CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fuh Hebat Semua Kena Dengar! Haris Ismail Menyanyi, Neelofa Berlakon Dalam MV

16-3-2023 05:43 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 14051| Komen: 172|Original author: Saiful

Description: Tahun lepas, PU Riz melancarkan Zikir, Selawat dan Pesanan Untuk Bilal yang didedikasikan buat anak sulungnya, Muhammad Bilal.
Tahun lepas, PU Riz melancarkan Zikir, Selawat dan Pesanan Untuk Bilal yang didedikasikan buat anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Kali ini dia muncul dengan single berjudul Jodoh Ajal Rezeki yang berkolaborasi bersama Faizal Tahir.


Foto: IG

Apa yang menarik, lagu hasil ciptaan Firdaus Rahmat dan Fahimi Rahmat, lirik oleh mereka berdua serta Haris dan Faizal itu turut menampilkan Neelofa.

Kata Haris, pembabitan Neelofa adalah yang pertama dalam sebuah lagu dan video muzik (MV) selain menyifatkan ia sebuah karya yang cukup istimewa.



"Lagu ini sudah siap sepenuhnya tahun lalu. Cuma, baru bulan lepas kami siapkan MV. Lagu ini cukup bermakna bukan saja melodi tapi liriknya juga. Jika dihayati, penuh keinsafan dan boleh menitiskan air mata. Ini kerana, ia cukup dekat dengan kehidupan seharian kita.

"Pendek kata, apa yang ingin disampaikan dalam lagu ini adalah sejauh mana kita merancang, sehebat mana kita merancang Allah jua sebaik-baik perancang. Dalam apa jua keadaan berlapang dada dan berdamailah dengan takdir Allah dan reda.

"Kemunculan Neelofa pula bagi melengkapkan lagi kisah lagu ini yang mana dia bukan saja berlakon dalam MV tapi juga menyumbangkan suaranya dengan membacakan maksud sepotong ayat al-Quran," katanya kepada Harian Metro.




Selain Neelofa, MV itu turut menampilkan Faizal berlakon bersama Haris sebagai bapa dan anak. Dipaparkan bagaimana hubungan kedua mereka renggang dan bergaduh hingga akhirnya berbaik semula.




"Lagu ini untuk kita semua. Mungkin ada antara kita yang pernah melalui pengalaman ini. Jadi, saya berharap lagu ini dapat diterima baik.

"Paling penting, saya mahu peminat dan pendengar memahami maksud yang ingin disampaikan. Ini juga satu lagi bentuk dakwah daripada kami," katanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 16-3-2023 06:21 PM
Makin lama makin mendunya plk. Ehehe. Igtkn nk tglkn dunya
Quote chekacheku 16-3-2023 06:25 PM
Ala ada ft..daku minat ft..tercemar ngn lembaga dan bini dia..L sungguhlaaa
Quote tumpanglalu74 16-3-2023 06:32 PM
Musti ex-gepren ostad yang anak hakim rayuan tu rase cam rubbing salt to wound jah..  Haha.
Quote zuriey 16-3-2023 06:43 PM
Jijik nyeeehhh
Quote dakewa 16-3-2023 06:44 PM
Eeeeuuuuuuwwwwwww!! Tak terkesannn di hatiiii pon tgk bideo kelip nye
Quote jihyomelly 16-3-2023 06:45 PM
tumpanglalu74 replied at 16-3-2023 06:32 PM
Musti ex-gepren ostad yang anak hakim rayuan tu rase cam rubbing salt to wound jah..  Haha.

ex gepren tgh ber gumbira coti2 korea..cari oppa…
Quote jihyomelly 16-3-2023 06:46 PM
chekacheku replied at 16-3-2023 06:25 PM
Ala ada ft..daku minat ft..tercemar ngn lembaga dan bini dia..L sungguhlaaa

di sebab kan ada lembaga & bini aku pun x tgk
Quote tumpanglalu74 16-3-2023 06:48 PM
jihyomelly replied at 16-3-2023 06:46 PM
di sebab kan ada lembaga & bini aku pun x tgk

Kenape korang panggey ostad encem tu lembage?  
Quote Tudungpink 16-3-2023 07:07 PM
tinggalkan dunia konon Sembang.. Propa jer... Dua2 gile glamor
Quote cikgojesss 16-3-2023 07:09 PM
dedua ada history punai terbang kan?
Quote tahanie 16-3-2023 07:15 PM
Kata tinggalkan dunia. Ini apa? Hiburan bukan?
Quote Realpeople17 16-3-2023 07:16 PM
FT tolong la jgn duet lg ngan si piyu ni. Suara dia tak sedap, bergaung! Suara FT pun jd rosak berduet ngan dia ni. VC pun beterabur dan tak sedih pun. Beria si piyu ni kata kalo tak menangis maknanya hati keras. Da mmg entah hape2 vc pun. Pak setat ni mmg rindu nk brlakon pun. So mne2 producer tolong ambik dia brlakon k. Tetap bwk watak ustad yg ada bini. Bininya amik sopiah bakarah k.
Quote Pak.dolla 16-3-2023 07:20 PM
Tak hingin nak tengok dan x ingin nak dengar...

Lebih baik aku kira kuih tart

Dari satu tart ke lapan tart utk ko
Quote samperit 16-3-2023 07:21 PM
taik kambin dilempar
Quote lyshafull 16-3-2023 07:23 PM
Suara jah x komersial
Mcm kasar
Ko ingt ko nk buat mcm dian sastrowardoyo ke
Quote MisXoXo 16-3-2023 07:26 PM
Bini jah mmg suka glamer
Quote tora216 16-3-2023 07:26 PM
chekacheku replied at 16-3-2023 06:25 PM
Ala ada ft..daku minat ft..tercemar ngn lembaga dan bini dia..L sungguhlaaa

Sama wehhh.. iollss pun minat FT tapi jadi tak rasa nak dengar and tengok pulak vc lagu ni sebab ada 2 makhluk ni..
Yihhhh sgtttt..
Quote awex^returns 16-3-2023 07:31 PM
Rosak suara FT dicemari anasir buruk
Quote likilu 16-3-2023 07:36 PM
Realpeople17 replied at 16-3-2023 07:16 PM
FT tolong la jgn duet lg ngan si piyu ni. Suara dia tak sedap, bergaung! Suara FT pun jd rosak berdu ...

Igs faz harini tulis sorry sebab dapat tahu orang nangis tengok adinda

Humble nye laaaaa

Lihat semua komen(172)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.061221 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top