CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Permintaan Luar Biasa, Konsert Ella Ditambah Satu Hari Lagi

15-3-2023 08:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10596| Komen: 13

Description: Atas permintaan luar biasa, penganjur Hitman Solutions menambah satu hari lagi untuk konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini pada 11 Jun depan.
Atas permintaan luar biasa, penganjur Hitman Solutions menambah satu hari lagi untuk konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini pada 11 Jun depan.


Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, berkata mereka enggan mengecewakan peminat yang terlepas membeli tiket pada 10 Jun selepas licin terjual dalam tempoh 24 jam.

Foto: IG

"Atas permintaan ramai yang menghantar mesej langsung dan ciapan di Twitter, kami memutuskan menambah satu malam lagi untuk konsert Ella.

"Kami akan merealisasikan perkara ini khusus buat peminat Ella," katanya.

Penjualan tiket bagi malam kedua akan mula dijual esok, jam 12 tengahari di www.hitmanlive.com.



Semalam, Ella mencipta rekod baharu apabila tiket konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota 'sold out' dalam masa 24 jam sahaja bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena.

Tiket konsert yang mula dijual jam 12 tengah hari kelmarin terjual sebanyak 50% hanya dalam tempoh dua jam sahaja.



Bagaimanapun, penjualannya dihentikan buat sementara kerana lebih 25,000 membanjiri laman web menunggu untuk mendapatkan tiket. Kebanjiran itu mengakibatkan proses pembelian menjadi tergendala.

Pihak penganjur segera menyelesaikan isu terbabit dan penjualan disambung semula pada jam 5 petang hari sama.



Sebagai simbolik 35 tahun dalam industri muzik, Ella bakal menyampaikan 35 dendangan termasuk Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In the Eyes of the World, Sembilu, Baldu Biru dan Retak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 15-3-2023 08:47 PM
kurlast nenek ella... mek ani sengau mesti terketap2 bibir

iols sarankan mek ani buat je konsert kat tepi jalan macam pasar selayang dulu.. lepastu bubuh la tin beskot karat kat depan pentas tu... confirm ada la tu orang hulur singgit dua... start dari bawah balik....
Quote Perawankota 15-3-2023 09:14 PM
Walaupon teringin nak pi, tapi sebab buat kat Axiata, tak kuasa lah aku nak pi.. Rimass
Quote alien88 15-3-2023 09:20 PM
Kalau dekat ni mmg iolls g..
Quote margo20 16-3-2023 12:16 AM
Uyoh suami lak yg nmpk muda
Quote syidasaleh 16-3-2023 12:26 AM
dudaberhias replied at 15-3-2023 08:47 PM
kurlast nenek ella... mek ani sengau mesti terketap2 bibir

iols sarankan mek ani buat je kons ...

Nek ani dah refund ke tiket 9 org tu??
Quote dudaberhias 16-3-2023 12:38 AM
syidasaleh replied at 16-3-2023 12:26 AM
Nek ani dah refund ke tiket 9 org tu??

entah lah kaka... entah2 9 orang tu pun orang kampung dia jugak yang beli silap2 theyols sedekah jah...
Quote ashilalat 16-3-2023 02:08 AM
dudaberhias replied at 15-3-2023 08:47 PM
kurlast nenek ella... mek ani sengau mesti terketap2 bibir

iols sarankan mek ani buat je kons ...

Aku sarankan nek ani hijack konsert nek yella hari kedua tu. Pembeli dah beli teket. Dh dok dalam axiata, x leh nak buat apa lah kalo nek ani yg muncul nyanyi
Quote ashilalat 16-3-2023 02:12 AM
Bila nek ella buat konsert besar besaran tiber teringat Fauziah Latiff. Di zaman nek ella mendonia, slalu klua kompilasi nek ella dgn nek jee. Sama² ada deretan lagu yg gila² popular zaman tu, cuma sorang genre rock sorang lg genre pop,ballad.

Sayangnya suara Nek Jee dah x sebaik dlu. Kalau lah suara Nek Jee masih menten at least 70-80% pon, sure Nek Jee pon bole buat konsert besar² an jua.
Quote sleepandream 16-3-2023 02:18 AM
Perawankota replied at 15-3-2023 09:14 PM
Walaupon teringin nak pi, tapi sebab buat kat Axiata, tak kuasa lah aku nak pi.. Rimass

kat axiata chuols duduk la level 3/4...iolspun kowser kalau nak diri kat bawah tu lama2... dahla ella byk lagu slow rock...

btw ziana zain patut buat konsert kat axiata... iols yakin full house juaaa
Quote Perawankota 16-3-2023 04:43 AM
sleepandream replied at 16-3-2023 02:18 AM
kat axiata chuols duduk la level 3/4...iolspun kowser kalau nak diri kat bawah tu lama2... dahla e ...

Ermmm.. Akan difikirkan.. Tapi takut yg second day ni pon ticket cepat sold out jugak
Quote AbukRokok 16-3-2023 08:15 AM
ada tauliah tak konsert konsert neh

-taun-

Quote rosedemon 16-3-2023 09:08 AM
okayyy wateva
Quote eely_shana 18-3-2023 11:01 PM
Bagus juga smbutannya

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.108719 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top