CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Harris Anuar Hamil, Ada Alahan Pelik- "Tak Boleh Dengar Lagu Melayu Nanti Muntah”

3-2-2023 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1873| Komen: 7

Description: Selepas lapan bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Harris Annuar berkongsi khabar gembira bahawa isterinya iaitu Asha Merican kini sedang berbadan dua.
Selepas lapan bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Harris Annuar berkongsi khabar gembira bahawa isterinya iaitu Asha Merican kini sedang berbadan dua.

Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar memberitahu kandungan isterinya kini sudah memasuki trimester ketiga namun dia memilih untuk merahsiakan fasa awal kehamilan.



Foto: IG

"Sebenarnya isteri saya dah mengandung banyak bulan, tapi kami memilih untuk merahsiakan. Jantina anak pun kami dah tahu tapi bila dah lahir nanti baru kami kongsi," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Harris menerusi Instagram miliknya berkongsi khabar gembira bahawa dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.



Bercerita mengenai keadaan isterinya, Harris memberitahu kehamilan pertama Asha sangat unik kerana berdepan dengan pelbagai alahan pelik.

"Isteri saya ada alahan yang pelik, dia tidak boleh dengar lagu-lagu Melayu atau Bahasa Inggeris nanti dia akan muntah tapi itu untuk trimester pertama. Tapi kalau nak elakkan dia daripada muntah kena bawa dia masuk ke dalam tangga kecemasan. Bila bau simen akan elakkan dia dari bau muntah.

"Asha juga alahan tidak boleh bau badan saya membuatkan saya terpaksa memakai sabun badannya agar miliki bau yang sama. Lebih kelakar lagi apabila kulit dia jenis sensitif dan hanya menggunakan sabun mandi untuk bayi, jadi dengan saya sekali guna sabun yang sama," katanya lagi.



Tambah Harris, isterinya pernah mengidam untuk makan di depan Pantai Klebang, Melaka malah dia juga lebih suka menikmati Asam Pedas sepanjang kehamilannya.

Dalam pada itu, Harris memberitahu saat menerima khabar tersebut dia menyangkakan isterinya dijangkiti Covid-19 kerana baru pertama kali melihat alat ujian tersebut.



"Saya dengan dia pergi mini bulan madu di Cameron Highland, Pahang, petang itu saya pergi joging apaila balik dari joging dia buat kejutan dengan letak alat ujian kehamilan bawah selimut.

"Mula-mula saya ingat dia positif Covid-19 sebab saya tak pernah tengok alat itu. Rupanya dia cakap dia mengandung, menangis juga saya masa itu," jelasnya.



Untuk rekod, Harris dan Asha selamat berkahwin pada 11 Jun tahun lalu selepas empat tahun bercinta. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 3-2-2023 06:28 PM
Kenapa letak alat tu bawah selimut? Kan dah kena air kencing. Walaupun ada penutup, selekeh le. Takde cara lain ke nak buat kejutan.
Quote VespaSilbe 3-2-2023 07:46 PM
Baru tau dah kawen.. tahniah
Quote orangbiasaje 3-2-2023 08:16 PM
Tapi sweet muka bini..manis senyumnya...
Quote slyfynx 3-2-2023 09:31 PM
BTW, gmbr bini die pakai tudung tu nmpk comel.
Sesuai
Quote Abc246 3-2-2023 10:05 PM
Tahniahhhhh
Quote heythere123 3-2-2023 10:33 PM
wow pregnant dah sheols. Tahniah & maybe sheols rehat dah la kan
Quote prince_marhaen 7-2-2023 10:01 AM
Congrats lah... btw, good luck sis & anak, bakalan jadi content-content laki kaki prank merapu ni... acah-acah kelakar & savage..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050143 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top