CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bercinta Tak Lama Kalau Tertarik Pada Lelaki Yang Ada Parut Di Wajah?

29-12-2022 09:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3175| Komen: 39

Description: Lumrah manusia tidak dapat lari daripada tertarik dengan wajah seseorang.Sebuah kajian mendapati, wanita tertarik kepada ciri-ciri tertentu seperti parut yang membuat lelaki lebih menarik di mata sege ...
Lumrah manusia tidak dapat lari daripada tertarik dengan wajah seseorang. 

Sebuah kajian mendapati, wanita tertarik kepada ciri-ciri tertentu seperti parut yang membuat lelaki lebih menarik di mata segelintir kaum hawa ini.


Kajian Science Direct menunjukkan, budaya barat menyatakan ciri wajah dengan parut adalah tidak menarik, manakala budaya lain dianggap sebagai tanda kematangan dan keberanian. 


Gambar hiasan/IMDb

Tetapi baru-baru ini, saintis mendapati bahawa wanita barat menganggap parut pada wajah lelaki sebagai menarik kerana mereka mengaitkannya dengan simbol kekuatan dan kesihatan.

Lelaki yang mempunyai parut mungkin lebih memikat wanita. Ini kerana mereka berpendapat lelaki kelihatan lebih lasak selain mempunyai personaliti yang berani mengambil risiko atau kelihatan lebih maskulin berbanding lelaki berwajah manis dengan kulit licin.


Walau bagaimanapun, jenis yang kelihatan 'keras' nampaknya hanya popular untuk hubungan cinta jangka pendek. Manakala mereka yang bebas parut dianggap lebih penyayang dan lembut selain lebih berkualiti untuk perkahwinan yang lebih baik.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-12-2022 03:52 PM
Muka meolls byk bopeng jerawat pun byk tapi Alhamdulilah rukun rumahtangga meolls..
cuolls mampooo ke atau muka cuolls byk pakai produk timbang kati tahil segala? ekekekek
Quote shernazz 30-12-2022 04:59 PM
Kalau nak yang takde cacat cela...kena cari yang metroseksual lah...
Iols ada kawan yang sangat cantik kulit muka dia..dia lelaki...tapi bini dia plak yang kulit biasa2...hehe
Quote pooh~key 30-12-2022 05:12 PM
Akak pentingkan panjang dan ketebalan jah sissy…
Quote acik79 30-12-2022 05:15 PM
KamikuP replied at 30-12-2022 03:52 PM
Muka meolls byk bopeng jerawat pun byk tapi Alhamdulilah rukun rumahtangga meolls..
cuolls mampooo k ...

Meolls pun kulit muka banyak bekas jerawat, skrg tgh treatment microneedling & laser & pico… banyak perubahan, parut makin kecik lobangnya… kulit makin rata… cuba la.
Quote acik79 30-12-2022 05:17 PM
shernazz replied at 30-12-2022 04:59 PM
Kalau nak yang takde cacat cela...kena cari yang metroseksual lah...
Iols ada kawan yang sangat cant ...

Laki meolls kulit licin… tapi dia tak de la jaga pun, pencuci muka pun tak de… pakai sabun mandi je hihi rasa mmg jenis kulit elok banding meolls kulit sensitif dr kecik…
Quote KamikuP 30-12-2022 05:41 PM
acik79 replied at 30-12-2022 09:15 AM
Meolls pun kulit muka banyak bekas jerawat, skrg tgh treatment microneedling & laser & pico… bany ...

Acik buat treatment katne brpkah RM nya?
Quote shernazz 30-12-2022 05:49 PM
acik79 replied at 30-12-2022 05:17 PM
Laki meolls kulit licin… tapi dia tak de la jaga pun, pencuci muka pun tak de… pakai sabun mandi ...

