CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Restoran Asam Pedas 'Kantoi' Rakam Pelanggan Kencing Dalam Tandas Kedai

5-12-2022 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3951| Komen: 44

Description: Melaka: Pekerja restoran asam pedas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan merakam gambar pelanggan premis itu sedang membuang air kecil menggunakan telefon bimbi ...
Melaka: Pekerja restoran asam pedas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan merakam gambar pelanggan premis itu sedang membuang air kecil menggunakan telefon bimbit, bulan lalu.


Tertuduh, Muhammad Azizi Hazim Kamarudin, 18, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap pesalah itu pada 11 Januari depan bagi mendapatkan laporan akhlaknya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Foto: Harian Metro

Mengikut pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan cara merakam gambar mangsa sedang buang air kecil di tandas sebuah restoran asam pedas tanpa pengetahuannya menggunakan telefon bimbit yang mengganggu kesantunan mangsa.


Kesalahan itu dilakukan di restoran berkenaan di Jalan PM3, Plaza Mahkota, dekat sini, pada 14 November lalu, jam 3.35 petang.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, antara lain mangsa bersendirian ke tandas itu sebelum ternampak telefon bimbit dihalakan tepat ke arahnya dan menjerit untuk mendapatkan pertolongan.

Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha berhujah supaya hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatannya yang menjurus kepada mengaibkan mangsa serta mencadangkan jaminan RM8,000 bagi membebaskannya sementara menunggu laporan akhlak disediakan.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek merayu hukuman ringan dikenakan kepada Muhammad Azizi selaku pesalah muda dan wajar diberi peluang untuk membaiki diri.

Katanya, tertuduh bekerja di restoran tempat kejadian dengan pendapatan RM350 seminggu dan perlu menyara kedua ibu bapanya selain sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman serta laporan akhlak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 5-12-2022 03:33 PM
Baru 18 tahun dah buat pangai..
Quote KamikuP 5-12-2022 03:39 PM
Apa nama restoran asam pedas kat Melaka tu cuolls?
Yg meolls ingat Restoran 35 yg owner dia makcik puaka gigi sebatang dengan anak pompuan dia yg kuat maki itu.
Quote shernazz 5-12-2022 03:58 PM
Abang rakam nnt abang delete
Dan dan la nak tanggung rentua..
Entah2 rentua tu dok belikan spender ko lagi..
Quote sufi^_^ 5-12-2022 04:00 PM
KamikuP replied at 5-12-2022 07:39 AM
Apa nama restoran asam pedas kat Melaka tu cuolls?
Yg meolls ingat Restoran 35 yg owner dia makcik  ...

Cuba google, alamat dia kat Plaza Mahkota, jalan PM3.
Quote xtahumenahu 5-12-2022 04:01 PM
yang aku makan sedap ..Asam Pedas Pak Man..dekat dengan Zoo Melaka
harap2 adik2 kat situ x buat hal
Quote LadyCarefree 5-12-2022 04:14 PM
xtahumenahu replied at 5-12-2022 03:01 PM
yang aku makan sedap ..Asam Pedas Pak Man..dekat dengan Zoo Melaka
harap2 adik2 kat situ x buat hal

iols makan kat kedai baru dia. 1st time sebab kawan bawa. xsedap mana.
Quote sukacactus 5-12-2022 04:21 PM
Dah tau menanggung mcm2, kenapa buat taik kat tempat ko cari rezeki
Sdr cari susah
Quote nini_azmi 5-12-2022 04:36 PM
Jijiknye kaw
Quote xtahumenahu 5-12-2022 04:56 PM
LadyCarefree replied at 5-12-2022 04:14 PM
iols makan kat kedai baru dia. 1st time sebab kawan bawa. xsedap mana.

kedai baru kat mana?
aku suka laaa asam pedas tetel dia..
ikan mayong n pari aritu keras sket
Quote kakikuDibibirmu 5-12-2022 05:00 PM
Abang janji, lepas rakam, abang delete
Quote Kurex 5-12-2022 05:11 PM
Buatnya yg kincing tu pondan...
Quote melekaifc 5-12-2022 05:21 PM
pelik pelik orang melaka ni. nak celen sskjp ke?
Quote LadyCarefree 5-12-2022 08:26 PM
xtahumenahu replied at 5-12-2022 03:56 PM
kedai baru kat mana?
aku suka laaa asam pedas tetel dia..
ikan mayong n pari aritu keras sket

Asam Pedas Pak Man

No 51, Jalan Knmp 2a, Kompleks Niaga Melaka Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka, Malaysia
+60 10-891 6114
https://g.co/kgs/qdDYya

iols xreti makan tetel nor ikan mayong. makan tenggiri asam pedas, telur tenggiri and telur masin. pd iols asam pedas kak nora lagi sedap tapi malangnya tak berapa bersih.
Quote Kak-Rohana 5-12-2022 08:59 PM
Anat nye perangai.. org gi mkn asam pedas dia intai asam keping kiter pulak dek
Quote fefeeling 5-12-2022 09:02 PM
Kak-Rohana replied at 5-12-2022 08:59 PM
Anat nye perangai.. org gi mkn asam pedas dia intai asam keping kiter pulak dek

Asam boi sangat adik ni tauu
Quote Lily_Elizabeth_ 5-12-2022 09:07 PM
Tgk berita tadi ni jam 830pm tadi ni. Sian pulakkk. Jangan marah I okay. Umur baru 18 dah ada rekod jenayah. Masuk court lak tu. Haish. Budak ni. Byak tgk porn free kat tipon. Ayuh gesa Anwar hadkan porn di internet phone.
Quote mizzmimi 5-12-2022 09:19 PM
Kak-Rohana replied at 5-12-2022 08:59 PM
Anat nye perangai.. org gi mkn asam pedas dia intai asam keping kiter pulak dek

Kurang asam kan..
Quote pooh~key 5-12-2022 09:21 PM
Eira aziera tersenyum sinis lehat akan kebodohan ummah melaka dek.
Quote kakikuDibibirmu 5-12-2022 09:23 PM
Lahabau betul, program berjalan dengan lancau, ulau berlingkau di atas pagau, Hawau you? I am fine, thank you, nice tumit you

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.059079 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top