CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4545|Reply: 6

"Parti Inilah Yang Mampu Memartabatkan Agama, Bangsa Dan Negara,"- Aiman Tino Masuk UMNO

[Copy link]
Post time 17-3-2023 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Aiman Tino, 25, menyertai UMNO selepas menyerahkan borang keahlian di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Selamgor, malam tadi.


Penyanyi ini menyerahkan borang terbabit kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Omar Al-Khattab Kasim disaksikan oleh Ketua Wanita UMNO bahagian , Datuk Rosni Sohar.


Foto: IG




Aiman berkata, penyertaannya bukanlah perkara luar biasa kerana sebelum ini ayahnya, Yusri Ishak juga pernah memegang jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian berkenaan.


Katanya, apa yang dilakukan adalah atas kerelaan hati dan ingin meneruskan legasi kepimpinan dan perjuangan ayahnya yang dikenali ramai seketika dahulu.


"Saya memilih UMNO sebab pada pandangan saya hanya parti inilah yang mampu memartabatkan agama, bangsa dan negara sejak dahulu, kini dan selamanya.


"Walaupun ketika ini sokongan orang Melayu terutama golongan muda terhadap UMNO semakin berkurangan tetapi saya yakin UMNO akan bangkit kembali pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan, hari ini.




Foto: Harian Metro




Difahamkan, dia juga dilantik sebagai Pengerusi Biro Putera Pergerakan Pemuda Bahagian Hulu Selangor,Selangor.


Aiman berkata, penyertaan dia dalam UMNO diharapkan mampu memberi impak dan menarik sokongan golongan muda menyertai UMNO.


Katanya, jawatan yang diberikan kepadanya merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang amat besar serta berusaha sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan parti terbabit.




  



"Saya yakin dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pejuang tegar parti yang begitu ramai di bahagian ini, saya mampu menggalas tanggungjawab berkenaan.


"Ini adalah juga satu cabaran baharu dalam hidup saya dan berikanlah peluang serta kerjasama kepada saya supaya amanah parti dapat saya jalankan dengan berkesan," katanya.


Aiman berkata, walaupun tugas yang diberikan bukanlah mudah namun dia tetap yakin mampu melakukan supaya UMNO kembali mendapat sokongan daripada golongan muda.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 12:57 PM | Show all posts
no surprise.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ok...parti lain xleh join...umno ja boleh masuk tv...noted
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang gambar atas sekli tu helok jugak..tpi bile tengok gambar yang lain nmpk bese2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko pin dah sendu aiman....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pemuda2 parti lain tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2023 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Umno memang sesuai dengan kooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.054330 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list