CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Peti Surat Ke Syurga' Untuk Orang Tersayang

24-1-2023 08:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 624| Komen: 0

Description: Lebih 2,000 surat dihantar ke 'peti surat ke syurga' yang mana rakan dan keluarga meninggalkan nota kepada orang tersayang yang sudah meninggal dunia.BBC melaporkan, peti pos terletak di sebuah taman ...
Lebih 2,000 surat dihantar ke 'peti surat ke syurga' yang mana rakan dan keluarga meninggalkan nota kepada orang tersayang yang sudah meninggal dunia.

BBC melaporkan, peti pos terletak di sebuah taman di Walton Hall, Warrington, United Kingdom, dibina pada November 2021.


Lokasi itu menjadi tempat orang ramai memperingati individu tersayang yang sudah meninggal dunia dan surat ditulis pada kertas diperbuat daripada benih bunga liar yang terbiodegradasikan dan kemudian ditanam di taman berkenaan.


Twitter

Mengikuti trend sama, sebuah krematorium di Nottingham menyediakan peti pos serupa.

Sementara itu, Metro UK melaporkan, kanak-kanak berusia sembilan tahun, Matilda Handy berkata, peti pos di krematorium itu sebagai medium meluahkan perasaan selepas kehilangan datuk dan neneknya.

Selepas memaklumkan pemilik krematorium mengenai idea itu, pihak pengurusan kemudian memasang peti pos berwarna putih dan sudah menerima hampir seratus 'surat ke syurga'.


Ibu dan kanak-kanak perempuan terbabit berharap peti surat itu kekal bagi membolehkan orang ramai terus menghantar mesej kepada orang tersayang pada hari ulang tahun dan cuti umum.

Mengenai taman peringatan di Walton Hall, Ahli Kabinet Tony Higgins berkata, ia menjadi lokasi orang ramai mengimbau kenangan istimewa.

Katanya, ia tahun yang sukar buat mereka yang kehilangan orang tersayang dan tidak dapat mengucapkan selamat tinggal.

"Saya sangat gembira kerana kini terdapat suasana yang tenang apabila mereka dapat melawat dan mengimbau kenangan istimewa," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.045748 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top