CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghawa Dingin Super Air Jet Tak Berfungsi, Penumpang Menangis Basah Mandi Peluh

23-3-2023 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4442| Komen: 17

Description: Penumpang penerbangan Super Air Jet dari Bali ke Jakarta, Indonesia gelisah selepas bermandi peluh akibat penghawa dingin tidak berfungsi pada Rabu.Berdasarkan video dimuat naik salah seorang penumpan ...
Penumpang penerbangan Super Air Jet dari Bali ke Jakarta, Indonesia gelisah selepas bermandi peluh akibat penghawa dingin tidak berfungsi pada Rabu.

Berdasarkan video dimuat naik salah seorang penumpang, @velypuspa menceritakan pengalamannya kepanasan dalam pesawat kerana penghawa dingin rosak.



TikTok

"Bayangkan berada dalam pesawat yang mengalami masalah penghawa dingin selama sejam 50 minit di atas udara.

"Pesawat pula dipenuhi dengan penumpang dengan udara yang tidak mencukupi dan panas! Ada ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi!

"Malah ada yang terpaksa membuka pelitup muka dan baju kerana kepanasan," tulisnya.

Turut kelihatan penumpang lain bermandi peluh akibat kepanasan dan anak-anak kecil menangis kerana tidak tahan dengan situasi tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Super Air Jet, Ari Azhari memohon maaf kepada semua penumpang yang terlibat dalam kejadian tersebut.


Katanya, kejadian tersebut berlaku ketika kapal terbang mencapai ketinggian lebih 9,000 meter di atas permukaan laut.

"Ketika kejadian, berlaku masalah teknikal yang melibatkan sistem tekanan udara di kabin tidak berfungsi sehingga juruterbang terpaksa menurunkan ketinggian pesawat.

"Gangguan ini menyebabkan suhu udara di kabin menjadi lebih tinggi dari yang sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan.



Tambah Ari lagi, pihaknya tidak boleh berkongsi maklumat lanjut mengenai masalah yang dialami oleh kapal terbang berkenaan dan akan menjalankan siasatan lanjut untuk mencari punca sebenar.

"Pihak kami akan menjalankan siasatan terperinci dan sekiranya pesawat ini dalam keadaan baik, ia akan dibenarkan untuk terbang semula," katanya.


Sumber: Majoriti 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 23-3-2023 01:13 PM
sauna free

bau sedap la agaknya tu.

i bukan celebs. i bebas komen bau sedap hokehhh
Quote afie_m 23-3-2023 01:18 PM
kelemasan tu
Quote prettyuglybabe 23-3-2023 01:51 PM
buka la tingkap
gila kental pilot depa..
patutnya flight dah problem kena la patah balik or land nearby airport..
boleh buat keras teruskan jugak..
buatnya ada yang pengsan or worst mati ke dalam flight tu naya je..
ke dalam cockpit aircond depa elok je sejuk beku sampai tak peduli crew and passengers separuh mati kat belakang tu..
Quote becir 23-3-2023 01:56 PM
Indonesian aircrafts mmg maintenance teruk ke apa
Quote venom1 23-3-2023 02:44 PM
kes terpencil kata depa..
Quote doridori_hi 23-3-2023 02:53 PM
antara yg terburuk  di dunia
becir: Indonesian aircrafts mmg maintenance teruk ke apa


Quote doridori_hi 23-3-2023 02:53 PM
oh myyyy.. this is nightmare..kepamness
Quote Decaffeinated 23-3-2023 04:46 PM
Kalau terbang at 9k meter kat luar tu minus kot. Ini masalah pilot terbang rendah jadi lah berkuap. Kalau naik chopper takde lah tinggi mana tapi OK ja tak le panas. Ada lubang angin kot
Quote PULANGKAN 23-3-2023 09:11 PM
gila.. ni antara nightmare aku

terperangkap kat tempat sempit, udara tak bergerak, oksigen makin kurang, panas

kalau aku jadi passenger haritu, mau dah berbuih mulut panic attack kat lantai aircraft tu
Quote Imkhai 23-3-2023 09:29 PM
So mintak maaf je ke?
Quote carlalily 23-3-2023 10:00 PM
Yihh pernah terkena jgk… dahla boarding dah sejam flight tak takeoff ngan ekon xde. Dah sampai atas ingat elok la sekali sama jgk. kesian baby ngan bdk la. Iols yg tua ni rasa nk pengsan mcm x cukup oksigen. Lps2 tu naik flight je mesti bwk kipas usb kecik tu.
Quote ninja boy 24-3-2023 01:19 AM
Kalau basahkan byk towel sangkut keliling boleh kurangkan panas
Quote gigahertz 24-3-2023 01:24 AM
PULANGKAN replied at 23-3-2023 01:11 PM
gila.. ni antara nightmare aku

terperangkap kat tempat sempit, udara tak bergerak, oksigen makin ku ...

Diorang ada HSR dari jakarta ke bandung kalau x salah
Imagine HSR tu breakdown
Quote gigahertz 24-3-2023 01:25 AM
becir replied at 23-3-2023 05:56 AM
Indonesian aircrafts mmg maintenance teruk ke apa

Sales jatuh la tu
Matawang nilai xde. Harap duit sales je
Quote Supersirap 24-3-2023 02:47 AM
Kenapa lah sampai jadi macam gitu
Quote dua_chzy 24-3-2023 04:24 AM
Ni baru betul2 kepam berlengas. Musti busuk.
Quote imanjannah 24-3-2023 08:02 AM
sian yg ada baby, mesti meragam, boleh jadi panic attack kpd penumpang

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.174470 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top