CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Keadaan Khas Atau Istimewa, Permohonan Siti Bainun Gantung Bicara Bela Diri Ditolak

5-12-2022 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1777| Komen: 20

Description: KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menolak permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali untuk menggantung (stay) bicara bela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya ...
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menolak permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali untuk menggantung (stay) bicara bela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella.


Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati permohonan Siti Bainun, 30, adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

“Kesimpulannya saya dapati tiada keadaan khas atau istimewa dalam kes ini dan tindakan permohonan bagi penggantungan prosiding di mahkamah ini bagi kes ini adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah. Oleh demikian permohonan permohon (Siti Bainun) adalah dengan ini ditolak,” kata hakim Izralizam.

Terdahulu dalam permohonan yang difailkan melalui peguam belanya, Siti Bainun memohon supaya perbicaraan bela diri itu digantung yang mana antara alasannya Hakim Mahkamah Sesyen tidak mempertimbangkan pertuduhan-pertuduhan yang didakwa selain pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah cacat dan memperjudiskanya.


Sementara itu berhubung dengan permohonan pihak pembelaan bagi penangguhan bicara kerana Siti Bainun tidak hadir selepas dimasukkan ke hospital, keputusan bagi permohonan itu akan diketahui petang ini.

Pada 24 November lalu, Siti Bainun Ahd Razali diperintah membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella.


Foto: Kosmo

Hakim Izralizam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap dua pertuduhan itu di akhir kes pendakwaan.

Untuk rekod perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lalu (2022) dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah mangsa iaitu Bella, pakar psikiatri Dr. Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, pakar bedah plastik, Dr. Salmi Mohamed Shukur.

Selain itu ialah bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang merupakan saksi pendakwaan kelima.

Siti Bainun menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 5-12-2022 03:35 PM
Dera la balik si benun ni
Quote KamikuP 5-12-2022 03:42 PM
Skrg ni meollss trauma tengok pompuan gemuk gundu sbb bila tengok je terus meollss cop pompuan gumuk gundu bak hippo ni kaki dera budak.. haishhh
Harap2 acik2 kepam gundu kat forum Cari nii tak dera budak yaachh.. sbb meolss suka budak2 ekekekek
Quote d_anne04 5-12-2022 03:45 PM
masuk la dlm penjara benon oiii...
mana tahu boleh kurus syantik
Quote shernazz 5-12-2022 03:57 PM
Dan dan.la.masuk.spital
Dah badan gundu mcm.tu mana la tak penyakit bersarang dalam badan
Elok mati slow2 je banon neh.....balon si banon
Quote nylliette 5-12-2022 04:01 PM
tq hakim yg bijaksana. mengada gemok bukan emergency pun bleh letak tarikh lain, dan2 tang tu la dia nak operation. takut kan sbb salah. berani dera anak oku, berani la ko tanggung akibat.
Quote Kak-Rohana 5-12-2022 04:01 PM
Rasanya kena ni..
Quote kakikuDibibirmu 5-12-2022 04:52 PM
Bainun Badak Air tersenyum sinis
Quote Kitty_catz 5-12-2022 04:58 PM
moga cepat mamps

kut masuk penjara pun mkn tido vera kincing rekyat tanggung,, mcm tak baloi je sbb sheols makan banyakkkkkkkkkkk
Quote ira_229 5-12-2022 05:04 PM
harap kena hukum penjara dan kena dera balik dengan kak long kawasan dalam jel...
Quote laksmanabentan 5-12-2022 05:17 PM
keluar2 penjara teruss kurus... tak payah susah2 nak potong usus segala okay...
terus rebranding gitu...
Quote Carcosa 5-12-2022 05:38 PM
Babi kusam
Quote toynme 5-12-2022 05:55 PM
esah loyer kata kes kalah sbb anak raja campur tangan....bukan haritu ngamok kat mahkamah ke marah si benon sorok fakta...
Quote intan244 5-12-2022 10:02 PM
mungkin dia ada mental problem? ada check x?
Quote juboqhang 5-12-2022 10:07 PM
intan244 replied at 5-12-2022 10:02 PM
mungkin dia ada mental problem? ada check x?

Gila kuasa… mental apa. Ni sebab ego la join umnngok!
Quote chilly 6-12-2022 06:13 AM
Edited by chilly at 6-12-2022 06:16 AM

Kesian mask tu mcm dilema nak totop hidung ke molot si benon ni. Betulla org kata hidop ni kdg2 di persimpangan. Tiber.
Quote sangbara2020 6-12-2022 07:39 AM
lama sgt dh haiii kes dia nih...byk pertuduhan ke
Quote Denco 6-12-2022 07:56 AM
cepat la masuk penjara sanah si gunduh ni, harap2 kat dalam tu merasa la didera gak
Quote maharani_gebu 6-12-2022 09:29 AM
kes dia punyalah panjang, tapi badan dia tak susut-susut pun... dia mcm chill aje xde stress xde ghisau.. Orang lain biase dah nampak dah serabut and berat badan turun
Quote rosedemon 6-12-2022 09:29 AM
wei si baun ni awat tak kurus kes berat kot dia hadap. slero makan ttap ado ke camana

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.348922 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top