Aiman Tino, 25, menyertai UMNO selepas menyerahkan borang keahlian di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Selamgor, malam tadi. Penyanyi ini menyerahkan borang terbabit kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Omar Al-Khattab Kasim disaksikan oleh Ketua Wanita UMNO bahagian , Datuk Rosni Sohar.
Aiman berkata, penyertaannya bukanlah perkara luar biasa kerana sebelum ini ayahnya, Yusri Ishak juga pernah memegang jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian berkenaan. Katanya, apa yang dilakukan adalah atas kerelaan hati dan ingin meneruskan legasi kepimpinan dan perjuangan ayahnya yang dikenali ramai seketika dahulu. "Saya memilih UMNO sebab pada pandangan saya hanya parti inilah yang mampu memartabatkan agama, bangsa dan negara sejak dahulu, kini dan selamanya. "Walaupun ketika ini sokongan orang Melayu terutama golongan muda terhadap UMNO semakin berkurangan tetapi saya yakin UMNO akan bangkit kembali pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Difahamkan, dia juga dilantik sebagai Pengerusi Biro Putera Pergerakan Pemuda Bahagian Hulu Selangor,Selangor. Aiman berkata, penyertaan dia dalam UMNO diharapkan mampu memberi impak dan menarik sokongan golongan muda menyertai UMNO. Katanya, jawatan yang diberikan kepadanya merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang amat besar serta berusaha sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan parti terbabit.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
2-4-2023 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.085539 second(s), 35 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.