CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Dan Fazura Reda, "Ambil Duit Yang Bukan Hak Kita, Kemudian Dibelanjakan Untuk Keluarga Adalah Haram!"

15-3-2023 08:10 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16690| Komen: 46|Original author: Saiful

Description: Fazura sebelum ini mendakwa wujud pecah amanah membabitkan kakitangan dalam perniagaan milik mereka.
Fazura sebelum ini mendakwa wujud pecah amanah membabitkan kakitangan dalam perniagaan milik mereka.

"Apa yang berlaku tidak membuatkan kami patah semangat tapi mungkin rezeki kami tiada di situ dan sudah tertulis bukan untuk kami,"kata Fattah kepada Harian Metro.


Foto: IG

Katanya apa yang berlaku adalah asam garam dalam perniagaan selain tidak terlepas berdepan ujian.

"Dalam perniagaan apabila diuji sebegini memang perkara normal. Kami anggap apa yang berlaku adalah satu ujian yang mana kita perlu terus pandang ke depan.

"Jatuh bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa. Sebagai suami yang turut bersama dalam perniagaan diusahakan isteri, saya sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakangnya, begitu juga dengan dia."



Menurut Fattah, biarpun reda dengan ujian yang menimpa namun pihaknya tetap menyerahkan kes terbabit kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci.

"Apabila diuji sebegini kami berdua amat tertekan termasuklah semua kakitangan. Kes ini bukan hanya membabitkan kami berdua saja, tapi semua pihak dalam syarikat.

"Selepas mendapat bukti kukuh kami tidak boleh kenakan hukuman di peringkat pengurusan saja, sebaliknya perlu buat laporan polis.



"Saya harap apa yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak terutama pihak pengurusan dan kakitangan supaya jangan sesekali terfikir untuk ambil duit syarikat.

"Harus diingat perkara ini membabitkan hukum halal haram. Ambil duit yang bukan hak kita, kemudian dibelanjakan untuk keluarga adalah satu tindakan yang tidak baik.


"Kena ingat juga jika ambil duit bukan kepunyaan kita bukan semudah itu saja, sebaliknya akan menjadi darah daging. Allah Maha Melihat dan setiap orang perlu fikir panjang." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 15-3-2023 08:29 PM
Berapa byk tu agaknya?
Quote missHaidiD 15-3-2023 08:38 PM
Piramida replied at 15-3-2023 08:29 PM
Berapa byk tu agaknya?

Aritu baca kt mana tah katamya 40k
Quote likilu 15-3-2023 08:40 PM
Wah tu handbag yang dia tercicir kat warong Jakarta kan?

Nasib baik la dapat balik, barang barang dalam tu  semua ada, handbag pun harga dah berapa huhu
Quote dudaberhias 15-3-2023 08:45 PM
mana2 bisnes pun memang ada pecah amanah... buka kedai runcit pun cashier hambik singgit dua tiap hari tu yang orang kita ke orang cina suka bagi kerja kat sesama adik beradik sedara mara walaupun boleh gaduh... kurang2 duit tak hilang...
Quote oklatu85 15-3-2023 09:27 PM
missHaidiD replied at 15-3-2023 08:38 PM
Aritu baca kt mana tah katamya 40k

Haah 41k.. tapi ini antaranya.. faz kata Ada beberapa agi
Quote Afie13 15-3-2023 10:19 PM
dudaberhias replied at 15-3-2023 08:45 PM
mana2 bisnes pun memang ada pecah amanah... buka kedai runcit pun cashier hambik singgit dua tiap ha ...

Mmg betul pun nak cari pekerja yg jujur n amanah pegang duit mmg susah. I pun baru je rugi lebih 1k bulan lepas sbb ada staff songlap duit company

Mcm fattzura ni katanya kena songlap 40k so sikit sebanyak mmg terjejas n nasib pekerja lain pun akan berubah. Contohnya niat asal nak bagi staff lain bonus 2 bulan gaji tapi sbb kes songlap ni terpaksa la bagi bonus sebulan gaji je
Quote Realpeople17 15-3-2023 10:40 PM
Hakikatnya faz ngan fattah ni trlalu baik and pecaya ngan org tu yg org amik kesempatan. Dlu fattah kne ngan management dlu. Skang ni faz kne ngan staff sndiri. Dpt bos baik ok tak kedekut pun nk amik ksempatan. Sndiri yg rosakkan masa depan sndiri..
Quote armin 15-3-2023 11:56 PM
likilu replied at 15-3-2023 08:40 PM
Wah tu handbag yang dia tercicir kat warong Jakarta kan?