Haah...
Kawan iols.ckp.dia pakainsabun mandi je..
Bg iols normal lah kan.laki neh bukan details.mcm.kita2 neh...hahaha...
Rezeki dia kulit halus gitchu..naseb muka tak jambu
Quote dua_chzy 30-12-2022 06:24 PM
shernazz replied at 30-12-2022 09:49 AM
Haah...
Kawan iols.ckp.dia pakainsabun mandi je..
Bg iols normal lah kan.laki neh bukan details.mc ...

Perempuan pun ada begini. Pakai sabun mandi saja tapi kulit bersih licin.
Quote dani-rox 30-12-2022 07:06 PM
bergantung jugaklah parut tu dpt dari mana, kalau akibat hasil pertarungan di parking lot boleh la dipertimbangkan... tp kalau sbb kena cakar kuceng, akak gelakkan jer dek
Quote dani-rox 30-12-2022 07:09 PM
pooh~key replied at 30-12-2022 05:12 PM
Akak pentingkan panjang dan ketebalan jah sissy…





Quote shernazz 30-12-2022 10:31 PM
dua_chzy replied at 30-12-2022 06:24 PM
Perempuan pun ada begini. Pakai sabun mandi saja tapi kulit bersih licin.

Pompuan tu kita nampak cm.normal la.kan sebab tak ramai yang kulit buaya gitu...
Iols pung cenggitu juga..pakai sabun susu kambing saja.. masa skolah lah..
Jerawat tumbuh 2 3 je..now dah naik freckles plak...
Quote acik79 31-12-2022 03:32 AM
KamikuP replied at 30-12-2022 05:41 PM
Acik buat treatment katne brpkah RM nya?

Kat floles medispa bandar baru bangi… baru 2 kali buat…  aku ambil 12 kali, bayar RM1499 utk 10 kali free 2 kali… laki aku pun tegur muka dah makin rata parut jerawat, jeragat makin pudar… cuba tgk ig floles medispa tu… so far ok la… Alhamdulillah… sebelum ni takut nak cuba tp bila tgk ramai buat parut makin kurang lubang2 tu, terus nak cuba.
Quote ellejo 31-12-2022 03:51 AM
pooh~key replied at 30-12-2022 09:12 AM
Akak pentingkan panjang dan ketebalan jah sissy…

bagi ummah tanah melayu area situ berparut atau berkulup juga penting dekkkk
Quote antikorok 31-12-2022 06:07 PM
Kat negara ibu pertiwi lain pulak yachhh sbb rata2 gadis2 kat sini suka lelaki muka ploless abg cantik mcm oppa korea plastic surgery gitewww, sementara yg ada parut di muka teross dicerca wajah nan desa muka pecah rumah gaya spesis rempitan jua yachhh ha gitohhhh
Quote KamikuP 3-1-2023 09:03 AM
acik79 replied at 30-12-2022 07:32 PM
Kat floles medispa bandar baru bangi… baru 2 kali buat…  aku ambil 12 kali, bayar RM1499 utk 10  ...

Tima kasih acik for the info.
Meolls pun nak buat lah, harap2 medispa tak guna produk ponder timbang kilo ekekekek...
Quote acik79 3-1-2023 09:52 AM
KamikuP replied at 3-1-2023 09:03 AM
Tima kasih acik for the info.
Meolls pun nak buat lah, harap2 medispa tak guna produk ponder ...

Owner dia Dr… produk dr luar tak ingat dr negara mana yg satu tu, lg satu produk dr korea… meolls tak beli produk… sbb boleh continue pakai produk sendiri.
Quote mochi1098 25-1-2023 03:15 PM
Ex meols berkulit gelap. mata besar anak mata coklat jernih dan parut besar jugak tepi mata.
punca parut jatuh motor kot? kaa gaduh ? loopa sis
sebab dah lama nampak manis piuler parut tu.

Tapi tu la. ramai pulak yang tertarik
Babai jela.Aman hidup
Quote senoritalolyta 28-2-2023 02:33 PM
mkasudnya ape?
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:30 PM
yang bukan bukan sahaja laa

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.066338 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top