CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sistem Tak Praktikal Sampai Sesak, Hospital Selayang Tangguh Caj Parkir

25-1-2023 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 646| Komen: 2

Description: Hospital Selayang menangguhkan pelaksanaan sistem parkir berbayar yang bermula awal bulan lalu.Hospital Selayang menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan, sistem tersebut akan ditangguhkan sehingga ...
Hospital Selayang menangguhkan pelaksanaan sistem parkir berbayar yang bermula awal bulan lalu.

Hospital Selayang menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan, sistem tersebut akan ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.




Menurut kenyataan itu, beberapa perubahan juga akan dilakukan bagi melancarkan aliran trafik pada waktu puncak.

"Palang di lokasi A (pintu utama) akan pindahkan ke lokasi B (bersebelahan kafe) selain aliran trafik di laluan utama juga akan diubah," menurut kenyataan itu.

Ujar kenyataan itu, Hospital Selayang memohon maaf atas kesulitan dihadapi.

Tambah kenyataan itu, sebarang perubahan berhubung perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

28 Disember lalu, Hospital Selayang memaklumkan akan mengenakan caj parkir kenderaan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.



Pemasangan palang di pintu masuk hospital telah menyebabkan kesesakan dan menimbulkan keluhan orang awam yang beranggapan sistem tersebut tidak praktikal.

Ia susulan isu parkir terhad selain palang tersebut sepatutnya dipasang di kawasan parkir dan bukan di pintu masuk hospital.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 25-1-2023 05:00 PM
Selagi ada lobang buat duit mmg kapitalis akan hentam cukup2 khuenzz
Quote rogayahtop 25-1-2023 05:40 PM
hoapital selayang ni dr dulu ada je rmasalah. staff yg kena tangkap kartel jenazah tu pun dekat hospital selayang jugak.  

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.358040 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top