CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Ikan Lumba-Lumba Di Perairan Britain Mati Disebabkan H5N1

21-3-2023 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1839| Komen: 0

Description: Jangkitan selesema burung (H5N1) di perairan Britain menyaksikan kematian tiga ikan lumba-lumba termasuk ikan lumba-lumba pelabuhan.Ia merupakan kes pertama direkodkan di United Kingdom (UK) berkaitan ...
Jangkitan selesema burung (H5N1) di perairan Britain menyaksikan kematian tiga ikan lumba-lumba termasuk ikan lumba-lumba pelabuhan.

Ia merupakan kes pertama direkodkan di United Kingdom (UK) berkaitan virus itu.


The National News melaporkan, dua ikan lumba-lumba ditemukan di kawasan pantai berbeza di Devon dan Pembrokeshire, manakala seekor ikan lumba-lumba pelabuhan ditemukan di Yorkshire Timur.


Gambar hiasan

Ia berlaku ketika wabak H5N1 terbesar pernah berlaku pada burung yang membunuh jutaan di seluruh dunia sejak 18 bulan lalu dengan banyak disembelih untuk menghentikan penyakit itu daripada merebak.

Penyakit itu juga ditemukan pada haiwan lain termasuk beruang hitam, kucing hutan, musang, harimau bintang, babi dan singa laut.

H5N1 ialah sejenis virus influenza kebanyakannya berlaku kepada burung yang boleh menyebabkan gejala melampau termasuk kematian, pertama kali dikesan di ladang angsa di China pada 1996.


Terdapat juga jangkitan kepada manusia yang dikesan, namun rendah iaitu kurang daripada 900 seluruh dunia selama beberapa dekad, tetapi separuh daripada individu dijangkiti meninggal dunia.

Kerajaan UK, baru-baru ini, meningkatkan pemantauan selepas virus itu ditemukan pada memerang dan musang.

Penemuan itu dibuat selepas pekerja di Agensi Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan UK menguji 66 mamalia dengan sembilan memerang dan musang didapati dijangkiti.

Sejak itu, mereka menjalankan ujian dan pengawasan disasarkan pada haiwan dan manusia yang terdedah kepada virus berkenaan.

Pada November, pegawai di UK mengarahkan semua ayam dan burung peliharaan di England untuk disimpan di dalam rumah sebagai usaha mencegah penyebaran virus.

Beratus-ratus kes disahkan di premis komersial, kebun kecil dan burung peliharaan sejak Oktober tahun lalu.

Pada awal tahun ini, seekor kucing peliharaan dibunuh selepas mengalami simptom saraf yang teruk akibat kes selesema burung yang dijangkiti dari ladang itik berdekatan.

Pakar menekankan risiko kepada manusia adalah rendah, namun mengakui terdapat kemungkinan boleh menjangkiti manusia dan setakat ini, ia tidak merebak kepada manusia serta kebanyakan mendapat H5N1 menerusi interaksi dengan haiwan dijangkiti.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.044496 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top