CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Dalam Bahaya, 80 Peratus Rakyat Dijangkiti Covid-19

24-1-2023 08:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1492| Komen: 15

Description: Lapan daripada sepuluh rakyat China telah dijangkiti Covid-19, dakwa saintis kerajaan, lapor CNN.Ketua Ahli Epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou berkata, pada malam Tahu ...
Lapan daripada sepuluh rakyat China telah dijangkiti Covid-19, dakwa saintis kerajaan, lapor CNN.

Ketua Ahli Epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou berkata, pada malam Tahun Baharu Cina, gelombang wabak telah menjangkiti kira-kira 80 peratus orang di negara yang mempunyai 1.4 billion penduduk.



Lebih 4.1 juta orang melakukan perjalanan kereta api semasa cuti perayaan Tahun Baharu China. - AFP

Dakwaan itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan kunjungan semasa tempoh cuti perayaan tersebut yang mungkin menyebarkan virus ke kawasan luar bandar dan menyebabkan berlaku gelombang jangkitan kedua.

Bagaimanapun, Wu bercakap di akaun media sosialnya bahawa senario ini kemungkinan menyebabkan ramai telah dijangkiti wabak tersebut.

"Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, kemungkinan pemulihan Covid-19 pada skala besar di seluruh negara adalah sangat kecil," katanya.


Kementerian Pengangkutan China menganggarkan lebih dua billion perjalanan 'balik kampung' akan berlaku semasa musim perayaan ini selepas perjalanan domestik tanpa sekatan dimansuhkan sejak wabak melanda tiga tahun lalu.

Stesen penyiaran CCTV melaporkan bahawa lebih 26 juta perjalanan dibuat pada malam Tahun Baharu China.

Katanya, lebih 4.1 juta orang melakukan perjalanan kereta api manakala 76,000 orang menaiki pesawat penumpang semasa pada percutian sebelum bermulanya perayaan tersebut.

Sistem perjalanan negara merekodkan lebih 20 juta perjalanan penumpang pada hari sama iaitu 55.1 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2022. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 24-1-2023 08:35 PM
Raykat nak kena gelabah tetek ke tak ni?

panic-spongebob.gif
Quote tikusmontok 24-1-2023 08:46 PM
Panggil masuk msia la..sambut bg bunga ngan palu kompang
Quote kakikuDibibirmu 24-1-2023 08:47 PM
tikusmontok replied at 24-1-2023 08:46 PM
Panggil masuk msia la..sambut bg bunga ngan palu kompang

Tazzabar nak salahkan kluster Sivagangga
Quote rogayahtop 24-1-2023 08:52 PM
Janganla masuk malaysia koser nak lockdown2 balik nak melayan antibaksin dok ceramah dkt tiktok lagi   

yg bagusnya pun workfromhome tu pun dah penat psl anak2 pun sibukla tadikafromhome jugak.
Quote selipar_hijau 24-1-2023 08:58 PM
Aci tak nak semogakan 80% yg dijangkiti tu semua kiok
Quote syamzana 24-1-2023 09:18 PM
alaahaii. yg 80% dijangkiti tu mesti 90% pulih mcm biasa. so???? hidup je la mcm biasa.
dok gebang sokmo china ni serba tak kene psl covid kesayangan. sah2 virus tu pun dari korang. dari mana ia dtg, ke situ la jugak ia kembali.
Quote Kitty_catz 24-1-2023 09:21 PM
pehtu sejak adanya cobid ni terus takde kes flu apa semer kan kan kan?

so cobid dah jadi flu, flu dah jadi cobid.. and life goes on kekdahnyierrrrr
Quote Zazama 24-1-2023 09:58 PM
China saja dlm bahaya? Iye ke? Sape lagi dlm bahaya kalau bukan kita? Mereka berlumba nak ke mari. Mudah2an Allah jauhkan negara ini dari wabak berbahaya..
Quote Tinot7 24-1-2023 10:02 PM
Bkn ka deme dah jjcm ke mesia? Awat bahayanya?
Quote ina_na 24-1-2023 10:10 PM
Eh bukan ke yg sampai ari tu siap dpt hadiah lg dr Pak menteri... Thn lps siap kompang di palu..
Quote dubuk 25-1-2023 04:07 AM
ke mari lah sayang
Quote Perwira2022 25-1-2023 08:17 AM
Welcome to Malaysia
Quote Simunggu 25-1-2023 08:37 AM
mungkin dlm 10 thn, penduduk dunia kurang 1/3...green lah konok dunia ini kembali....
Quote Abc246 25-1-2023 08:53 PM
Harap Malaysia banned la warganegara ni masuk Malaysia
Quote BartholomewKuma 25-1-2023 09:20 PM
Seratuih peratuih rakyat depa kena kobid pun tak dak pa aihhh...mampuih buang semua pun tak dak masalqh pa aihhh. Kami sukaaa

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.054349 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top