CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Buah Ayatollah Ali Khamenei Ditahan, Gesa Dunia Putus Hubungan Dengan Iran

29-11-2022 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 666| Komen: 1

Description: Anak saudara pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei menyeru negara-negara asing memutuskan semua hubungan dengan Teheran ekoran tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang melakukan pro ...
Anak saudara pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei menyeru negara-negara asing memutuskan semua hubungan dengan Teheran ekoran tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang melakukan protes susulan kes kematian wanita dalam tahanan polis.     


Satu rakaman video memaparkan kenyataan aktivis hak asasi terkenal, Farideh Moradkhani dikongsi secara meluas di media sosial. 

Malah, agensi berita HRANA melaporkan Farideh ditahan pada 23 November lalu selepas mengeluarkan kenyataan demikian.    


CNN

“Wahai rakyat dunia, bersamalah dengan kami dan desak kerajaan anda untuk berhenti menyokong rejim pembunuh dan pembunuhan kanak-kanak ini.


“Kerajaan ini tidak setia kepada mana-mana prinsip agama malah tidak tahu apa-apa peraturan kecuali menggunakan kekerasan untuk kekal berkuasa,” kata Farideh dalam video itu.

Sementara itu, HRANA melaporkan seramai 450 penunjuk perasaan terbunuh dalam pergolakan di seluruh negara yang berlangsung lebih dua bulan.

Jelas laporan itu, jumlah mangsa maut itu turut membabitkan 63 kanak-kanak bawah umur.

Berdasarkan laporan itu, seramai 60 anggota pasukan keselamatan terkorban dan 18,173 penunjuk perasaan ditahan.        

Pergolakan di seluruh negara menyusuli kematian Mahsa Amini, 22, pada 16 September lalu selepas ditangkap oleh polis di Teheran kerana didakwa melanggar kod pakaian untuk wanita. 


Sumber: Utusan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 29-11-2022 11:58 AM
Pukimak iran, dekkkkk…..

IMG_4926.GIF

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.128830 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top