CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wans Ahmad Dituduh Ketagih Onani, Lah Gimik Nak Promosi Lagu Je

14-2-2023 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1214| Komen: 12

Description: Wanns Ahmad baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen selepas bertanya tentang cara untuk hentikan tabiat onani.
Wanns Ahmad baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen selepas bertanya tentang cara untuk hentikan tabiat onani.

Ramai salah anggap yang dirinya suka beronani namun sebenarnya gimik sahaja dan Wans sedang mempromosikan lagu baharu berjudul Makhluk Jalang Terbuang yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


Memilih ketagihan onani sebagai isu yang bakal ditampilkan dalam muzik video, Wanns memberitahu niatnya juga adalah untuk mendidik masyarakat supaya tidak terjebak dengan perbuatan berkenaan.

Foto: IG

"Bukanlah sekadar hendak lancarkan lagu sahaja. Niat saya juga untuk mendidik orang ramai tentang tabiat onani. Memang ia memberi nikmat keghairahan sementara namun jika menjadi amalan boleh mendatangkan kemudaratan berpanjangan.

"Lirik lagu itu nanti membawa kisah umum, namun dalam MV saya berani untuk angkat masalah yang mungkin tidak ramai tahu akibatnya itu. Dalam mempromosi lagu saya juga mahu berkongsi perkara baik," katanya kepada mStar.





Wanns terdahulu memuat naik beberapa hantaran di Instagarm tentang onani dan turut bertanya pendapat orang cara untuk menghentikan tabiat buruk itu.

Menerima banyak komen balas serta pertanyaan lanjut, Wanns juga sengaja enggan memberikan jawapan di ruangan komen dan membiarkan ia terus jadi tanda tanya.

Tidak menafikan ia adalah satu teknik pemasaran, Wanns bagaimanapun berharap peminat akan mendapat maksud sebenar yang ingin disampaikan setelah lagu tersebut dilancarkan.



"Saya memang sengaja nak mencuit orang supaya tahu tentang lagu baharu itu. Biarlah mereka berikan perhatian dan mungkin boleh berkongsi tentang karya tersebut.

"Saya juga tidak menjawab sebarang kekeliruan di media sosial supaya peminat tertunggu-tunggu. Semoga mereka mendapat maksud sebenarnya yang ingin saya sampaikan dalam lagu ini," ujarnya.



Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Wanns sendiri dan menjadi single kedua selepas hampir lapan tahun tidak merakamkan lagu baharu.

Aktif dalam dunia lakonan sebelum ini, Wanns berkata dia juga ingin berkongsi kisah tulisannya kepada pendengar.

"Menulis lagu dan menyanyi juga adalah minat saya. Ini adalah medium untuk saya bercerita dan boleh bincang tentang sesuatu isu," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 14-2-2023 09:32 AM
gelinya muka dia..
Quote RoseLuna 14-2-2023 09:34 AM
jijiknya marketing kau
Quote salimrock 14-2-2023 09:45 AM
nak dengar sedap ke tak lagu tu? haha

apa salah nya, buat lagu itu 1 bidang kreatif, dah idea dia ke situ...


tak pe la, kalo dia nak onani, batang dia sendiri, tangan dia sendiri, suka hati dia la...haha
Quote caramello 14-2-2023 09:46 AM
Zizan x siap btul dia ni
Quote jari10 14-2-2023 10:09 AM
Marketing dan maruah campak ke lautan???
Quote electricopop 14-2-2023 10:19 AM
Sapo ni???
Quote jejaka_hensem 14-2-2023 10:25 AM
Walaupun selalu lepak bodgos,tetap tak kenal dia ni.tapi muka mcm shukri yahya.
Quote prince_marhaen 14-2-2023 10:34 AM
muka macam ni selayaknya cikcap sorang je lah dik..... zizikkk!
Quote Sazreena 14-2-2023 01:05 PM
Bangang giler marketing ko mat. Jijik.
Quote Burong_Hantuk 14-2-2023 02:12 PM
dah ada la thread nih
Quote Kurex 14-2-2023 02:18 PM
salimrock replied at 14-2-2023 09:45 AM
nak dengar sedap ke tak lagu tu? haha

apa salah nya, buat lagu itu 1 bidang kreatif, dah idea dia k ...

Tgn iols pun ada...
Quote rosedemon 15-2-2023 08:45 AM
dah la sendu menyakitkan hati lak tu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.050626 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top