CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minah Salih Teruja Berjaya Lintas Jalan Sibuk Dengan ‘Kuasa Tangan’ Cara Malaysia

3-2-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3550| Komen: 45

Description: Malaysia bukan sahaja kaya dengan adat dan budaya, malah mempunyai keunikannya tersendiri.Anda bukanlah rakyat Malaysia 'sebenar' sekiranya tidak melakukan beberapa perkara yang cukup sinonim di negar ...
Malaysia bukan sahaja kaya dengan adat dan budaya, malah mempunyai keunikannya tersendiri.

Anda bukanlah rakyat Malaysia 'sebenar' sekiranya tidak melakukan beberapa perkara yang cukup sinonim di negara ini.


Antaranya, lepak di kedai mamak sampai pagi, menyebut 'lah' dalam perbualan dan menggunakan 'kuasa tangan' atau 'the power of hands'.



'Kuasa tangan' ini bermakna seseorang itu memberi isyarat tangan apabila melintas jalan bagi membolehkan pemandu di hadapan berhenti atau memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan, meskipun menggunakan kemudahan lintasan pejalan kaki.

Malah, mengangkat tangan itu juga membawa maksud berterima kasih kepada pemandu kenderaan kerana memberikan ruang untuk melintas jalan dengan selamat.

Bukan sahaja orang tempatan, malah segelintir warga asing yang berada di negara ini turut cuba 'menjiwai' keunikan rakyat Malaysia.


Menerusi perkongsian video di laman sosial, seorang wanita dari United Kingdom (UK) cuba melakukannya ketika melintas jalan dekat kawasan Little India di Brickfields, Kuala Lumpur.

"Mari cuba kuasa tangan rakyat Malaysia untuk melintas jalan," katanya.

Lebih dikenali sebagai Nicole, dia melintas jalan sambil mengangkat sebelah tangannya dan memberi tumpuan sepenuhnya ke arah kenderaan di hadapan.



"Ia sebenarnya menjadi," kata Nicole selepas berjaya menyeberangi jalan dengan selamat, yang mana ketika itu keadaan lalu lintas agak sibuk.

Wanita ini gembira kerana dapat melintas jalan dengan selamat.

Video bertajuk "Menggunakan 'tangan' yang berkuasa" yang dimuat naik akaun TikTok @nicolecrewe itu meraih lebih 600,000 tontonan.

Rata-rata netizen kagum dengan keberanian gadis ini untuk cuba melakukan perkara yang dianggap unik bagi rakyat Malaysia.

Pada masa sama, ada yang berpendapat bahawa Nicole sepatutnya mengangkat tangan lebih tinggi untuk memberi isyarat dan bukannya di paras lebih rendah seperti di dalam video.



Walau bagaimanapun, segelintir netizen turut menyifatkan tindakan tersebut boleh mengundang bahaya dan menasihatkan supaya berhati-hati ketika melintas jalan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 3-2-2023 11:29 AM
itu tandanya org malaysia lebih bertimbang rasa membawa kereta dari negara lain..terutama kepada pejalan kaki
Quote esbok 3-2-2023 11:33 AM
jangan sakan sgt, kene tengok2 juga, pembawa motor tak mcm pembawa kereta
Quote tri-max 3-2-2023 11:37 AM
abg motor grab tak namapk tangan ko dik
sila angkat tinggi skit, make sure tiak da shave licin tanpa berkerak ye
Quote jejarihalus 3-2-2023 11:41 AM
Cara org putih nak naikkan followers...rakyat Malaysia pantang kena puji
Quote Buritan 3-2-2023 11:44 AM
Sbb ko cantik.. mat saleh.. itu je. Ce yg lalu tuu hitam.. pastinya mampus kena langgo
Quote Skuau 3-2-2023 11:44 AM
D.A.Maradona dh lama gunakan 'kuasa tangan'.....tuk jaringkan gol(la).
Quote lightheaded67 3-2-2023 11:57 AM
jgn lupa acikkungpuhustle teknik tapak tgn, dan acikmelayu serta stajahbahyah teknik cakar rimau.
Quote blue_blur 3-2-2023 12:03 PM
lah, jalan dia lalu tu, memang kena pakai tangan la nak cross..
kalau dia buat kat depan sikit area kl sentral, memang kena hon la kalau lalu time banyak kereta laju sebab jalan situ lebar.

yang lagi pelik, ada ke patut couple tourist cross jalan syed putra (seberang sungai/brickfileds) time motor kereta memang memecut? makan hon panjang lah..
Quote namieamuro 3-2-2023 01:03 PM
kete tak laju bole la diknon. cer ko lintas gitu kt jln raye yg sibuk.

lantak ler janji minah ni ade duit bercuti kt sini. jgn dtg sini kendian tadah tangan mtk duit nk blk dh la
Quote mesmerize 3-2-2023 01:11 PM
kalau kat oversea tak boleh ni lintas sesuka hati.. mau kena hon bertalu.. tapi diorang automatik berhenti kat zebra crossing tanpa kita perlu angkat tangan.. kat sini terbalik.. kat zebra crossing tak reti nak berhenti kereta. berhenti bila angkat tangan atau nampak kita acah2 nak melintas.
Quote juboqhang 3-2-2023 01:17 PM
jejarihalus replied at 3-2-2023 11:41 AM
Cara org putih nak naikkan followers...rakyat Malaysia pantang kena puji

Bila masa pulak dia mintak puji?
Quote gigahertz 3-2-2023 06:15 PM
Buritan: Sbb ko cantik.. mat saleh.. itu je. Ce yg lalu tuu hitam.. pastinya mampus kena langgo
kena dapatkan rohingya atau bangladesh sorang.

Quote drivethru 3-2-2023 06:28 PM
Ni kat brickfield. Boleh la. Situ kereta mmg slow sebab dah jem orang parking kiri kanan.
Quote noor2 3-2-2023 07:24 PM
Buritan replied at 3-2-2023 11:44 AM
Sbb ko cantik.. mat saleh.. itu je. Ce yg lalu tuu hitam.. pastinya mampus kena langgo

Suruh dia buat kat highway....cer tengok....cantik tu boleh halang x dari kena rempuh
Quote kakikuDibibirmu 3-2-2023 07:30 PM
mesmerize replied at 3-2-2023 01:11 PM
kalau kat oversea tak boleh ni lintas sesuka hati.. mau kena hon bertalu.. tapi diorang automatik be ...


Zebra crossing tu kan untuk Zebra sahaja
Quote mesmerize 3-2-2023 07:47 PM
kakikuDibibirmu replied at 3-2-2023 07:30 PM
Zebra crossing tu kan untuk Zebra sahaja

hahaha betul tu kat mesia kereta berhenti depan zebra crossing bila zebra lalu je dek
Quote FOTHER-MUCKER 3-2-2023 07:49 PM
Simunggu replied at 2-2-2023 07:29 PM
itu tandanya org malaysia lebih bertimbang rasa membawa kereta dari negara lain..terutama kepada pej ...

Silap tu jikalau di negara barat orang nak melintas jalan tak perlu melihat kiri kanan mereka terus boleh melintas sahaja kerana pejalan kaki lebih berkuasa dari pemandu kenderaan.
Quote TomyamPuteh 3-2-2023 07:51 PM
Cuba try angkat kaki pulak lps ni.
Quote SalenaGomez 3-2-2023 07:52 PM
noor2 replied at 3-2-2023 07:24 PM
Suruh dia buat kat highway....cer tengok....cantik tu boleh halang x dari kena rempuh

Kannnnn…kang ada yg g apply method sama kat highway

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054300 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top