CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Coast Guard Malaysia: Ops Helang Raih RM5 Juta Dalam Tempoh 10 Hari Tayangan

14-2-2023 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3872| Komen: 11

Description: Filem genre aksi, Coast Guard Malaysia: Ops Helang meraih kutipan RM5 juta dalam tempoh 10 hari tayangan sejak 2 Februari lalu.
Filem genre aksi, Coast Guard Malaysia: Ops Helang meraih kutipan RM5 juta dalam tempoh 10 hari tayangan sejak 2 Februari lalu.

Penerbit Flying Deals Sdn Bhd, Muhammad Hady Yusry Makmor berkata, pihaknya menjangkakan kutipan akan terus meningkat pada musim cuti persekolahan ini.




"Alhamdulillah, pihak pawagam pun bersedia untuk menambah tayangan filem Coast Guard lebih lama lagi.

"Setakat ini lebih dari 145 pawagam yang menayangkan filem ini di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

"Melihatkan pada sambutan penonton, pihak kami menjangkakan filem ini akan ditayangkan dalam tempoh dua minggu lagi di pawagam,"katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Hady Yusry berkata, buat masa ini, pihaknya giat menjayakan kempen dan promosi termasuk di stesen TV, radio dan platform online untuk filem Coast Guard di seluruh negara.

"Selain itu, pihak kami ada sesi bertemu peminat di beberapa pawagam sekitar Kuala Lumpur, contohnya di Mid Valley,"katanya.


Ditanya komitmen pelakon pula, kata Muhammad Hady, semua barisan pelakon termasuk gandingan watak utama iaitu Saharul Ridzwan dan Julia Farhana juga memberikan komitmen yang bagus untuk sama-sama turun padang mempromosikan filem ini kepada orang ramai.

"Pihak kami baru kembali dari Sandakan, Sabah sempena ulang tahun Maritim Mslaysia dan tayangan filem Coast Guard kepada rakyat di sana.

"Ramai penonton yang teruja untuk menonton filem ini kerana menyedari bidang tugas Maritim Malaysia yang sangat mencabar untuk menjaga perairan negara,"katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 14-2-2023 02:02 PM
ermmmm
Quote babycc 14-2-2023 02:04 PM
Waktu tayangan x byk.. ari tu igt nak tgk juga.. tp time x kena pulak
Quote prettyuglybabe 14-2-2023 02:16 PM
ok la cerita-cerita gini dari karipap karipap cinta..
Quote She-Ra 14-2-2023 02:24 PM
babycc replied at 14-2-2023 02:04 PM
Waktu tayangan x byk.. ari tu igt nak tgk juga.. tp time x kena pulak

iols day 1 tayang terus tgk.. tu pn cari time yg ok lepas maghrib, jam 8pm
jalan cerita boleh la, layan.. awal2 dh buat kita fokus
cuma tak bestnya watak hero tu lontaran suara tak selari dgn badan sasa kdg geram je dgr cara dia bercakap
termasuk la heroin tu..
watak2 tambahan pulak yg rasa wow.. mcm sabri yunus, adlin, hazama... 'terhibur' tgk kelaku dorg.. geram rasa nak tampa sorg2
Quote prince_marhaen 20-2-2023 09:10 AM
Boringggggggggg.........hero so kayu cakap macam dalam kelambuuuu....so mellow... percubaan kontrol slang klate...tak natural langsung... pelakon lain-lain okey pun sebab ada sabri yunus & adlin yang memberi.. kalau tak...super bosannnn.... action biasa-biasa jahh... but better than filem adi porn bebird spender gulung haritu.. hahahaha..
Quote dudaberhias 20-2-2023 10:51 AM
iols tak tengok pun lagi sebab tak tahu kewujudan filem ni hahahahahah....

tapi ok lah tu kita support je lah filem ni dari nak kena tengok hero duk beliak2 bijik mata macam nak hantar ain sambil bercakap.... yang tu telah menyebabkan iols trauma dan memang last iols tengok filem arahan beliau... takkan tertipu daya dek overrated reviews lagi dah... baik tengok filem pasal binatang kat pawagam... lagi berair nengok singa jantan kejar singa betina...
Quote She-Ra 20-2-2023 10:53 AM
prince_marhaen replied at 20-2-2023 09:10 AM
Boringggggggggg.........hero so kayu cakap macam dalam kelambuuuu....so mellow... percubaan kontrol  ...

