CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengunjung Cemas Pendulum Ride Terhenti, Beberapa Minit Tergantung 'Kepala Ke Bawah'

23-1-2023 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1108| Komen: 4

Description: Sekumpulan pengunjung sebuah taman hiburan di Bandar Fuyang, Wilayah Anhui, berdepan detik cemas apabila 'Pendulum Ride' yang dinaiki tidak berpusing menyebabkan mereka 'tergantung' beberapa minit.Kej ...
Sekumpulan pengunjung sebuah taman hiburan di Bandar Fuyang, Wilayah Anhui, berdepan detik cemas apabila 'Pendulum Ride' yang dinaiki tidak berpusing menyebabkan mereka 'tergantung' beberapa minit.


Kejadian pada Khamis lalu itu turut dirakam dan tular di media sosial.



Rakaman video menunjukkan, buaian gergasi itu mengalami kegagalan teknikal dan tersangkut di tempat tertinggi.

Keadaan itu menyebabkan sekumpulan pengunjung yang menaiki permainan terbabit tergantung secara terbalik.

Susulan kejadian itu, pekerja taman hiburan itu dikatakan cuba membaik pulih buaian berkenaan tetapi tidak berhasil.

Mereka juga dikatakan gagal mengawal panel kawalan supaya ia kembali beroperasi.

Selepas beberapa percubaan, pekerja mengambil keputusan untuk membetulkannya secara manual dengan memanjat tiang.

Pegawai dari taman hiburan itu berkata, pekerja berjaya membaiki buaian berkenaan selepas 10 minit ia 'tersangkut'.




"Pihak taman hiburan juga mengembalikan semula bayaran pengunjung yang terjejas.

"Kita turut menawarkan bantuan perbelanjaan perubatan trauma kepada pengunjung yang disebabkan oleh kegagalan permainan," katanya.

Katanya, buaian itu mengalami masalah kerana melebihi had berat ditetapkan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 23-1-2023 01:40 PM
Bahaya betui kepala gantung cenggitu..
Quote airfilterkotor 23-1-2023 02:04 PM
Elok pulak dia benti terpacak macam tu.
Quote Supersirap 23-1-2023 06:25 PM
Nasib baik semuanya selamat belaka
Quote Abc246 24-1-2023 02:11 PM
Fun fair macam ni memang kurang  selamat. Dah banyak kes yg melibatkan kemalangan jiwa kat fun fair macam ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.039867 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top