mei itu. Oleh itu, saya ingin mempertahankan hak saya," kata Mat Dan yang turut mendapatkan nasihat perundangan daripada Pengarah Advokasi Khidmat Guam, Mahmud Jumaat berhubung perkara itu, hari ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 30-3-2023 10:26 AM
Boleh ke ubahsuai rumah sewa...
Quote Jamil_Abu 30-3-2023 10:28 AM
noor2 replied at 30-3-2023 10:26 AM
Boleh ke ubahsuai rumah sewa...

boleh dgn keizinan tuan rumah. dan pulangkan balik dalam keadaan asal macam mula-mula sewa.
Quote noor2 30-3-2023 10:30 AM
Jamil_Abu replied at 30-3-2023 10:28 AM
boleh dgn keizinan tuan rumah. dan pulangkan balik dalam keadaan asal macam mula-mula sewa.

Oh...betul jugak bang Jamil....apa kabar 3 isteri bang jamil...moga puasa ni semuanya dipermudahkan...
Quote newyork 30-3-2023 10:33 AM
Tuan rumah ada buyer lah tu..tp mmg menyusahkan la kalai tak ikut contract.
Quote sangbara2020 30-3-2023 10:35 AM
kontrak ada boleh saman x
Quote lifeline 30-3-2023 10:35 AM
Jahat la tuan rumah tu..ikut la contract tu kot ye pon ada buyer ke apa…sian la nk kena pindah mengejut ni..bulan2 puasa pulak…apa2 pon semoga dipermudahakn urusan mat dan n family
Quote Jamil_Abu 30-3-2023 10:36 AM
noor2 replied at 30-3-2023 10:30 AM
Oh...betul jugak bang Jamil....apa kabar 3 isteri bang jamil...moga puasa ni semuanya dipermudahka ...

Alhamdulillah. Puasa bang Jamil masih terjaga pada hari ke-8 ni. Ketiga-tiga isteri bang Jamil semuanya sudah ditidurkan dan sedang tunggu untuk gol! sebabnya masing-masing selalu buat hati bang Jamil pening. Jadi sekarang abg Jamil sedang mencari yg ke empat.. huk
Quote SherryZass 30-3-2023 10:39 AM
boleh report ke kementerian atau jabatan yg berkaitan? Dah nak masuk tiga anak heshe. Semoga dipermudah urusan deolls lah
Quote Fly_over 30-3-2023 10:48 AM
beberapa kenalan iols kena lebih kurang mcm ni. belum cukup setahun suruh keluar. sebelum suruh keluar tu dia offer jual dulu. tau2 suh keluar. kojaq betul.. baru duduk bape bulan dah berangkut keluar pulak.
Quote miamiot 30-3-2023 10:50 AM
Boleh report kat Tribunal Pengguna tak ?
Quote NazRysha 30-3-2023 10:52 AM
kesiannya
Quote mizruncing 30-3-2023 11:01 AM
kesiannyaa buat naya org. mende lahh owner pon
Quote doubleA 30-3-2023 11:05 AM
Siannya, viral kan jela agen takguna tu. Selalu agen2 ni ada kontrak bertulis, ni mcm pakat dgn owner plak.
Quote KamikuP 30-3-2023 11:12 AM
Dah ada Tenancy Agreement utk kotrak setahun kan Mat Dan?. Tengok balik T&C kalau landlord langgar kontrak, penyewa dapat apa? Itu pentingnya Tenancy Agreement cuolls
Quote krustykrab 30-3-2023 11:13 AM
Untung bini dia dpt perbaiki keturunan ...
Quote noor2 30-3-2023 11:16 AM
Jamil_Abu replied at 30-3-2023 10:36 AM
Alhamdulillah. Puasa bang Jamil masih terjaga pada hari ke-8 ni. Ketiga-tiga isteri bang Jamil sem ...

Alhamdulillah...kirim salam pada kak Tipah..lama x nampak beliau berforum..

Back to topic , rugi rasanya penyewa duk renovate rumah sewa.....buang duit..
Quote cattiecute 30-3-2023 11:19 AM
tuan rumah kalau dah langgar perjanjian
dia kena la bagi balik segala kos yang mak dan dah keluarkan nak ubah suai rumah la letak aircond la
sebab dok setahun kan ikut perjanjian.
mesti kalut nak juai sebab katanya kegawatan ekonomi ni
Quote Jamil_Abu 30-3-2023 11:35 AM
noor2 replied at 30-3-2023 11:16 AM
Alhamdulillah...kirim salam pada kak Tipah..lama x nampak beliau berforum..

Back to topic , rugi  ...

mcm bang Jamil, kami x renovate besar2an. cuma bila kau dah tebuk lubang sana sini, pasang itu ini, and cat sana sini harus la perbaiki semula ke bentuk asal bila pindah. itu je. Kalau dh renovate bagai tu mmg rugi la sbb rumah sewa je pun. silap2 bila owner tgh dh cantik rumah tu dihalau nye kau keluar.. huhu
Quote chikumanis 30-3-2023 11:45 AM
boleh repot ke tribunal pengguna. pastikan tenancy agreement tu dimatikan setem hasil. kalau takat ada agreement tapi kosong, susah juga. tuntut segala mala duit yang dah dikeluarkan. deposit, renovation, ekon dan kos pindah barang..minta bayar balik sebelum keluar dari rumah tersebut.

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.059796 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top