CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Indah Ruhaila Takut Nak Sertai GV9, Risau Tak Mampu Hadap Tekanan

23-11-2022 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 745| Komen: 4

Description: Selepas muncul dengan single Pudar tiga tahun lalu, nama Indah Ruhaila tenggelam dari radar industri. Biarpun tahun ini dia kembali dengan lagu baharu, tetap kelibatnya jarang menghiasi acara seni dan ...
Selepas muncul dengan single Pudar tiga tahun lalu, nama Indah Ruhaila tenggelam dari radar industri. Biarpun tahun ini dia kembali dengan lagu baharu, tetap kelibatnya jarang menghiasi acara seni dan hiburan.


Menyedari situasi tersebut, pemilik nama sebenar Siti Ruhailah Hussein itu mengakui dia kurang aktif dalam kerjaya nyanyian untuk memberi laluan dan tumpuan lebih buat keluarga kecilnya.

Foto: IG

“Saya tidak menghilangkan diri cuma selepas berkahwin banyak habiskan masa untuk keluarga. Kadangkala bila nak fokus kerja jadi terpesong kerana terfikirkan suami.

“Ada juga buat persembahan cuma tidak terlalu aktif seperti dahulu kerana fokus harus dibahagi dua,” jelasnya.


Keadaan tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi sudut pandang Indah dalam dunia seni apabila mengakui tidak mengejar populariti kerana percaya dengan rezeki daripada Tuhan Yang Maha Esa.



“Kalau dapat peluang keluar dalam televisyen, saya akan buat sehabis baik. Saya tidak terkejar-kejar kerana takut dilabel gila glamor.

“Malah, saya sentiasa percaya Tuhan akan bagi rezeki tepat pada waktunya. Bukan populariti tidak penting cuma saya lebih selesa hidup begini, hanya fokus kepada keluarga,” ujarnya.

Bercakap mengenai rezeki, penyanyi berusia 35 tahun itu kembali dengan kejayaan peribadi apabila lagu nyanyiannya yang berjudul Demi Kamu berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) bersama-sama 29 buah lagu lain yang dipertandingkan.

Sebagai penyanyi yang sudah bertapak dalam industri seni selama 15 tahun, harapan Indah lebih kepada semangat untuk menonjolkan persembahan yang terbaik.



Kelayakan lagu tersebut bersaing di peringkat SFMM37 pada masa sama dianggap tuah buatnya dan bersedia untuk memberikan yang terbaik.

“Sebenarnya, saya tidak sangka lagu ini berjaya mara ke peringkat separuh akhir sebab saya sendiri dah lama tidak rakam lagu.

“Setiap kali berjaya melepasi peringkat separuh akhir, saya mesti berharap pada malam sebelum pertandingan agar vokal berjalan lancar dan dapat melakukan persembahan dengan baik.

“Lagu Demi Kamu mempunyai kekuatan dari segi melodi. Jadi saya sudah bersedia dan memberikan fokus untuk separuh akhir nanti,” tuturnya.
Indah akan bertanding di pentas SFMM37 yang berlangsung pada hujung bulan ini untuk lagu Demi Kamu yang dicipta oleh komposer Johan John dan lirik Khaleel.



Lagu berkenaan dilancarkan pada 2019 dan menjadi runut bunyi sebuah drama seram terbitan TV3, Tahyul.

Disebabkan ‘kehilangan’ selama beberapa tahun dari radar industri hiburan tanah air, wujud khabar angin mengatakan pelantun lagu Kau Yang Satu itu akan menyertai rancangan popular Gegar Vaganza (GV) pada musim hadapan.

Bagaimanapun, Indah menjelaskan, setakat ini dia belum pernah menerima sebarang tawaran untuk menyertai program tersebut.



“Ramai yang tanya tapi jawapan saya tidak ada, sebab tak terima pun tawaran untuk sertai GV.

“Kalau dapat tawaran untuk musim hadapan, kena fikir dahulu kerana perlu memberikan komitmen pada setiap minggu.

“Risau juga tidak mampu melayan stres. Tengoklah macam mana, kena minta izin daripada suami terlebih dahulu,” tutup Indah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 24-11-2022 10:07 AM
sendunya. nasib bek ko menten cantik
Quote supernaturalee 24-11-2022 10:12 AM
ceritanya lebih pd SFMM37 yg sheols antara peserta yg layak
x pnh dgr lagu demi kamu ape benda tu
tp goodluck lah ye
dpt x dpt ke, perform kena tip top dek
dh keje kamu


anyway psl gv10 thn depan
yesss...u go girl
alumni AF lain yg iols nk tgl join gv10:
1. marsha
2. idayu
3. mawi
4. farah breep2
5. stacy

nk jgk hafiz join tp since dh aliran tabligh ni
xde dh lh kot



Quote supernaturalee 24-11-2022 10:16 AM
demi kamu omvmcm lagu pudar sheols sblm ni jek style
komposer yg sama ke

[youtube]egd-kmttqIQ[/youtube]







Quote doubleharmonic 24-11-2022 11:17 AM
tak payah la masuk. ulang2 lagu recycle jugak yang dibagi dah kenapa babi? ahad ni dah final tapi haus jahh lepas tu boleh pulak lagu agnez tak ada babika yang dah berpuluh layer recycling tu terselit masuk? ye ye jah tokram kata awal2 haritu gv kali ni sengit lah berat lah hujung2 lagi hauk sendu dari gv taon lepas yihhhh

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.049089 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top