CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Iskandar Bengang Akaun Palsu Guna Nama Minta Peminat Selak Seluar Dalam!

23-1-2023 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 711| Komen: 2

Description: Penyanyi dan komposer Aliff Iskandar bengang terhadap seorang individu yang didakwa membuka akaun Instagram palsu atas nama kelab peminatnya, Aliffians.Lebih jijik kata Aliff, 23, individu tersebut tu ...
Penyanyi dan komposer Aliff Iskandar bengang terhadap seorang individu yang didakwa membuka akaun Instagram palsu atas nama kelab peminatnya, Aliffians.

Lebih jijik kata Aliff, 23, individu tersebut turut menggunakan media sosial itu untuk tujuan tidak senonoh dengan meminta gambar lucah daripada pengikut akaun berkenaan.



IG Aliff

"Memang biadap orang itu sebab sanggup buka akaun palsu guna nama kelab peminat saya. Bukan saya sahaja yang bengang tapi ahli pun turut berasa marah dengan tindakannya.

"Dia juga berani minta gambar orang lain selak seluar dalam. Saya pun tak tahulah apa tujuan dia buat begitu," katanya kepada mStar.

Aliff terdahulu memuat naik paparan akaun tersebut di laman Instagram milikya.


IG Aliff

Menerusi perbualan individu berkenaan, dia menghantar mesej kepada seorang wanita meminta dia menyelak seluar dalam yang dipakai.

Tidak mahu perkara tersebut mencemarkan nama baiknya, Aliff meminta bantuan peminat supaya membuat laporan terhadap akaun itu agar ia segera disekat.

"Memanglah saya tak boleh berdiam kalau hal begini terjadi. Memalukan sungguh.

"Saya mohon orang ramai supaya report akaun tersebut. Saya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan jika ia berlarutan," tegasnya.


IG Aliff

Sementara itu, penyanyi lagu Takdir ini memberitahu dia sentiasa berhati-hati ketika membalas pesanan di media sosial atau berbual dengan peminat kerana tidak mahu timbul isu seperti yang sedang berlaku.

“Selama ini saya cuba jaga nama dan buat baik dengan peminat. Apabila perkara ini berlaku ia memang mengecewakan.

“Saya tak mahu disebabkan perkara ini boleh jejaskan nama dalam industri sebab saya tak suka terlibat dengan sebarang kontroversi,” ujarnya.




Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 23-1-2023 05:55 PM
strategi marketing tu...
biar terkenal...

good try...
Quote slyfynx 23-1-2023 05:59 PM
Cubaan yang baik dik.
Aku yang x kenal nama ko pun leh kenal dah skrg.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.245488 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top