CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Remaja Tanya Pengikut IG Cara Lupus Mayat Dibunuhnya

29-11-2022 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1077| Komen: 5

Description: Remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan selepas meminta bantuan pengikut Instagramnya untuk melupuskan mayat seorang gadis berusia 13 tahun, yang didakwa telah dibunuhnya.Daily Star melaporkan Joshua C ...
Remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan selepas meminta bantuan pengikut Instagramnya untuk melupuskan mayat seorang gadis berusia 13 tahun, yang didakwa telah dibunuhnya.

Daily Star melaporkan Joshua Cooper, 16, dari Bensalem, Pennsylvania, Amerika Syarikat, menghantar video menunjukkan mayat berlumuran darah kepada rakannya menerusi laman sosial tersebut.


Joshua Cooper - Foto: Daily Star

Rakan Cooper segera menghubungi polis selepas dia menerima mesej di Instagram daripada remaja tersebut.

Polis segera bergegas ke kediaman Cooper dan menemui mayat mangsa di atas lantai bilik mandi dan mempunyai kesan tembakan pada dadanya.

Cooper pada mulanya cuba melarikan tetapi pihak polis berjaya menangkapnya.

Cooper dilaporkan memberitahu polis bahawa insiden tersebut adalah 'satu kemalangan'.

Dia mendakwa sedang membersihkan peti besi milik bapanya dan mengeluarkan senjata api yang ada di dalamnya.

Dia kemudian menghabiskan waktu petang dengan mangsa, menonton televisyen sebelum menembaknya.

Cooper telah dinafikan ikat jamin dan dihantar ke Pusat Tahanan Juvana Edison. 


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 29-11-2022 12:10 PM
Failed society..
Quote Travelo 29-11-2022 12:11 PM
ada ke macamtu...hehe


Quote vanillaninja 29-11-2022 12:19 PM
Muka macam perempuan.
Quote Artemesiaa 29-11-2022 12:23 PM
Dia ingat pihak berkuasa tak baca media socialnya sebab tu confident je nak mintak kawan bersubahat.  
Quote sangbara2020 29-11-2022 12:53 PM
xleh jd pembunuh upahan ni...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044806 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top