CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5091|Reply: 1

Puas Keluar Masuk Tapi Tak Lepas, Ben Affleck Langgar Kereta Orang

[Copy link]
Post time 16-3-2023 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon, pengarah dan penulis popular di Hollywood, Ben Affleck dirakam merempuh sebuah kereta berikutan usahanya mengalihkan kereta mewah Mercedez-Benz miliknya dari laluan sempit, gagal kerana dihalang kereta individu lain, lapor Daily Mail.




Cartoq




Kejadian itu juga dirakamkan oleh orang awam yang kebetulan berada di kawasan itu sehingga tular dalam media sosial.


Menerusi rakaman itu, Affleck dilihat berdiri di bahagian luar keretanya sambil memegang telefon dan kemungkinan menunggu pemandu kereta yang menghalang laluannya.


Apabila melihat tiada sesiapa yang muncul, dia terus masuk ke dalam kereta dan cuba memandu kereta keluar dari tempat yang sempit itu.


Pelakon itu menggerakkan keretanya ke hadapan dan belakang dengan penuh hati-hati, dan berusaha memastikan tidak melanggar kenderaan lain.


Selepas usahanya tidak berjaya dan tidak dapat menahan sabar, tidak semena-mena dia merempuh kereta Nissan Altima yang berada di hadapan kenderaannya dan kereta Volvo di belakang.







Selepas beberapa percubaan, pelakon itu berjaya mengeluarkan keretanya dari tempat yang sempit dan terus memandu ke tempat lain.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada meolss merempuh tu mcm langgar sekuat hati sampai jahanam kenderaan depan belakang tu. Kalau mcm ni gaya, lebih pada gohed gostan langgar2 manja je ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048116 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list