CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perogol Bersiri Tendang Kepala, Belasah Sebelum Heret Dan Perkosa Wanita

29-11-2022 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1571| Komen: 10

Description: BANGKOK – Seorang perogol bersiri ditangkap buat kali kelima selepas menyerang dua wanita secara seksual di bandar Ubon Ratchathani, rantau Isaan pada Jumaat lalu, lapor laman berita Thaiger semalam. ...
BANGKOK – Seorang perogol bersiri ditangkap buat kali kelima selepas menyerang dua wanita secara seksual di bandar Ubon Ratchathani, rantau Isaan pada Jumaat lalu, lapor laman berita Thaiger semalam.


Bekas banduan bernama Pathanin Jen, 41, ditahan polis atas kesalahan itu selain didakwa terlibat dalam beberapa kes kecurian di Isaan.

Rakaman kejadian menyaksikan Pathanin menyerang dua remaja perempuan pada Ahad, 20 November lalu di hadapan Taman Awam Tung Sri Mueng, Ubon Ratchathani, lapor akhbar MGR Online.

Mangsa kejadian, Noi, 18 dilihat memasuki kawasan tempat letak kenderaan sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) sebelum menaiki motosikalnya. 


Foto: Thaiger


Pathanin menyerang Noi dari belakang dengan menendang kepalanya menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikal. Suspek terus menendang mangsa beberapa kali sehingga dia tidak sedarkan diri.

Dia kemudian mengheret mangsa ke satu sudut dan terus membelasahnya ketika tubuh mangsa kaku tidak bergerak. Suspek kemudian membawanya ke sebuah rumah terbiar dan memperkosanya.

Noi melaporkan kejadian itu kepada pegawai Balai Polis Ubon Ratchathani setelah berjaya melarikan diri. Polis menyerbu rumah suspek pada 25 November lalu dan menemui mangsa seterusnya.

Mangsa kedua, Nid, 18, memberitahu polis bahawa dia dalam perjalanan dari wilayah utara untuk menemui teman lelakinya di bandar Sisrakate. Dia bertemu Pathanin secara kebetulan di Terminal bas Ubon Ratchathani pada 22 November lalu.

Pathanin mendakwa dia mengenali teman lelaki Nid dan mahu membawanya ke rumah lelaki itu. Mangsa sebaliknya dibawa ke rumah suspek, diperkosa dan dikurung selama empat hari sebelum ditemui polis.

Pathanin mengaku memberi ubat pelali kepada Nid supaya dia  tidak dapat melarikan diri. Selain dua kes rogol, Pathanin mengaku bersalah mencuri tiga motosikal, topi keledar dan pakaian seragam pengawal keselamatan.

Menurut polis, Pathanin pernah dipenjara empat kali kerana mencuri dan menyerang orang awam sebelum dibebaskan pada pertengahan tahun ini. Dua mangsa terbaharunya dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 29-11-2022 10:16 PM
Kalau dah tahap perangai mcm ni, harapnya bunuh ajelah jantan sial ni. Takde guna simpan dia dkt muka bumi ni. Ni jenis baka keturunan jijik yg mmg tak boleh pulih punyalah. Bunuh kasi mampos je.
Quote sharlenetexas 29-11-2022 10:16 PM
Apsal tak cari pelacor je?


Quote CiliPadiSedap 30-11-2022 01:01 AM
Pelacur thailand rate sekarang guna us dollar. No baht no ringgit no sing dollar.

Stinger banyak us dollar

Quote I.K.A888990 30-11-2022 02:11 AM
asal x bunuh je hanat ni
dah ditangkap buat kali kelima. bangang sungguh la kau ni hanat
Quote sukacactus 30-11-2022 05:00 AM
Yg macam ni, tolong jgn kasi keluar lgsg once dah masuk dlm
Quote Zack8hunter 30-11-2022 07:06 AM
sharlenetexas replied at 29-11-2022 10:16 PM
Apsal tak cari pelacor je?

kanz..pondan pun bersepah kt sana..
Quote matchstick 30-11-2022 07:12 AM
Eeeiii..dh la pendek. Muka pun mmg seiring dgn perangai
Quote venom1 30-11-2022 07:55 AM
sila tunjukkan jalan beliau ke alam barzakh
Quote rosedemon 30-11-2022 09:58 AM
jahnam punya jantan
Quote DayangKirana 30-11-2022 12:09 PM
kalau dh kes rogol berulang ni..better bagi hukuman kasi anu dia tuh..
kluar masuk jail ni dh takde effect dh.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.150268 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top