CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Puas Keluar Masuk Tapi Tak Lepas, Ben Affleck Langgar Kereta Orang

16-3-2023 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5553| Komen: 1

Description: Pelakon, pengarah dan penulis popular di Hollywood, Ben Affleck dirakam merempuh sebuah kereta berikutan usahanya mengalihkan kereta mewah Mercedez-Benz miliknya dari laluan sempit, gagal kerana dihal ...
Pelakon, pengarah dan penulis popular di Hollywood, Ben Affleck dirakam merempuh sebuah kereta berikutan usahanya mengalihkan kereta mewah Mercedez-Benz miliknya dari laluan sempit, gagal kerana dihalang kereta individu lain, lapor Daily Mail.



Cartoq

Kejadian itu juga dirakamkan oleh orang awam yang kebetulan berada di kawasan itu sehingga tular dalam media sosial.

Menerusi rakaman itu, Affleck dilihat berdiri di bahagian luar keretanya sambil memegang telefon dan kemungkinan menunggu pemandu kereta yang menghalang laluannya.

Apabila melihat tiada sesiapa yang muncul, dia terus masuk ke dalam kereta dan cuba memandu kereta keluar dari tempat yang sempit itu.

Pelakon itu menggerakkan keretanya ke hadapan dan belakang dengan penuh hati-hati, dan berusaha memastikan tidak melanggar kenderaan lain.

Selepas usahanya tidak berjaya dan tidak dapat menahan sabar, tidak semena-mena dia merempuh kereta Nissan Altima yang berada di hadapan kenderaannya dan kereta Volvo di belakang.



Loading FB Post...

Selepas beberapa percubaan, pelakon itu berjaya mengeluarkan keretanya dari tempat yang sempit dan terus memandu ke tempat lain.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Miss_LoveLeen 16-3-2023 11:10 PM
Pada meolss merempuh tu mcm langgar sekuat hati sampai jahanam kenderaan depan belakang tu. Kalau mcm ni gaya, lebih pada gohed gostan langgar2 manja je ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.037536 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top