CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Makan ‘Blah’ Tak Bayar, Takkan Semua Lupa Bayar? - Jinggo

23-1-2023 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8056| Komen: 64

Description: Penerbit dan pengarah Jinggo bengang apabila sekumpulan pelanggan menikmati hidangan di restoran miliknya tidak membuat pembayaran.Jinggo atau Azman Yahya, 57, berkata, dia cuba bersangka baik bahawa ...
Penerbit dan pengarah Jinggo bengang apabila sekumpulan pelanggan menikmati hidangan di restoran miliknya tidak membuat pembayaran.

Jinggo atau Azman Yahya, 57, berkata, dia cuba bersangka baik bahawa pelanggan berkenaan benar-benar lupa membayar selepas selesai menjamu selera.



IG

“Pada brother dan kawan-kawan yang makan sakan seaneka menu tadi dan belah macam itu jer, Tok sidang harap mereka terlupa bayarlah.

“Bersangka baik walaupun nak bersangka tak berapa baik juga. Takkan semuanya terlupa,” katanya.

Jinggo berkongsi mengenai insiden itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan suasana restoran berkenaan yang dipenuhi pelanggan.



Dalam pada itu, Jinggo berkata, dia sebolehnya mahu mendedahkan wajah-wajah individu tersebut kepada umum namun disebabkan rasa kemanusiaan dia tidak melakukan hal tersebut.

Kata Jinggo, isterinya, Sheila Rusly turut menasihatkan agar menghalalkan makanan yang dimakan pelanggan itu selain menyerahkan urusan tersebut kepada Allah SWT.

"Kalau lupa pun tetap tidak halal jika tidak dihalalkan. So Sis (Sheila Rusly) suruh Tok Sidang halalkan. Okay kira halallah ya tapi harap-harap bukan satu keluarga ya.

“Ya Allah berat nak tanggung di sana nanti dan jangan tanya pada Dia jangan tanya pada diri kenapa hidup kita tak pernah senang tak pernah tenteram dan tak pernah tak ada masalah....kerana mereka yang berbuat baik pun Allah tetap beri masalah tanda ujian inikan berbuat jahat," katanya lagi.

Sementara itu, Jinggo tidak akan memotong gaji pekerjanya kerana memahami restoran miliknya itu dipenuhi pelanggan sempena Tahun Baharu Cina.



"Untuk juruwang, jangan risau Tok Sidang tak akan potong gaji anda, terima kasih semua pasukan yang berkerja keras hujung minggu Chinese New Year 2023," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi pendapat agar penerbit berkenaan mengubah cara pembayaran di restorannya itu.

Malah mereka turut berharap agar individu berkenaan kembali membuat pembayaran makanan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 23-1-2023 06:11 PM
Tok sidang tak nak kawen dua ke?
Quote Sunkiss8999 23-1-2023 06:52 PM
Suchi: Tok sidang tak nak kawen dua k ...

Hahahahaha! Kenapa kaka tanya mcm tu? Menangis cyst baca ni..
Quote olezzeli17 23-1-2023 07:12 PM
Suchi replied at 23-1-2023 06:11 PM
Tok sidang tak nak kawen dua ke?

Mau melayang senduk Cyst nanti..
Quote olezzeli17 23-1-2023 07:14 PM
Btw, dulu pun ada jugak kes macam ni yg melibatkan restoran artis kan. Linda Onn kalau tak salah. Customer makan kat kedai nasi ayam dia pastu tak bayar.
Quote Burong_Hantuk 23-1-2023 07:33 PM
Sedap ke makanan kat kedai tok sidang kepam nih?
Quote ezacbee 23-1-2023 07:35 PM
Aku dulu keje fnb pun sama kes. Tengok2 dah hilang kapel ni makan xbayar. Sengaja xnak bayar ke pelupa.
Quote jihyomelly 23-1-2023 07:41 PM
Suchi replied at 23-1-2023 06:11 PM
Tok sidang tak nak kawen dua ke?

terus ada program ketuk2 tok sidang
Quote hanihan16 23-1-2023 07:44 PM
kadang aku ingat ko dah bayar, ngko ingat dia dah bayar, last2 rupanya tak tau takde sapa pun bayar. i harap terlupa mcm tu lah
Quote Suchi 23-1-2023 08:21 PM
Sunkiss8999 replied at 23-1-2023 06:52 PM
Hahahahaha! Kenapa kaka tanya mcm tu? Menangis cyst baca ni..

Kenapa nak nangis , isteri misali kan kena redho
Quote akies 23-1-2023 09:18 PM
Pakai apps tok sidang. Nak order..guna apps..proceed payment.
Baru hantar makanan.
Dah zaman moden2 ni..
Takkan la nak guna juga cara manual
Quote she 23-1-2023 09:22 PM
Tok sidang payah nak kawen baru

1. Cyst alpha female
2. Tok Sidang pun sama aje perangai mulut hansuang
Quote susukambingbest 23-1-2023 09:33 PM
Mrketing ke ni? Klu kome xgtau, iol pun xtau kome ada restoren
Quote imanjannah 23-1-2023 10:00 PM
jihyomelly replied at 23-1-2023 07:41 PM
terus ada program ketuk2 tok sidang

hhahhahaha.. ini kelakar
Quote AvengersPanther 23-1-2023 10:22 PM
Laaah lupa ke
Quote airmineral 23-1-2023 10:44 PM
patut kena bayar baru dpt mknn
xde la bising pasal xbayar
Quote SalenaGomez 23-1-2023 10:56 PM
Suchi replied at 23-1-2023 06:11 PM
Tok sidang tak nak kawen dua ke?

Kan cyst dah bg tips - jaga perut suami…mana mau nya tok sidang kawen 2
Quote missyL 23-1-2023 11:04 PM
Lah. Nk halal ke xnk
Cm x bape nk halal kn je
Haha
Share je la vid biar die g bayo
Quote epuepy 23-1-2023 11:04 PM
jihyomelly replied at 23-1-2023 07:41 PM
terus ada program ketuk2 tok sidang

Hoii. Ni kelakar okeh. Gamak nye mau berseason kalo mcm tu 0
Quote bondeh 23-1-2023 11:07 PM
Masa mula2 buka dulu meolls selalu gak makan sini lepas balik kerja pastu baru2 nih pergi bawak mak meolls makan sini. Adudu melayu kalau niaga makan memang susah nak kekalkan momentom erk. Rasa dah lain dah tak sesedap awal2 dulu pastu bahan pun kurang. Itu je nak komen huhu...

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.057890 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top