CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Bayar Cukai, Warga Asing Boleh Kirim RM10 Bilion Setahun Ke Kampung

15-3-2023 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7054| Komen: 10

Description: Kira-kira RM10 bilion mengalir ke luar negara hasil daripada wang yang dihantar 2.4 juta pekerja asing dari pebagai sektor pekerjaaan di negara ini.Daripada jumlah itu, RM5 bilion yang dihantar ke pel ...
Kira-kira RM10 bilion mengalir ke luar negara hasil daripada wang yang dihantar 2.4 juta pekerja asing dari pebagai sektor pekerjaaan di negara ini.

Daripada jumlah itu, RM5 bilion yang dihantar ke pelbagai negara adalah daripada pekerja asing di sektor pembinaan.


Pakar Ekonomi, Prof. Madya Ts. Dr. Anuar Shah Bali Mohamed berkata, jumlah itu mampu mencecah berganda-ganda setiap tahun melibatkan semua sektor termasuk warga asing yang sudah menjadi tauke di negara ini.


Gambar hiasan

“Pada 2019, hampir RM5 bilion wang negara mengalir keluar menerusi pekerja asing yang bekerja di sektor pembinaan di negara ini dalam setahun.

“Jika untuk satu sektor pun sudah cecah RM5 bilion, sekarang 2023, sudah pasti jumlahnya jadi lebih berganda-ganda dan mampu mencecah RM10 bilion setahun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, melihat kepada data Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2022, jumlah ke­seluruhan warga asing yang bekerja di negara ini adalah sekitar 2.4 juta orang.


“Sekiranya 10 peratus daripada mereka menjadi tauke dan mampu mengirim wang sekitar RM10,000 dalam tempoh beberapa bulan, tidak mustahil untuk wang negara dikirim keluar lebih tinggi tahun ini.

“Mereka ini pandai berjimat tinggal di negara orang, tidak boros dalam perbelanjaan, sebab itu setiap bulan, setiap tahun mampu hantar wang banyak ke kampung,” jelasnya.

Bagi Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Mohammad Noorizuddin Nooh pula, beliau melihat kewujudan banyak premis perniagaan yang dikuasai peniaga asing dan beroperasi tanpa permit sebenarnya telah merugikan ekonomi tempatan.

“Ini kerana, mereka tidak membayar cukai dan memperoleh keuntungan tanpa memberikan sumbangan kepada negara.

“Selain turut mencipta ketidakseimbangan dalam pasaran, ia boleh menjejaskan keberkesanan undang-undang dan peraturan tempatan yang telah ditetapkan untuk mempromosikan pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.

Jelas Mohammad Noorizuddin, penting untuk kerajaan sedia ada mengambil tindakan dalam memastikan bahawa semua peniaga mengikuti peraturan dan memberikan sumbangan yang sama kepada negara dalam bentuk cukai.

“Sebenarnya, kesan kehadiran mereka yang terlalu ramai dalam sektor perniagaan adalah bergantung kepada bagaimana mereka menguruskan perniagaan dan mempengaruhi pasaran tempatan.

“Namun, ada risiko bagi negara apabila terlalu banyak transaksi ekonomi dilakukan oleh peniaga asing kerana ini mungkin memberi kesan terhadap peniaga tempatan apabila mereka tidak dapat bersaing,” ujarnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 15-3-2023 06:23 PM
2.4 jutas pekerja asing di Malaysia. Kaka pasti jumlah sebenarnya lebih dari itu. Belum lagi yg masuk secara haram.
Quote dani-rox 15-3-2023 06:29 PM
Salahkan kapitalis dan penguatkuasaan yg lembik
Quote Rayna90 15-3-2023 06:36 PM
Blame the penguatkuasaan. Rapuh banyak lompong.
Negara luar, kalau kau warga asing and ada visa/residensi memang wajib apply tax id. Meols masa duduk dekat Aussie walau 6 bulan on visitor visa tetap kena apply tax id walaupun takde income dekat sana.
Quote namieamuro 15-3-2023 06:45 PM
pdn muke. dh la tak bayar tax. senang2 je kaut untung kt sini. lps tu anta kt kampung die. pdn muke pemimpin yg buat keje acuh tak acuh.

pati rohingyuck pun mampu anta duit ke kampung die. tau2 je org kampung dh atas boat menuju ke malaysia.
Quote nakkomenjugak 15-3-2023 09:24 PM
oh kemonnnn
orang asing kat malaya ni lagi banyak dari tu
jiran iol ni pun kawen dengan bangla
bangla tak reti berjiran
Quote gigahertz 15-3-2023 09:51 PM
Rayna90 replied at 15-3-2023 10:36 AM
Blame the penguatkuasaan. Rapuh banyak lompong.
Negara luar, kalau kau warga asing and ada visa/res ...

Ni kalau GST masyuk
Quote kemaruk 15-3-2023 09:53 PM
Sebab tu la perbanyakkan lagi rumah pelacuran dan mesin judi kuda supaya warga asing nih habiskan duit di dalam negara je.. nak kirim keluar dah takde duit
Quote Firenzza 15-3-2023 09:55 PM
Gomen lg berminat nk kenakan cukai baru pd marhaen ic biru jerrr.....nilai duit jatuh sbb rm mengalir keluar x masuk dlm kpla hotak diorg pun
Quote Skuau 15-3-2023 10:57 PM
Apabila:
poliTIKUS 'bersenggama' dgn kapitalis...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043234 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top