CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 860|Reply: 4

Pengunjung Cemas Pendulum Ride Terhenti, Beberapa Minit Tergantung 'Kepala Ke Bawah'

[Copy link]
Post time 23-1-2023 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan pengunjung sebuah taman hiburan di Bandar Fuyang, Wilayah Anhui, berdepan detik cemas apabila 'Pendulum Ride' yang dinaiki tidak berpusing menyebabkan mereka 'tergantung' beberapa minit.


Kejadian pada Khamis lalu itu turut dirakam dan tular di media sosial.








Rakaman video menunjukkan, buaian gergasi itu mengalami kegagalan teknikal dan tersangkut di tempat tertinggi.


Keadaan itu menyebabkan sekumpulan pengunjung yang menaiki permainan terbabit tergantung secara terbalik.


Susulan kejadian itu, pekerja taman hiburan itu dikatakan cuba membaik pulih buaian berkenaan tetapi tidak berhasil.


Mereka juga dikatakan gagal mengawal panel kawalan supaya ia kembali beroperasi.


Selepas beberapa percubaan, pekerja mengambil keputusan untuk membetulkannya secara manual dengan memanjat tiang.


Pegawai dari taman hiburan itu berkata, pekerja berjaya membaiki buaian berkenaan selepas 10 minit ia 'tersangkut'.







"ihak taman hiburan juga mengembalikan semula bayaran pengunjung yang terjejas.


"Kita turut menawarkan bantuan perbelanjaan perubatan trauma kepada pengunjung yang disebabkan oleh kegagalan permainan," katanya.


Katanya, buaian itu mengalami masalah kerana melebihi had berat ditetapkan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya betui kepala gantung cenggitu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 02:04 PM | Show all posts
Elok pulak dia benti terpacak macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2023 06:25 PM | Show all posts
Nasib baik semuanya selamat belaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Fun fair macam ni memang kurang  selamat. Dah banyak kes yg melibatkan kemalangan jiwa kat fun fair macam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.149403 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list