CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Hamidun Dah Tak Obses Nak Glamour, Dah Tua Nak Tenang-Tenang

8-2-2023 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1566| Komen: 9

Description: Pernah jatuh, merangkak dan kemudian kembali bangkit, situasi terpuruk yang dilalui Hafiz Hamidun sama seperti individu lain saat dihenyak realiti kehidupan penuh mencabar.
Pernah jatuh, merangkak dan kemudian kembali bangkit, situasi terpuruk yang dilalui Hafiz Hamidun sama seperti individu lain saat dihenyak realiti kehidupan penuh mencabar.

Bukan tidak berduka, dia sentiasa positif dengan perjalanan kehidupan yang bersulam suka-duka.


Bonusnya, setiap emosi membuka ruang buat Hafiz berkarya. Terbaharu, dia menghadiahkan sebuah lagu berjudul Inni Tawakkaltu sebagai bingkisan semangat buat semua.

Foto: IG

“Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami semua orang.

“Jadi saya harap lagu ini boleh menjadi penguat semangat untuk semua supaya terus berusaha dan akhirnya berserah dan tawakal kepada Allah SWT,” ujarnya.

Tahun 2023 yang masih bugar dengan harapan baharu dianggap Hafiz sebagai penyulih sinar yang lebih cerah dan indah.



Kehidupannya semakin bahagia dengan adanya keluarga, rakan-rakan dan mereka yang sentiasa menyokong kerjayanya sekama ini.

Pada usia menjengah 39 tahun, tiada lagi obsesi terhadap populariti dan dunia glamor yang sebelum ini pernah dikecapinya.

“Apa yang saya inginkan sekarang adalah ketenangan dan perkara-perkara yang tidak merumitkan fikiran.

“Saya lebih senang menghabiskan masa bersama keluarga terutama anak, Hamdee. Fokus saya lebih terarah untuk perkara santai, tidak seperti 20 tahun lalu ketika mula-mula menjadi artis,” luahnya.



Berkongsi lanjut tentang Inni Tawakkaltu, demi mendapatkan hasil terbaik dan berkualiti, Hafiz tidak lokek mengeluarkan belanja demi menampung kos pembikinan single tersebut apabila menggunakan khidmat pemuzik luar negara.

Kongsinya, dia mendapatkan khidmat pemuzik antarabangsa iaitu orkestra dari Istanbul, Turkiye, selain proses adunan dan mastering pula mendapat sentuhan jurutera muzik antarabangsa, Greg Henderson dan Don Bartley dari Australia.

Tidak melupakan khidmat anak tempatan, single Inni Tawakkaltu turut mendapat sentuhan rakan lamanya iaitu Rifaiee yang bertindak selaku pengarah video muzik lagu tersebut.


“Sebenarnya 12 tahun lalu, Rifaiee dan kru daripada RIO Production merakamkan video zikir untuk album Zikir Terapi Diri. Sejak itu, kami banyak bekerjasama,” kongsinya.

Menariknya, lirik lagu tersebut ditulis oleh ITO Lara yang terkenal menerusi lagu nasyid puitis popular seperti Kasih Kekasih dan Nur Kasih (Inteam), Tangis Sebatang Tamar (Dakmie) dan Ainul Mardhiah (UNIC).


“Semasa bersama UNIC suatu masa dahulu, ITO Lara banyak menyumbang karya untuk kumpulan itu.

“Lebih dua dekad lamanya kami kenal dan bekerjasama, kali ini saya pelawa dia menulis sebuah karya yang sesuai,” ujar Hafiz.
Inni Tawakkaltu terbitan Arteffects Sdn. Bhd. dan edaran Universal Music Malaysia kini terhidang dalam semua semua platform penstriman sejak 27 Januari lalu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 9-2-2023 08:26 AM
mslhnya ko penag glemer kewww
Quote HelgaPataki 9-2-2023 09:34 AM
Heshe mesti masyuk makan royalti lagu je kan
Quote umbut 9-2-2023 09:36 AM
Dari duluuuuu pun ko x glamourrr.. Mimpi ke
Quote hyie 9-2-2023 09:52 AM
heshe elok duduk belakang tabir compose lagu sebab heshe berbakat. Menyanyi pun ok sajork.
Quote Burong_Hantuk 9-2-2023 10:36 AM
eeeuuuuuuwwww
Quote pembacagosip 9-2-2023 11:15 AM
selayak nya ok la tu pilihan tepat
Quote samshik 22-2-2023 05:16 PM
Tahun ni xdgr cter die ngn aweks.. Kalu dak mesti ada jer.. Dr zmn sblm repah smpai ke zmn janda berhias.
Quote wirazam 22-2-2023 11:57 PM
Dia ni umur brp yg dah ckp tua nih..nampak mcm akhir 20an ke awal 30 an je

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.199225 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top