CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Murah Dari Menu Rahmah! 24 Menu Barat, Tempatan Ditawar Dengan Harga RM2.50

15-3-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7434| Komen: 16

Description: Lebih murah berbanding Menu Rahmah yang dijual dengan harga RM5 sepinggan, seorang peniaga di Mentakab menawarkan menu Barat dan tempatan dengan harga RM2.50 setiap satu hidangan.Najihah (kanan) dan i ...
Lebih murah berbanding Menu Rahmah yang dijual dengan harga RM5 sepinggan, seorang peniaga di Mentakab menawarkan menu Barat dan tempatan dengan harga RM2.50 setiap satu hidangan.


Najihah (kanan) dan ibunya, Hazimah bersama antara menu RM2.50 yang ditawarkan di restoran tersebut sejak September tahun lalu.

Sinar Harian melaporkan, pengusaha Restoran Nasi Lemak Ayam Dinosour, Najihah Najib, 23, mengambil inisiatif tersebut sejak September tahun lalu untuk membantu golongan B40 menikmati menu pilihan dengan harga murah.

Restorannya menawarkan 24 makanan terdiri menu Barat dan tempatan seperti chicken chop, spaghetti carbonara dan bolognese, nasi putih ayam buttermilk, laksa, mi goreng basah,bebola daging dan sandwich.


Antara juadah yang dijual dengan harga RM2.50 di restoran tersebut.


Pemegang Diploma Kulinari itu berkata, walaupun dijual pada harga terlalu murah, namun kualiti makanan disediakan cukup diitikberatkan.

“Saya bukan jual ala kadar. Perapan kuah dan sos semua dibuat sendiri selain resipi ibu, Hazimah Harun, 56. Kuantiti yang disediakan setiap juadah boleh buat orang kenyang walaupun dalam mangkuk sedikit kecil berbanding kebiasaan.

"Idea untuk menyediakan harga murah seperti ini mula timbul selepas tersentuh melihat keluarga berpendapatan rendah datang bersama anak-anak untuk menikmati makanan Barat yang selama ini mereka idamkan.

"Saya faham, bukan semua orang mampu. Jadi, bila datang ke premis saya, mereka dapat menikmati menu yang diinginkan seperti chicken chop dengan harga murah.

"Ada pelanggan seolah-olah tidak percaya dengan harga yang kita tawarkan dan terkejut apabila kuantiti yang disediakan tetap mengenyangkan mereka," tambahnya.


Suraya, Muhammad Ashraf

Berdepan beban kos barangan yang semakin meningkat, Najihah bagaimanapun akan berusaha mengekalkan harga itu walaupun peniaga kecil sepertinya tertekan dengan kenaikan tersebut.

Untung atau tidak, Najihah percaya dengan rezeki masing-masing.

Selain menu RM2.50, restoran itu juga menawarkan juadah popular seperti nasi lemak ayam dengan harga lain dan ia juga antara menu terkenal dan laris di kalangan pelanggan.

Restoran yang terletak di Taman Rimba di sini tersebut dibuka setiap hari kecuali Khamis bermula jam 5 petang hingga 10 malam.

Sementara itu bagi seorang penjawat awam, Suraya Abu Samah, 41, memuji usaha tersebut dan setakat ini dia berpuas hati dengan kualiti dan kuantiti yang ditawarkan.


Chicken chop yang dijual dengan harga RM2.50 di restoran tersebut.

"Sudah beberapa kali datang, anak pun suka dan ia banyak membantu orang ramai dalam keadaan sekarang," jelas Suraya.

Bagi seorang pelajar, Muhammad Ashraf Kamarulzaman, 18, mengakui pada mulanya tidak percaya dengan harga tersebut.

"Sekarang selepas diberitahu rakan-rakan, saya gembira kerana ada harga murah dan tidak membebankan pelajar seperti saya," jelas remaja tersebut.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 15-3-2023 06:33 PM
ye ye aje pehtu kang kata takde sambutan, tak pulang modal yada2

Quote Nham22 15-3-2023 06:58 PM
Mcm tipe ja.. Silap2x add on itu ini lebih dr 2.50..add on fries.. Etc
Quote Purplehaz 15-3-2023 07:18 PM
Menu
Rahmah rahmat
Nama diberi
Quote _blackbird 15-3-2023 08:28 PM
Ni portion utk kanak2 ke? French fries 11 ketui ja
Quote Suchi 15-3-2023 08:38 PM
French fries dia nmpk ok la skit biasanya hat jual ciken cop murah2 ni guna hat murah bila goreng serap minyak kemain byk.
Takat ni fries tesco dan emborg jela yg ok ala2 mekdi punya. Iols biasa masak guna air fryer oven ok je rupa dan rasa dia.
Quote pooh~key 15-3-2023 09:20 PM
Muka macam tu kau kata umur dia 23 biar betul sissy? Ke typo 32 sebenarnya nyah dek??

Ok done face shaming dek.
Quote MissYouSayang 15-3-2023 09:24 PM
pooh~key replied at 15-3-2023 09:20 PM
Muka macam tu kau kata umur dia 23 biar betul sissy? Ke typo 32 sebenarnya nyah dek??

Ok done face ...

Akak x berair ke tgk cikki tu
Quote axl_bach 15-3-2023 09:24 PM
Ok gak strategi ni.  Murahkan certain menu tp markup menu2 biasa dan minuman.

Sama konsep dgn hypermarket selalu buat,  murahkan dairy product at the same time mark up barangan dapur or clothing etc.
Quote Ladyfreecare 15-3-2023 09:26 PM
Terbaik acik jihah dan ibu. Moga ditambah rezeki olehNya.
Quote pooh~key 15-3-2023 09:26 PM
MissYouSayang replied at 15-3-2023 09:24 PM
Akak x berair ke tgk cikki tu

Akak berair tengok muhammad ashraf tu sis. Nak aja akak suapkan fries kat lubang heols sis. Akak maksudkan lubang mulut tawww kau orang semua jangan noty2 tawwwww sissy.
Quote vespa_oren 15-3-2023 09:32 PM
apa yg best kt mentakab tu, teringin lak nk jln2 sana pas ini
Quote kaedahnya 15-3-2023 10:15 PM
bagus adik najihah diploma kulinari ni.
ini yang kita mau.
Quote Lagubestbest 15-3-2023 11:23 PM
ok dah ni. skrg pun kita2 yang berusia gini ni hahaha berusia order makanan gini sebenarnya sekadar nak amek rasa je.
Quote tobobon 15-3-2023 11:27 PM
Kitty_catz replied at 15-3-2023 06:33 PM
ye ye aje pehtu kang kata takde sambutan, tak pulang modal yada2

hahaha...anyway akak ni boleh caya lah kot..since dia dah buat before gomen lancarkan menu rahmah...so sampai skrg sheols masih jual..dpt sambutan agaknya
Quote Tinot7 15-3-2023 11:27 PM
pooh~key replied at 15-3-2023 09:26 PM
Akak berair tengok muhammad ashraf tu sis. Nak aja akak suapkan fries kat lubang heols sis. Akak m ...

Mmg mulut jahh voley suap makanan.. ada lubang lain ka selain mulut?
Quote Kitty_catz 16-3-2023 08:45 AM
tobobon replied at 15-3-2023 11:27 PM
hahaha...anyway akak ni boleh caya lah kot..since dia dah buat before gomen lancarkan menu rahmah. ...

harap2 berkekalan la chuols dgn rega sana sini naik..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.051522 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top