CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dah Bertunang, Adele Menghitung Hari Bergelar Isteri Rich Paul

1-3-2023 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1583| Komen: 6

Description: Adele dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Rich Paul selepas dua tahun bercinta.Selepas dua tahun menyemai benih cinta, Adele mengikat tali pertunangan bersa ...
Adele dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Rich Paul selepas dua tahun bercinta.

Selepas dua tahun menyemai benih cinta, Adele mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Rich Paul, lapor The News.



IG

Menurut laporan dipetik mStar itu, pasangan berkenaan dikatakan bakal berkahwin pada musim panas tahun ini.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh seorang yang sangar rapat dengan Adele.

"Ya! Adele dan Rich akan berkahwin pada musim panas tahun ini," katanya.

Lebih menguatkan lagi spekulasi apabila penyanyi berusia 34 tahun itu dilihat mengenakan cincin berlian di jari manis semasa melakukan persembahan baru-baru ini.

Sebelum ini, penyanyi Adele memaklumkan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama Rich.


The People


Malah penyanyi yang terkenal dengan lagu Someone Like You itu turut memberi bayangan bakal bertunang selama setahun sebelum mendirikan rumah tangga.

Adele juga pernah memberitahu bahawa dia kini sedang bahagia selain tidak sabar untuk memiliki anak bersama kekasihnya itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 6-3-2023 04:39 PM
Cantik betul Adele ni. Anyway, congrats!!
Quote hokeypokey 6-3-2023 09:20 PM
Rich ni mesti kaya kan.. nama jer dh kaya
Quote lasagna 7-3-2023 09:02 AM
memang kaya pun, sbb dia NBA sport agent kottttt..
Quote haifawehbe 7-3-2023 07:42 PM
minah saleh chubby mmg taste jejans black.. semoga bahagia utk kali ini..
Quote WeAiNe 7-3-2023 08:17 PM
harap2 ambik iktibar dgn kes cerai sebelum ni
buatlah agreement apa benda nama tu
kalau bercerai tak adalah buta2 je bekas laki dapat harta juta2
Quote tenggiripink 10-3-2023 08:47 AM
WeAiNe replied at 7-3-2023 08:17 PM
harap2 ambik iktibar dgn kes cerai sebelum ni
buatlah agreement apa benda nama tu
kalau bercerai tak ...

yup meols setuju
sedap2 je ex husb dapat rete dia

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.046075 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top