CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Menteri Sabah Dicadang Ikut Sarawak Guna Gelaran 'Premier'

23-1-2023 07:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 976| Komen: 8

Description: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mencadangkan agar kerajaan negeri mengikut langkah Sarawak menggunakan gelaran Premier bagi jawatan Ketua Menteri.Sehubungan itu, ...
Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mencadangkan agar kerajaan negeri mengikut langkah Sarawak menggunakan gelaran Premier bagi jawatan Ketua Menteri.

Sehubungan itu, Presidennya Newmond Tibin menyarankan supaya kerajaan Sabah membawa perkara itu ke Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) pada Mac ini untuk dibincang serta diteliti.



AWANI

Katanya, Pekadin berpendapat gelaran jawatan Ketua Menteri sebaiknya sama iaitu Premier bagi Sabah dan Sarawak selaras kedudukan kedua-dua negeri itu yang setara.

"Penyelarasan gelaran jawatan Ketua Menteri itu juga wajar kerana mengikut perjanjian asal pembentukan Malaysia 1963 (MA63), wilayah Sabah, Sarawak dan Malaya adalah setara," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Newmond berkata Melaka dan Pulau Pinang yang termasuk dalam wilayah Malaya menerusi MA63, pada masa ini menggunakan gelaran Ketua Menteri.


Pada 15 Feb lepas, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada Premier dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokong.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 24-1-2023 09:54 AM
Premier bunyi macam tisu tandas Premier je
Quote Skuau 24-1-2023 10:08 AM
kemudian apa???
Quote tikusmontok 24-1-2023 10:19 AM
So ada beza ke? Hidup rakyat camtu gak
Quote belilies 24-1-2023 12:24 PM
Perwira2022 replied at 24-1-2023 09:54 AM
Premier bunyi macam tisu tandas Premier je

Bunyi macam negara komunis pun hada.
Quote akakmasihvogue 24-1-2023 01:59 PM
Suka hati laa premer ker premot ker..
Quote sayurmayur88 25-1-2023 03:34 PM
so? tuka nama ke itu dapat apa kat rakyat?????
Quote zamzam 25-1-2023 03:40 PM
Premier Bung Mokhtar.
Wah karennya gelaran. Tp sekarang gigit jari...haha
Quote Simunggu 25-1-2023 04:05 PM
mcm tisu lap hingus pula

mcm ostralia pula

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.249070 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top