CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Steven Seagal Dapat Anugerah Russian Order Of Friendship Dari Putin

28-2-2023 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 233| Komen: 0

Description: Pemimpin Kremlin Vladimir Putin menyampaikan anugerah "Russian Order of Friendship" kepada pelakon Amerika Syarikat (AS), Steven Seagal, yang terkenal dengan filem aksi AS 1990 Hard to Kill, lapor Age ...
Pemimpin Kremlin Vladimir Putin menyampaikan anugerah "Russian Order of Friendship" kepada pelakon Amerika Syarikat (AS), Steven Seagal, yang terkenal dengan filem aksi AS 1990 Hard to Kill, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).


Bintang Amerika Syarikat terkenal dengan filem thriller aksi menerima anugerah "Russian Order of Friendship" yang disampaikan sendiri pemimpin Kremlin Vladimir Putin. 


CNN

Menurut dekri Putin yang diterbitkan pada Isnin, Seagal yang memiliki kewarganegaraan Rusia menerima anugerah itu atas "sumbangan besarnya terhadap pembangunan kebudayaan dan kemanusiaan antarabangsa".

Bernama memetik Agensi Akhbar Jerman (dpa) melaporkan, pelakon berusia 70 tahun itu membintangi pelbagai filem aksi dan merupakan wakil khas Kementerian Luar Rusia untuk hubungan kemanusiaan dengan Amerika Syarikat dan Jepun.

Difahamkan, dia yang juga ahli parti pro-Kremlin Just Russia didakwa berulang kali mengikuti garis propaganda Moscow. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.076775 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top