CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berjuta Tikus New York Boleh Dijangkiti Covid-19

23-3-2023 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3353| Komen: 3

Description: Berjuta-juta tikus di seluruh bandar raya New York boleh dijangkiti virus Covid-19.Menurut Sky News, sepasukan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) mendapati haiwan berkenaan terbukti terdedah kepada p ...
Berjuta-juta tikus di seluruh bandar raya New York boleh dijangkiti virus Covid-19.

Menurut Sky News, sepasukan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) mendapati haiwan berkenaan terbukti terdedah kepada pelbagai varian virus Covid-19 termasuk tahap jangkitan yang tinggi di saluran udara atas dan bawah mereka.


Penyelidik di Universiti Missouri itu juga melihat sama ada tikus New York boleh dijangkiti dan menjangkiti, memandangkan sejumlah besar haiwan tersebut ditemukan bersarang di kebanyakan rumah dan bangunan di bandar raya itu.


Gambar hiasan/Bloomberg

“Untuk pengetahuan terbaik kami, ini adalah salah satu kajian pertama menunjukkan varian SARS-CoV-2 yang menjadi punca penyebaran Covid-19 boleh menyebabkan jangkitan dalam populasi tikus liar di kawasan bandar utama AS,” kata Ketua Pengarang laporan kajian tersebut, Dr. Henry Wan.

Dengan kebenaran pegawai tempatan, penyelidik menjalankan dua operasi untuk memerangkap tikus di dalam dan sekitar lokasi sistem kumbahan bandar, kebanyakannya di Brooklyn.


Pengawasan pembetungan digunakan semasa pandemik diisytihar untuk mengesan kadar penyakit.

Ahli biologi mengumpul dan memproses sampel daripada 79 tikus yang ditangkap antara September hingga  November 2021 dan mendapati 13 daripadanya dijangkiti Covid-19.

Berdasarkan kajian tersebut, dianggarkan lebih 1.3 juta tikus di New York City dijangkiti Covid-19.

Hasil kajian semakan tersebut diterbitkan dalam jurnal American Society for Microbiology. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 23-3-2023 01:02 PM
vaksin la seko2 ape lagi
Quote dudaberhias 23-3-2023 01:04 PM
tapi kat new york tu memang banyak betul tikus... sebab ada laluan theyols macam sewer.... masuk rumah orang selamber je ikut lubang2 tu...
Quote cmf_PariS 23-3-2023 02:50 PM
sampah penuh.. restoren kotor... tu lah new york!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.042571 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top