CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kelly Clarkson Serik Berlaki, Tapi Teringin Nak Bercinta Lagi

17-3-2023 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4665| Komen: 3

Description: Kelly Clarkson yang melalui fasa kegagalan dalam rumah tangga tidak merancang untuk kembali berumah tangga.Sebaliknya penyanyi berusia 41 tahun itu mahu memberi fokus kepada dua orang anaknya.Bagaiman ...
Kelly Clarkson yang melalui fasa kegagalan dalam rumah tangga tidak merancang untuk kembali berumah tangga.

Sebaliknya penyanyi berusia 41 tahun itu mahu memberi fokus kepada dua orang anaknya.


Bagaimanapun, dia terbuka untuk menjalin hubungan cinta jika bertemu  lelaki yang dapat memahami dirinya serta menerima statusnya sebagai ibu kepada dua anak.


IG

"Saya tidak mahu berkahwin lagi. Sepanjang hidup ini saya telah menyaksikan banyak perceraian.

"Namun saya mahu kembali bercinta. Saya mahu mencari seseorang dan kembali melalui fasa tersebut. Namun harus tahu bahawa saya kini sudah mempunyai anak," katanya dalam satu temubual podcast.

Tambah penyanyi lagu Because of You ini, dia juga amat memahami perasaan dua orang cahaya matanya kerana terpaksa melalui hidup dibesarkan oleh ibu bapa yang sudah bercerai, justeru dia mahu anak-anaknya sentiasa mendapat kasih sayang secukupnya.


Menurut Kelly selepas berpisah dengan bekas suaminya, Brandon Blackstock pada 2020, dia lebih selesa menghabiskan masa bersama anak-anaknya.

"Saya akan rasa amat sedih apabila anak-anak mahukan saya dan bekas suami kembali hidup bersama seperti sebuah keluarga.

"Saya faham perasaan mereka kerana saya juga melalui pengalaman sama. Jadi saya sentiasa ingatkan anak-anak bahawa meskipun ibu bapa berpisah namun kami akan sentiasa menjaga mereka," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 19-3-2023 10:39 AM
diet skit, dulu ko kurus jer..
Quote doridori_hi 19-3-2023 09:53 PM
Membelon she skrg
Quote sarah_ary2 21-3-2023 11:50 AM
Iols suka dia sebab nampak happy and kelakar jugak, sore memang power and sgt best

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.144477 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top