Nasib baik la dapat balik, barang barang d ...

Macam mana boleh tercicir beg besar gitu
Quote likilu 16-3-2023 12:07 AM
armin replied at 15-3-2023 11:56 PM
Macam mana boleh tercicir beg besar gitu

Sebab dia tengah on the phone masatu, tak sure siapa call
jalan jalan terus naik tuktuk sekali nak bayar ehhh bag mana
Quote imanda 16-3-2023 12:53 AM
likilu replied at 16-3-2023 12:07 AM
Sebab dia tengah on the phone masatu, tak sure siapa call
jalan jalan terus naik tuktuk sekali nak ...

hahaa tu jln cite short film dia daaa
Quote miss_strangers 16-3-2023 12:56 AM
Cian... Mujur kak long bijak suruh adikberadik lain trap scammer tu...
Quote likilu 16-3-2023 01:28 AM
imanda replied at 16-3-2023 12:53 AM
hahaa tu jln cite short film dia daaa

Eh i memang sejak zaman gol n gincu bawak ke pisau cukur, obses ngan cite kak faz berlakon

Dapat tgk kakak kita ke jakarta bawak watak kiki gedik tu  15 minit tak cukup, bawak ke dunia forum pulak haha

Tapi watak lain yg best jugak zaman ellie dengan carl. Maklumlah zaman tu bbnu twitterjaya haha
Quote MisXoXo 16-3-2023 03:59 AM
Ni yg defendan ambil lawyer asiah abd jalil.asiah sendiri puji faz ni baik .sgt positive
Quote rosedemon 16-3-2023 09:13 AM
xpela uol tetap kaya dan mewangi
Quote kucingitam 16-3-2023 10:41 AM
likilu replied at 16-3-2023 01:28 AM
Eh i memang sejak zaman gol n gincu bawak ke pisau cukur, obses ngan cite kak faz berlakon

Dapat  ...

ahaha betul la..aku nyampah betul dgn dia masa gol dan gincu..tapi tetap nak tgk..mcm gedik2 tapi comel..
Quote imanda 16-3-2023 11:27 AM
likilu replied at 16-3-2023 01:28 AM
Eh i memang sejak zaman gol n gincu bawak ke pisau cukur, obses ngan cite kak faz berlakon

Dapat  ...

i pon lg prefer faz blakon sb style dia bckp lain dr lain, unik sikit. mcm menjoyah tp stay classy gittewww hahaha n sheols mmg lawa n dpt laki hensem. ok bye.
Quote electricopop 16-3-2023 01:27 PM
Biasalah tu buat business, ada je kes kes camni. Kadang mungkin orang tu buat hal sebab x puas hati dengan boss ke, management company ke apa ke.

Kita mana tau ye dak?
Quote Geeayden 16-3-2023 01:40 PM
electricopop replied at 16-3-2023 01:27 PM
Biasalah tu buat business, ada je kes kes camni. Kadang mungkin orang tu buat hal sebab x puas hati  ...

X kan sampai pecah amanah, songlap duit.. X puas hati suarakan mengikut saluran yg betul atau berentilah. Cari kerja tempat lain. Apa2 pun tengok nanti bila dibicarakan kat mahkamah.
Quote _kelly 16-3-2023 01:46 PM
electricopop replied at 16-3-2023 01:27 PM
Biasalah tu buat business, ada je kes kes camni. Kadang mungkin orang tu buat hal sebab x puas hati  ...

kalau tak puas hati dengan bos atau company, boleh songlap duit ke

dahsyat justifikasi uols

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.082205 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top