CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Urut Pelawat Untuk Melegakan Tekanan Ketika Buat Laporan Di Balai

28-3-2023 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6320| Komen: 6

Description: Individu tertekan ketika membuat laporan polis ditawarkan perkhidmatan mengurut percuma oleh seorang anggota polis di Thailand.Perkhidmatan itu hanya disediakan di balai polis Nong Trud dekat daerah M ...
Individu tertekan ketika membuat laporan polis ditawarkan perkhidmatan mengurut percuma oleh seorang anggota polis di Thailand.

Perkhidmatan itu hanya disediakan di balai polis Nong Trud dekat daerah Muang, wilayah Trang, lapor media tempatan.


Leftenan Pakronkrit Thongsuk, yang dilapor pernah mendapatkan latihan urut Thai secara profesional, mula menawarkan perkhidmatan urut 'pro bono' kepada pelawat balai polis selepas mengenalpasti kebanyakan mereka berasa tertekan.


Leftenan Pakronkrit Thongsuk mula menawarkan urutan kepada pengunjung selepas menyedari bahawa ramai daripada mereka kelihatan tertekan. - Foto AGENSI

Anggota polis berusia 58 tahun itu melancarkan skim 'Urut untuk Melegakan Kesusahan' di balai polis berkenaan.

Memetik laporan portal Bangkok Post, anggota barisan hadapan itu selalu berjumpa dengan individu yang mahu membuat laporan di balai terbabit.


Sebelum mengurut, pelawat akan diberi minuman sejuk dan gula-gula herba sebagai pilihan yang Thongsuk dakwa dapat melegakan pelbagai penyakit.

Sekiranya melihat ada pelawat yang kelihatan tertekan, dia akan meminta kebenaran mereka untuk mengurut bahagian leher dan kepala sekitar 10 hingga 15 minit.

"Lawatan ke balai bukan untuk berjalan-jalan di taman. Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk melegakan tahap tekanan mereka akan membantu." katanya seperti memetik laporan media tempatan.

Bagaimanapun, Thongsuk merasakan skim perkhidmatan yang dia perkenalkan tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak atasan.

Ini kerana, dia berkata pihak atas lebih gemar cenderung memberi tumpuan penyiasatan untuk membanteras jenayah berbanding anggota yang bertugas di meja.

Selain itu, Thongsuk juga menyertai program Pendidikan Rintangan Penyalahgunaan Dadah yang bermatlamat menangani penyalahgunaan dadah di sekolah.

Menerusi program itu, polis dihantar untuk mendidik pelajar di sekolah tentang bahaya dadah dan meningkatkan kesedaran mengenai bahan terlarang itu.

Sebagai pengajar, dia dibayar 3,900 baht (RM499.42) setiap penggal persekolahan tetapi mendermakan semula kepada pihak sekolah termasuk sanggup menambah sumbangan sebanyak 100 baht (RM12.80) untuk tujuan pembangunan institusi pendidikan berkenaan.


Sumber: BH Online 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OyenLemas 28-3-2023 11:10 PM
terbaikkkk
Quote doridori_hi 29-3-2023 05:56 AM
Terbaikkk , semoga cepat naik pingkat
Quote pekanwoohoo 29-3-2023 09:08 AM
Wah, added value punya servis. Bagus betul dia sampai terfikir nak buat macamni.
Quote Simunggu 29-3-2023 02:58 PM
wah...terbaik...kalau aku..apa pegang pegang gay kah...
Quote mojarean_X 29-3-2023 03:55 PM
Simunggu replied at 29-3-2023 02:58 PM
wah...terbaik...kalau aku..apa pegang pegang gay kah...

Tu toxic masculinity.
Quote B40tastePosh 29-3-2023 04:16 PM
Kalau kat Malaysia kena jeling dgn polis kalau kau emosi masa buat report

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.065894 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top