CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Pakatan Harapan Dikhuatiri Amal 'Polisi Senyap' Balas Dendam

29-11-2022 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 971| Komen: 4

Description: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan tampil mempersoalkan sama ada kerajaan akan membalas dendam terhadap penjawat awam yang tidak sehaluan dengan Pakata ...
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan tampil mempersoalkan sama ada kerajaan akan membalas dendam terhadap penjawat awam yang tidak sehaluan dengan Pakatan Harapan (PH).


Beliau mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memberi jaminan bahawa kerajaannya tidak akan menjalankan “witch hunt” terhadap pegawai-pegawai kerajaan dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Wan Saiful, Foto: Utusan Online

“Kita semua masih ingat bagaimana Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan bongkak mengugut akan “mencari” penjawat awam yang menjalankan tugasan mereka. Adakah membalas dendam ini masih lagi menjadi “polisi senyap” kerajaan PH?


“Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya segera memberi jaminan bahawa sikap dendam terhadap penjawat awam tidak akan dibiar berleluasa di Putrajaya.

“Apatah lagi sekarang ini heboh dikatakan bahawa Rafizi melobi hebat untuk menjadi Menteri Kewangan. Sekiranya sikap dendam ini dibawa ke kementerian yang sebegitu penting, apa akan jadi kepada pentadbiran negara? Mungkinkah peruntukan akan dipotong begitu saja jika dia tidak suka kepada individu tertentu?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, signal pertama institusi-institusi penting negara berada dalam keadaan bahaya ialah sekiranya ada pegawai-pegawai kanan kerajaan ditukar atau dihentikan atas sebab dendam politik kerajaan PH. 

“Semoga Allah menjaga dan melindungi penjawat awam yang menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara dan agama dengan ikhlas dan berdedikasi,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 29-11-2022 12:18 PM
piji cakap kat azam baki kn? sbb aduan dorg xde tindakan. tp yg mengadu pulak kena tindakan.
Quote plywood 29-11-2022 12:32 PM
apa maksudnya tidak sehaluan...

tidak mahu jalankan kerja kerana tidak bersetuju dengan pihak atasan kerana merekah PH. yang itu memang patut kena buang...

kalau tetap jalankan kerja ikut arahan pihak atasan maka ianya menjadi kesangsian besar  bila ada tuduhan untuk berhentikan mereka yang ikut policy orang atasan...

kalau setakat berbeza pandangan politik iaitu sokong parti mana.. tak ada hal lah.

..tetapi jika berkempen di tempat kerja, sehingga memburukkan lawan politik iaitu atasan sendiri, yang ini memang cari nahaslah.. bukan sahaja terganggu kerja tetapi tempat kerja akan jadik medan politik..

masalahnya sekarang ini ialah balas dendam itu memang dah berlaku ker? setakat ini belum ada ... jadi dakwaan ini tak berasas..

kalau nak serang guna modal pasal kebajikan rakyat, ekonomi ker, polisi kerajaan baru ker... bosanlah modal serangan bersifat peribadi

Quote rosedemon 30-11-2022 09:49 AM
ayokkkkkkkk tatayokkkkk
Quote rosedemon 30-11-2022 09:50 AM
ayokkkkkk tatayokkkkkk. hadap la kome

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.301550 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top