CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Uzbekistan Dengan Kelantan Sebelah-Sebelah - Melopong Netizen Pak Arab Madinah Lancar Kecek Kelate!

28-3-2023 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11129| Komen: 9

Description: Bukanlah perkara luar biasa apabila orang berbangsa Arab khususnya peniaga bertutur dalam bahasa Melayu.Namun, menjadi luar biasa apabila seorang 'Pak Arab' petah bertutur dalam dialek Kelantan. Melop ...
Bukanlah perkara luar biasa apabila orang berbangsa Arab khususnya peniaga bertutur dalam bahasa Melayu.



Namun, menjadi luar biasa apabila seorang 'Pak Arab' petah bertutur dalam dialek Kelantan. Melopong warga maya dibuatnya!

"Nak coklat kurma murah di sini. Hargo pecoh kepalo. Sek sek kita jange pecah. Kita sekampung ore Kelate. Suko makey budu sama nasi kerabu (Harga pecah kepala. Orang kita jangan berpecah. Kita sekampung orang Kelantan. Suka makan budu dengan nasi kerabu", demikian kata lelaki berkenaan.




Dek kerana video berkenaan tular, warga maya tertanya-tanya dari mana lelaki tersebut berkebolehan bertutur dialek Kelantan dengan lancar.


Sebagai menjawab pertanyaan netizen, pemilik video berkenaan memuat naik satu klip video berasingan untuk merungkai persoalan yang bermain di minda mereka.

"Macam mana you (kamu) pandai cakap Kelantan?" demikian soalan yang diajukan kepada lelaki berkenaan dalam pertemuan selanjutnya.

"Orang yang datang haji ramai orang Kelantan berbelanja di sini... kito (saya) jadi pandai boleh kecek Kelantan (bertutur). Suka makan budu juga dengan nasi kerabu... sedap sangat," jawabnya.



Difahamkan, lelaki tersebut bekerja di sebuah kedai yang menjual manisan serta kurma di Madinah.

Namun begitu, dia bukanlah berbangsa Arab sebaliknya berasal dari Uzbekistan.




"Ambo (saya) bukan orang Arab cuma lahir di Madinah. Uzbekistan dengan Kelantan sebelah-sebelah," ujarnya merujuk kepada sebutan 'tan' pada negara kelahirannya yang mempunyai persamaan dengan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.



Ternyata warga maya begitu teruja kerana dialek Kelantan turut menjadi bahasa popular di negara luar.


TikTok/mStar


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerunai 28-3-2023 06:21 PM
hebat dan menakjubkan
Quote Perawankota 28-3-2023 07:31 PM
Bagus dorg belajar untuk berniaga
Quote hmmlantakko 28-3-2023 08:46 PM
ni bukan first case. mat arab kelantan tu kecek kelantan pandai kes berkawan dgn pelajar kelantan di mesir. jgn jeles uols kelantan mendonia [em:4:]
Quote Triple_8 28-3-2023 11:07 PM
Bahasa Melayu Kelantan tetap asli dan menarik sebab orang Kelantan tidak bercakap bahasa rojak macam orang Key El.
Quote bro_kr 29-3-2023 12:26 AM
Uzbek ramai kat Makkah Madinah. Berniaga / kerja kat kedai2 pakaian / makanan. Boleh kata semua boleh cakap Melayu Malaysia / Indonesia dgn lancar. One of the reasons pelanggan ramai Malaysia / Indonesia.

Bukan Uzbek jer, orang Arab dan kulit hitam Afrika pun pandai cakap Melayu. Jadi shopping kat Makkah Madinah ni takde masalah bahasa. Ana ada cuba practice bahasa Arab, diaorang jawab selamba jer dalam bahasa Melayu.

Satu lagi faktor, bangsa2 Timur Tengah ni daya ingatan diaorang sangat kuat. Tu yg senang2 jer boleh kecek Kelate / Malaysia / Indonesia.

Wallahu aklam

Quote white_musk 29-3-2023 12:43 AM
Orang malaysia juga ramai pandai ereb
Quote Lagubestbest 29-3-2023 01:50 AM
kelantan banyak sekolah asrama agama anak2 yatim dan miskin yayasan persendirian. secara tak langsung lepas spm depa ramai2 g mesir saudi apa bagai lagipun semua ni tidak perlu yuran.
Quote n3ar 29-3-2023 01:57 AM
Pelik apa.. Hari tu kt nilai 3,bangla kecek klate duk jual karpet...

Maka berbangla la sskjp bahasa jadi universal...
Quote HabukBesi 29-3-2023 09:18 AM
kelantan, uzbekistan, tajikistan, go head go stan, tan, tan, tan teringat citer 3 abdul

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.178543 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top