CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu BM Di Kelantan Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Murid Perempuan Darjah 2

13-3-2023 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10709| Komen: 23

Description: Kota Bharu: Guru bahasa Melayu dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid perempuan Tahun Dua, April tahun lalu.
Kota Bharu: Guru bahasa Melayu dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid perempuan Tahun Dua, April tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Nik Rosli@Rosli Abdul, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud seksual melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun 11 bulan.


Foto: Harian Metro

Perbuatan itu dilakukan di dalam kelas di sebuah sekolah di Jelawat, dekat Bachok di sini, antara 7.40 pagi hingga 9.40 pagi pada minggu ketiga bulan April 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nurul Hanini tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh melakukan kesalahan berat selain mempunyai hubungan amanah dengan mangsa iaitu guru dan murid.

Tertuduh merayu dan memohon supaya diberi jaminan kepadanya dan memaklumkan akan melantik peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat serta tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 April depan untuk sebutan semula kes. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 13-3-2023 04:50 PM
apa punya bangang la cikgu ni
Quote Nurdianah 13-3-2023 04:52 PM
Wey.. salah berita ni. Kes kat Zimbabwe lah..
Quote kuying 13-3-2023 06:35 PM
Unur dah ganyut pun tak sedar diri lagi ni
Quote whimsicalmusic 13-3-2023 09:37 PM
time bln puasakah? ko biar betul
Quote CiliPadiSedap 13-3-2023 10:26 PM
negeri isley kuat tapi dh dua cikgu pedo sekor lagi cikgu kelantan kerja serawak. kena tangkap kt thailand.

sial betul pedo2 ni.  kau buat mangsa, kau kutip sabun kat dalam. good luck pedo musibat.
Quote kakikuDibibirmu 13-3-2023 10:27 PM
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow serambi bermukah gommo klate gommo! malu kokram, hok ni hok tu hok ni hok tu
Quote B40tastePosh 13-3-2023 10:30 PM
Terlalu banyak mengajar Bahasa Melayu ditambah perencah budu...impaknya kerja asyik ingat seks je.
Quote juboqhang 13-3-2023 10:33 PM
B40tastePosh replied at 13-3-2023 10:30 PM
Terlalu banyak mengajar Bahasa Melayu ditambah perencah budu...impaknya kerja asyik ingat seks je.

Makan budu syahwat kuat ke??
Quote CiliPadiSedap 13-3-2023 10:46 PM
kakikuDibibirmu replied at 13-3-2023 10:27 PM
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow serambi bermukah gommo klate gommo! ma ...

membangun bersama pedo.


sial betul pedo duk pakai kopiah acah2 islamik
Quote margo20 13-3-2023 10:49 PM
Adoi da tarap atuk atuk suda
Quote theotherfriend 14-3-2023 12:19 AM
Umur 56, mungkinkah ada mangsa terdahulu?
Quote B40tastePosh 14-3-2023 12:43 AM
juboqhang replied at 13-3-2023 10:33 PM
Makan budu syahwat kuat ke??

Makan budu tu membiol kan otak sebab ada Alcohol Halal yg melarutkan bekas yg diperbuat dari Simen
Quote FOTHER-MUCKER 14-3-2023 01:43 AM
Semejak bila pula ada guru bahasa melayu? Bukan guru bahasa Malaysia?
Quote I.K.A888990 14-3-2023 02:16 AM
binatang ke kau ni sampai budak pn kau sanggup
Quote zuuu 14-3-2023 02:42 AM
Apa yg ko pikir huh???cikgu umur 56 tahun,mangsa budak umur 7 tahun...speechless betul baca
Quote dua_chzy 14-3-2023 04:20 AM
FOTHER-MUCKER replied at 13-3-2023 05:43 PM
Semejak bila pula ada guru bahasa melayu? Bukan guru bahasa Malaysia?

Bukan. Bahasa Melayu. Bahasa Malaysia tu zaman Mahathir sampai ke Pak Lah jika tak silap.
Quote Nokiaman 14-3-2023 06:00 AM
ifanonline replied at 13-3-2023 04:50 PM
apa punya bangang la cikgu ni

Cikgu Melayu Isle suci syumul Noooooooo..
Mati konfem ke syorgaaaaa ...
Apa mo heran....

Quote FOTHER-MUCKER 14-3-2023 06:13 AM
dua_chzy replied at 13-3-2023 12:20 PM
Bukan. Bahasa Melayu. Bahasa Malaysia tu zaman Mahathir sampai ke Pak Lah jika tak silap.

Sepatutnya bahasa Malaysia lah kan baru betul.
Quote ffbeauties 14-3-2023 09:01 AM
Kupiah tak tinggal ye.
Ni mesti rajin ke masjid. Tarbiah orang pasal aurat
Rajin sebar kehalalan poligami.
Paling penting pyokong parti terpaling

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.053348 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top