kannnn
ingatkan iols je perasan benda tu... bosan weh dgr dia ckp termasuk la dgn perempuan tu
watak2 tambahan pulak yg menghidupan cerita
Quote akuHavocczz 20-2-2023 10:57 AM
prince_marhaen replied at 20-2-2023 09:10 AM
Boringggggggggg.........hero so kayu cakap macam dalam kelambuuuu....so mellow... percubaan kontrol  ...

ye.. hero lembik nak mampus. tibe rasa HA better. Cerita banyak tak logik. Nasib penjahat tu je mewarnakan filem ni. Tak tahu apa yang orang hype sangat dengan filem ni.
Quote prince_marhaen 20-2-2023 11:29 AM
She-Ra replied at 20-2-2023 10:53 AM
kannnn
ingatkan iols je perasan benda tu... bosan weh dgr dia ckp termasuk la dgn perempuan tu
w ...

ye....! meols rengsek ye Hero sangat kontrol cakap, ada part live sound, ada part dubbing,...part dubbing tu macam kau record voice over kat tiktok je ye bosan dia... emosi pun over... meols rasa Kekrul Kayu lagi better (at this point).. heroin nak cantekkkkk je kan.. baru nak support filem2 tempatan.. begini pulak hasilnya..

Quote She-Ra 20-2-2023 12:06 PM
prince_marhaen replied at 20-2-2023 11:29 AM
ye....! meols rengsek ye Hero sangat kontrol cakap, ada part live sound, ada part dubbing,...part  ...

dorang patut bersyukur, watak2 tambahan tu la menghidupan jln cerita
kalau takat hero heroin, bungkus wehhhhhhhh

lg satu hal, panggung wayang..
suka naw slot tayangan sehari satu dan nak masuk waktu maghrib
camne org melayu nak sapot pilem melayu kalau gini caranya?
lelaki dan la kot nak tgk yg ngam2 lepas solat mcm 730pm tu
sb wayang pn start lambat.. tulis je 730 tp mula 745-750pm..
yg perempuan tak dan nk bersiap.. kena pulak tudung tak bg kerjasama, mmg boleh buat gado la
mana nk mekap lg.. mana nk berlenggang ke panggung lg.. becak tiak!
Quote kingdomgrup123 9-8-2023 05:19 PM
https://www.twitch.tv/kingdom4d_1
https://twitter.com/kingdom4d_1
https://soundcloud.com/kingdom4d-664688011
https://kingdom4d-1.livejournal.com/
https://www.flickr.com/people/198977926@N08/
https://issuu.com/kingdom4d_1
https://mix.com/kingdom4d_1
https://www.pinterest.com/kingdom4d_1/
https://lu.ma/u/usr-ARIFAh7OawGTPB9
https://www.bibsonomy.org/user/kingdom4d_1

https://www.twitch.tv/kingdom4d_2
https://twitter.com/kingdom4d_2
https://soundcloud.com/kingdom4d-824556655
https://kingdom4d-2.livejournal.com/profile/
https://www.flickr.com/people/198934090@N06/
https://issuu.com/kingdom4d_2
https://mix.com/kingdom4d_2
https://id.pinterest.com/kingdom4_2/
https://lu.ma/u/usr-YQCD8YzDxeoamL3
https://www.bibsonomy.org/user/kingdom4d_2

https://www.twitch.tv/kingdom4d_wap
https://twitter.com/kingdom4dwap

https://edex.adobe.com/community/member/oQGnC4HX-
https://issuu.com/intertogel888
https://seekingalpha.com/user/59165382/profile
https://justpaste.it/u/InterTogel2
https://speakerdeck.com/togel888
https://www.wattpad.com/user/intertogel888
https://sketchfab.com/intertogel888
https://coub.com/officialstreetradio.com/edit
https://github.com/Intertogel888
https://readthedocs.org/profiles/intertogel888/

https://www.twitch.tv/kingdom4d_1
https://twitter.com/kingdom4d_1
https://soundcloud.com/kingdom4d-664688011
https://kingdom4d-1.livejournal.com/
https://www.flickr.com/people/198977926@N08/
https://issuu.com/kingdom4d_1
https://mix.com/kingdom4d_1
https://www.pinterest.com/kingdom4d_1/
https://lu.ma/u/usr-ARIFAh7OawGTPB9
https://www.bibsonomy.org/user/kingdom4d_1

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-2-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.054507 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top