CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Talak Satu Je Bukan Tiga,"-Konflik Berpanjangan Punca Cerai, Cat Farish Dah Serik Kahwin Terburu-Buru

8-2-2023 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1684| Komen: 12

Description: Cat Farish menyangkal dakwaan menceraikan isterinya, Suriani Hassan, 36 dengan talak tiga seperti didakwa wanita berkenaan sebelum ini.
Cat Farish menyangkal dakwaan menceraikan isterinya, Suriani Hassan, 36 dengan talak tiga seperti didakwa wanita berkenaan sebelum ini.

Sebaliknya Cat atau Cat Farrish Zaquan, 48, mendedahkan dia dan Suriani sudah pun bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Senawang, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu.


Jelas anggota kumpulan Ruffedge ini, masalah dalaman yang berpanjangan menjadi penceraian tersebut dan sebagai lelaki dia mengambil tanggungjawab tentang apa berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.


Foto: IG

"Sebenarnya hubungan kami ada beberapa masalah peribadi cuma apabila ia cerita itu bertukar tangan, ia jadi lain.

"Bercerai memang cerai, tetapi talak satu sahaja bukan tiga. Saya pun tidak mahu buka aib sesiapa sebab penceraian itu pun bermulanya daripada lelaki.

"Masalah dalaman memang semua ada tetapi kami tidak dapat nak kawal. Hal ini ada kaitannya dengan anak-anak dan keluarga juga," katanya kepada mStar.




Dalam pada itu, Cat berkata, masalah rumah tangga yang dihadapinya sudah berlarutan lama, namun sukar untuk dibawa berbincang kerana melibatkan emosi.

Malah, Cat juga mengakui tiada ruang untuk mereka berdamai kerana bekas isterinya sejak awal bertindak keluar rumah dan tinggal bersama ibu bapanya.




"Apa yang boleh saya katakan, perkahwinan ini tidak sempurna, jadi jalan yang paling selamat adalah untuk kami berpisah. Nak berbincang pun tak dapat sebab awal-awal lagi dia dah keluar daripada rumah saya.

"Saya berdiam diri kerana saya tahu emosi orang ni tak boleh lawan dengan 'api'. Kalau saya sama-sama juga melagakan api tu, nanti akan jadi lebih teruk," ujarnya.

Bagaimanapun, selepas dua kali gagal dalam perkahwinan, Cat mengakui selepas ini dia tidak lagi mahu terburu-buru dalam perhubungan.

Kata Cat, dia akan mendahulukan anak-anaknya dan meminta restu mereka sekiranya berhasrat mendirikan rumah tangga lagi.

"Dua kali gagal dalam perkahwinan, apa yang saya belajar adalah untuk bercinta terlebih dahulu. Saya akui terlalu terburu-buru sewaktu membuat keputusan untuk berkahwin.

"Anak-anak juga perlu merestui kerana itu yang paling penting. Dalam perhubungan ini sebenarnya anak adalah keutamaan kita. Kalau pasangan itu dapat menerima anak-anak saya dengan baik, Insya Allah saya okay sahaja.

"Saya tidak kata bekas isteri tidak dapat menerima anak-anak saya, tapi biasalah anak saya tiga orang. Masing-masing ada perangai sendiri," katanya.



Terdahulu, Suriani mendakwa Cat menceraikannya sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab munasabah.

Cat dan Suriani berkahwin pada 20 November 2020 dan pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini, Cat pernah mendirikan rumah tangga bersama Hartiny Ramli, namun bercerai pada April 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 16, Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 8-2-2023 10:31 AM
Hmmm...mesti kes wife tak boleh terima anak2 tiri lah ni...bunyi2 statement Cat ni menjurus ke situ
Cat ni pun rasanya mcm tak brp bertanggungjawab sngt kot
Quote cmf_premierleag 8-2-2023 10:34 AM
Kalo based on news ni katanya bini x bleh accept anak2 tiri
Oii kak..ko dh tahu ko kawen duda anak 3 kan..ko rasa???
Kalo x nak anak2 tiri, takyah kawen duda
Berlambak lg bujang kt luar sana
Apa2 pun, harap cat farish stay kepam as always..biar ko kekal busuk dan kepam poreber
Quote RoseLuna 8-2-2023 11:08 AM
Dia ni walaupun nampak kepam tapi dia bapak yg baik. Dia rapat dgn anak2. Betul la tu Cat, fokus & utamakan anak2 je dulu. Anak2 tgh umur remaja tu umur yg mencabar nak handle
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 11:26 AM
kepam ,,,,,
Quote laksmanabentan 8-2-2023 11:50 AM
walaupun kepam tapi sayang anak2 tuh...
1st wife lawyer kannn.....
skrg kerja apa tu? masih produce lagu ker?
Quote myakayina 8-2-2023 11:54 AM
dgn ex 2nd wife ni ada anak ke
Quote sayurmayur88 8-2-2023 11:54 AM
dia lg cute masa berisi
Quote zuliana29 8-2-2023 11:57 AM
nk kawen dgn retis tp tidak anak2nya..
Quote lasagna 8-2-2023 11:57 AM
xpe lah Cat, move on jer laa.. benda dah trjadi.
Quote prettyuglybabe 8-2-2023 02:26 PM
cmf_premierleag replied at 8-2-2023 10:34 AM
Kalo based on news ni katanya bini x bleh accept anak2 tiri
Oii kak..ko dh tahu ko kawen duda anak 3 ...

maybe dia ingat anak-anak duduk dengan mak kot..
koman-koman pun datang seminggu sekali..
so dia conquer laki sorang..
tibah si bapak rupanya penyayang kat anak..
mana nak terima kena bersaing pulak dengan anak tiri..
kalau bukan pasal anak, pasal duit..
Quote PinkyPie 8-2-2023 04:29 PM
Minah ni bukan ke single mom gak, anak anak cat pun ada adik bradik tiri lain.
Quote rosedemon 9-2-2023 08:25 AM
xyah kawen la ko busuk

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.212661 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top