CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puteri Arab Saudi Kena Scam Lebih RM144 Juta, 2 Wanita Indonesia Dipenjara 19 Tahun

25-1-2023 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1197| Komen: 10

Description: Puteri kerajaan Arab Saudi, Lolwah binti Muhammed Bin Abdullah Al Saud menjadi mangsa penipuan dua warga Indonesia dengan kerugian ratusan bilion rupiah, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.Penipuan ...
Puteri kerajaan Arab Saudi, Lolwah binti Muhammed Bin Abdullah Al Saud menjadi mangsa penipuan dua warga Indonesia dengan kerugian ratusan bilion rupiah, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

Penipuan itu bermula apabila Puteri Lolwah berkenalan dengan Eka Augusta Herriyani pada 2008. Ketika itu, Eka bekerja di sebuah syarikat Malaysia di mana salah seorang pemegang sahamnya ialah Puteri Lolwah.


AFP

Puteri Lolwah kemudian menawarkan kerjasama kepada Eka untuk menjalankan projek hartanah di Arab Saudi. Pada 2009, Puteri Lolwah datang ke Bali dan diperkenalkan kepada Evie Marindo Christina yang didakwa boleh membantu mendapatkan lesen di Indonesia.

Pada 2010, mangsa yang berminat untuk melabur di Bali meminta Eka mencari lokasi untuk membina vila.

Setahun kemudian, dua wanita itu memberitahu Puteri Lolwah bahawa lokasi pembinaan vila itu adalah di Banjar Sala, Daerah Gianyar. Eka kemudian meminta mangsa memindahkan wang untuk pembelian tanah dan kos pembinaan vila.


Mangsa menghantar wang secara berperingkat dari April 2011 hingga September 2018 yang keseluruhannya berjumlah 505,492,047,760 rupiah (RM144.68 juta).

Wang itu digunakan untuk membeli tujuh bidang tanah dengan harga 38.44 bilion rupiah (RM11 juta) dan untuk membina sebuah vila dengan harga 37.61bilion rupiah (RM10.77 juta).

Bagaimanapun, pembinaan vila itu tidak pernah disiapkan dan wang selebihnya digunakan oleh Eka dan Evie untuk kepentingan peribadi, membeli beberapa tanah dan kereta. Akibatnya, Puteri Lolwah kehilangan 429,435,771,670 rupiah (RM122.9 juta).

Dalam pada itu, Puteri Lolwah turut menghantar 7 bilion rupiah (RM 2 juta) kepada Eka pada Mac 2018 untuk membeli sebidang tanah di Badung yang dirancang untuk membina restoran, namun dibatalkan oleh Puteri Lolwah dan wang itu tidak dikembalikan.

Akibat penipuan itu, Eka dan Evie dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dalam kes Jenayah Pengubahan Wang Haram (TPPU).

Sebelum ini, Eka dan Evie dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana melanggar Perkara 372 Kanun Jenayah berhubung jenayah penyelewengan dan Perkara 378 Kanun Jenayah bagi kes penipuan pada 20 Oktober 2020. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 25-1-2023 01:13 PM
Ndon brengsek..tak menipu bukanlah ndon namanya..friska mana friska?
Quote KamikuP 25-1-2023 05:10 PM
Berputar2 mcm gasing citer yindon goblok bajingan ini..
Quote Travelo 25-1-2023 05:11 PM
indon...what to wonder?
Quote printercomel 25-1-2023 07:26 PM
Lolwah kene scam. Lol
Quote Imkhai 25-1-2023 07:50 PM
Xkn main serah je duit gitu2 je kt org,org kanan puteri arab bodoh ni xada ke?
Quote krustykrab 25-1-2023 08:16 PM
Friskies ke yg menipu ni?
Quote she 25-1-2023 08:22 PM
Puteri ni takde PA ke?
Takde financial advisor?
Takde consultant agency?
Takde lawyer hartanah?

Sia2 duit banyak
Quote cmf_premierleag 25-1-2023 08:31 PM
Indon -1, Ereb -0
Quote Cokoro 25-1-2023 08:35 PM
Gitu je bagi duit
Quote Sazreena 25-1-2023 08:42 PM
Mungkin jugak belio kena ilmu penunduk. Lubuk tuu...masyuk..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043782 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top